344 SM

Milenium: milenium pertama SM
Abad:
  • abad ke-5 SM
  • abad ke-4 SM
  • abad ke-3 SM
Dekad:
  • 36-an SM
  • 35-an SM
  • 34-an SM
  • 33-an SM
  • 32-an SM
Tahun:
  • 347 SM
  • 346 SM
  • 345 SM
  • 344 SM
  • 343 SM
  • 342 SM
  • 341 SM


Peristiwa

Mengikut tempat

Empayar Parsi

  • Idrieus, raja Caria, mangkat dan mewasiatkan kawasan kesatrapan (kawasan gabenor) Parsi kepada adik perempuannya, Ada, yang dikahwininya.

Yunani

  • Demosthenes, negarawan Athens, membuat perjalanan ke Peloponnesus untuk memisahkan sebanyak kota yang mungkin daripada pengaruh Macedon, tetapi usaha-usahanya pada umumnya tidak begitu berjaya. Kebanyakan penduduk Peloponnesus melihat Philip II dari Macedon sebagai penjamin kebebasan mereka dan oleh itu, mereka menghantar sebuah perutusan bersama ke Athens untuk merungut tentang kegiatan-kegiatan Demosthenes. Sebagai balasan terhadap sungutan-sungutan ini, Demosthenes menyampaikan Serahan Keduanya yang merupakan bidasan yang kejam terhadap Philip II.

Sicily

  • Golongan bangsawan Syracuse merayu kepada kota induk Corinth untuk bantuan terhadap penzalim mereka, Dionysius II. Timoleon, jeneral Corinth, dipilih untuk mengetuai sebuah angkatan pembebasan ke Sicily. Mendarat di Tauromenium (Taormina) pada musim panas, Timoleon menghadapi dua buah angkatan, satu di bawah Dionysius dan yang lain di bawah Hicetas (penzalim di Leontini, sebuah kota berjiran) yang juga meminta bantuan daripada tentera Carthage. Melalui taktik-taktik yang pintar, Timoleon menewaskan lawan-lawannya dan menduduki Syracuse.
  • Dionysius II dari Syracuse sekali lagi hidup dalam buangan selepas kejayaan Timoleon untuk menyerang Corinth.

Mengikut topik

Sains

  • Aristotle, ahli falsafah dan ahli sains Yunani, membuat perjalanan dari Assus ke Pulau Lesbos untuk mengkaji sejarah semula jadi, khususnya biologi laut.

Kelahiran

Kematian

  • Idrieus, raja Caria