Abdul Ghani Salleh
YBhg Tan Sri Abdul Ghani Salleh P.S.M (Persekutuan); P.J.N (Persekutuan) | |
---|---|
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia | |
Dalam jawatan 21 Ogos 2020 – 8 Mei 2024 | |
Raja | ![]() ![]() ![]() ![]() (Sehingga 30 Januari 2024) |
Perdana Menteri | ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Didahului oleh | Tan Sri Azhar Azizan Harun |
Digantikan oleh | Ramlan Harun |
Butiran peribadi | |
Lahir | Abdul Ghani bin Salleh (1958-05-10) 10 Mei 1958 (umur 66) ![]() |
Pasangan | Puan Sri Siti Ruhaya Sarman |
Pendidikan | Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan dan Pemasaran |
Alma mater | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Tan Sri Abdul Ghani Salleh adalah merupakan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia yang dilantik pada 21 Ogos 2020 lalu. Sebelum itu, beliau adalah Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia sebelum bersara. [1] Beliau menggantikan Tan Sri Azhar Azizan Harun yang dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat pada 13 Julai 2020.
Pendidikan
Abdul Ghani berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan dan Pemasaran dari Universiti Kebangsaan Malaysia. [2]
Kerjaya
Abdul Ghani pernah berkhidmat sebagai Yang di-Pertua Majlis Daerah Kuala Langat. Disamping itu juga, beliau pernah dilantik sebagai Pengarah Jabatan Perancangan Korporat dan Pembangunan Masyarakat, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Pegawai Daerah Gombak, Selangor. [3]
Penghargaan
Senarai darjah kebesaran yang diterima [4]
Malaysia
Panglima Setia Mahkota (PSM) - Tan Sri
Panglima Jasa Negara (PJN) - Datuk