238

Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 238. Bagi kegunaan lain, sila lihat 238 (nombor).


Milenium: milenium pertama
Abad:
  • abad ke-2
  • abad ke-3
  • abad ke-4
Dekad:
  • 210-an
  • 220-an
  • 230-an
  • 240-an
  • 250-an
Tahun:
  • 235
  • 236
  • 237
  • 238
  • 239
  • 240
  • 241

238 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Isnin dalam kalendar Gregory.

Peristiwa

Mengikut tempat

Empayar Rom

  • Puak Carpian menyerang provinsi Moesia, dan Maharaja Maximinus Thrax berkempen terhadap mereka.
  • Walaupun membayar ufti, Rom gagal memujuk puak-puak Goth dan Carpian untuk berundur dari Moesia.
  • 7 Mac - Gordian I dan Gordian II menjadi maharaja bersama Rom, dan memerintah selama 36 hari sehingga kemangkatan mereka pada 12 April.
  • 22 April - Pupienus dan Balbinus menjadi maharaja-maharaja Rom.
  • Kota Aquileia menyebelahi Senat Rom terhadap Maximinus Thrax.
  • 29 Julai - Gordian III menjadi maharaja selepas kemangkatan Pupienus dan Balbinus.
  • Valerian, bakal maharaja Rom, menjadi princeps senatus.
  • Bangunan Colosseum dibaik pulih selepas dimusnahkan.
  • Tentera puak Goth yang datang dari Ukraine menyeberangi Sungai Danube dan memusnahkan Empayar Rom sehingga sempadannya dengan Anatolia.
  • Di Afrika Utara, Legio III Augusta dibubarkan. Sehingga penubuhan semulanya pada tahun 253, Afrika dipertahankan oleh sebuah pasukan tambahan sahaja.

Kelahiran

Kematian