381 SM

Milenium: milenium pertama SM
Abad:
  • abad ke-5 SM
  • abad ke-4 SM
  • abad ke-3 SM
Dekad:
  • 40-an SM
  • 39-an SM
  • 38-an SM
  • 37-an SM
  • 36-an SM
Tahun:
  • 384 SM
  • 383 SM
  • 382 SM
  • 381 SM
  • 380 SM
  • 379 SM
  • 378 SM


Peristiwa

Mengikut tempat

Yunani

  • Sparta mengukuhkan penguasaannya terhadap Yunani tengah melalui penubuhan semula kota Plataea yang dimusnahkan oleh Sparta pada tahun 427 SM.

Empayar Parsi

  • Tiribazus dan Orontes, jeneral-jeneral Parsi, menyerang Cyprus dengan sebuah angkatan tentera yang jauh lebih besar daripada apa yang dapat dibentuk oleh Raja Evagoras dari Cyprus. Bagaimanapun, Evagoras dapat menyekat bekalan kepada angkatan tentera ini, dan askar-askarnya yang kebulur memberontak. Walaupun demikian, nasib Evagoras kemudian berubah apabila armadanya dimusnahkan dalam Pertempuran Citium (Larnaca, Cyprus). Evagoras melarikan diri ke Salamis dan di sana, dapat mengikat suatu perjanjian perdamaian yang membenarkannya meneruskan sebagai raja Salamis pada nama sahaja walaupun sebenarnya, beliau adalah vasal raja Parsi.

Republik Rom

  • Daerah Tusculum ditenangkan selepas sebuah pemberontakan terhadap Rom dan ditewaskan. Selepas menyatakan penyerahan keseluruhan kepada Rom, penduduk-penduduk Tusculum menjadi "municipium cum suffragio" yang pertama dan sejak dari masa itu, kota ini terus merupakan sebuah municipium.

Kelahiran

Kematian