Bab-el-Mandeb

Koordinat: 12°35′N 43°20′E / 12.583°N 43.333°E / 12.583; 43.333

Pemandangan Bab-el-Mandeb.

Bab-el-Mandeb (Arab: باب المندب, rumi: Bāb al-Mandibcode: ar is deprecated "Gerbang Air Mata"[1]) atau selat Mandab merupakan selat yang memisahkan benua Asia (Yaman di semenanjung Arab) dengan Afrika (Djibouti, sebelah utara Somalia) serta menghubungkan Laut Merah dengan Lautan Hindi (teluk Aden).

Selat ini menjadi laluan strategik antara Lautan Hindi dan Laut Tengah melalui Laut Merah dan Terusan Suez. Pada tahun 2006, diperkirakan 3.3 juta tong minyak melewati selat tersebut setiap hari, dari total dunia sekitar 43 juta tong dipindahkan oleh kapal tangki setiap hari.[2]

Geografi

Kegiatan tektonik pada zaman Miosen pernah mewujudkan suatu genting yang menghubungkan kawasan-kawasan rangkuman moden Yaman dan Habsyah iaitu Genting Danakil,[3] namun bentuk ini kemudiannya menghilang dengan naiknya paras air laut.[4]

Petempatan-petempatan

Kota-kota yang paling signifikan di sepanjang sisi Djibouti dan Yaman di Bab-el-Mandeb.

 Djibouti
  • Khôr ‘Angar
  • Moulhoule
  • Fagal
 Yaman
  • At Turbah
  • Shaykh Said

Rujukan

  1. ^ Baynes, T. S., penyunting (1878), "Bab-el-Mandeb" , Encyclopædia Britannica, 3 (ed. ke-9), New York: Charles Scribner's Sons, m/s. 179
  2. ^ World Oil Transit Chokepoints Diarkibkan Februari 18, 2015, di Wayback Machine, Energy Information Administration, US Department of Energy
  3. ^ Henri J. Dumont (2009). The Nile: Origin, Environments, Limnology and Human Use. Monographiae Biologicae. 89. Springer Science & Business Media. m/s. 603. ISBN 9781402097263.
  4. ^ Climate in Earth History. National Academies. 1982. m/s. 124. ISBN 9780309033299.

Pautan luar

  • Notice-to-Proceed Launches Ambitious Red Sea Crossing
  • Italian

12°35′N 43°20′E / 12.583°N 43.333°E / 12.583; 43.333

  • l
  • b
  • s