Apsis gereja

Apsis khas separa kubah setengah bulat dari zaman Kristian Awal/Bizantium dalam Basilika Santo Apollinaris, Ravenna, Itali.

Apsis (Yunani: αψις, rumi: apsiscode: el is deprecated , Latin: absiscode: la is deprecated "lengkungan/kubah"), adalah istilah dalam seni bina menggambarkan bahagian bangunan yang melengkung ke dalam dan berbentuk setengah bundar yang tertutup oleh suatu atap mirip separa atau penuh kubah setengah bulat. Ia lazim dalam binaan biara, katedral, dan gereja Kristian bergaya Romantik, Bizantium, dan Goth, di mana bahagian ini sering berbentuk setengah lingkaran atau poligonal yang terletak di hujung timur liturgi (iaitu tempat altar berada) pada bangunan utama; namun bentuk atapnya adakala mungkin saja berbentuk datar, miring, kubah, atau setengah bulat.

Lihat pula

  • Mihrab - bahagian yang dilihat setaraf dalam binaan masjid
  • Seni bina Goth

Rujukan

  • Joseph Nechvatal, "Immersive Excess in the Apse of Lascaux", Technonoetic Arts 3, no3. 2005