347 SM

Milenium: milenium pertama SM
Abad:
  • abad ke-5 SM
  • abad ke-4 SM
  • abad ke-3 SM
Dekad:
  • 36-an SM
  • 35-an SM
  • 34-an SM
  • 33-an SM
  • 32-an SM
Tahun:
  • 350 SM
  • 349 SM
  • 348 SM
  • 347 SM
  • 346 SM
  • 345 SM
  • 344 SM


Peristiwa

Mengikut tempat

Yunani

  • Ekoran daripada kemenangan Macedon di Olynthus, Athens cuba berdamai dengan Macedon. Disebabkan dasar kewangannya yang berasaskan andaian bahawa Athens seharusnya tidak terlibat dalam perang-perang utama, Eubulus, ketua Athens, berusaha untuk berdamai dengan Philip II dari Macedon. Demosthenes ialah antara mereka yang menyokong tolak ansur.
  • Sebuah perwakilan yang terdiri daripada Demosthenes, Aeschines, dan Philocrates, dihantar secara rasmi ke Pella untuk merundingkan perjanjian perdamaian dengan Philip II. Semasa perundingan, Aeschines cuba memujuk perwakilannya supaya menerima hakikat terhadap perluasan Macedon masuk ke Yunani.

Republik Rom

  • Pencetakan duit syiling diperkenalkan ke Rom buat pertama kali.

Mengikut topik

Falsafah

  • Plato meninggal dunia dan Speusippus, anak saudaranya, dinamakan sebagai ketua Akademi.
  • Aristotle meninggalkan Athens, akibat perasaan anti-Macedon yang muncul di Athens selepas Philip II dari Macedon menjarah Olynthus, sebuah negara kota Yunani, pada tahun 348 SM. Beliau diiringi oleh Xenocrates dari Chalcedon, lagi seorang ahli Akademi yang terkenal. Mereka mengasaskan sebuah akademi baru di Asseus, sebuah kota baru di Laut Aegea pada sebelah Asia Minor.

Kelahiran

  • Roxana, isteri Alexander Agung (tarikh anggaran) (maut 309 SM)

Kematian

  • Plato, ahli falsafah Yunani dan pengasas Akademi di Athens (lahir k.k. 427 SM)