Bell Labs

Makmal Bell di Bukit Murray, New Jersey

Bell Labs (dahulunya dikenali sebagai AT&T Bell Laboratories dan Bell Telephone Laboratories) ialah pertubuhan penyelidikan dan pembangunan milikan Alcatel-Lucent yang dahulu dimiliki oleh American Telephone & Telegraph Company (AT&T).

Asal dan lokasi sejarah

Pada 1925, Western Electric Research Laboratories dan sebahagian daripada bahagian kejuruteraan syarikat American Telephone & Telegraph company (AT&T) digabungkan untuk membentuk Bell Telephone Laboratories, Inc. sebagai sebuah syarikat yang berasingan. Milikan Bell Laboratories dibahagikan sama rata antara AT&T dan Western Electric Company, dengan presiden penyelidikannya yang pertama merupakan Frank B. Jewett. Jewett bekerja dengan syarikat itu sehingga 1940. Kerja utama Bell Laboratories ialah perekaan dan pemberian sokongan kepada kelengkapan yang dibina oleh Western Electric untuk syarikat operasi Bell System, termasuk suis ibu sawat telefon. Kerja sokongan untuk syarikat telefon termasuk penulisan dan penyelenggaraan Amalan Sistem Bell (BSP), satu siri buku panduan teknikal yang tuntas. Bell Laboratories juga melakukan kerja perundingan untuk anak syarikat Bell Telephone dan pemerintahan Amerika Syarikat, termasuk juga Projek Nike dan program Apollo. Sebilangan pekerja ditugasi untuk membuat penyelidikan asas, dengan itu menarik banyak perhatian, khususnya kerana penyelidikan tersebut menghasilkan banyak pemenang Hadiah Nobel. Sehingga 1940-an, lokasi utama makmal-makmalnya terletak berhampiran atau di sekitar Bangunan Bell Labs Building di Bandaraya New York, akan tetapi banyaknya kemudian berpindah ke kawasan subbandar New York di New Jersey.

Lokasi Bell Laboratories yang kemudian di New Jersey termasuklah:

  • Murray Hill
  • Holmdel, New Jersey
  • Crawford Hill, New Jersey
  • Deal Test Site
  • Freehold, New Jersey
  • Lincroft

  • Long Branch
  • Middletown
  • Princeton
  • Piscataway
  • Red Bank
  • Whippany, New Jersey

Antara lokasi itu, Crawford Hill dan Whippany masih wujud. Kumpulan pekerja yang terbesar di dalam syarikat adalah di lokasi Naperville-Lisle di kawasan Chicago, Illinois. Sebelum 2001, tapak itu mempunyai sekitar 11,000 pekerja. Terdapat juga kumpulan pekerja yang lain di Columbus, Ohio, North Andover, Massachusetts, Allentown, Pennsylvania, Reading, Pennsylvania, Breinigsville, Pennsylvania, dan Westminster, Colorado. Bagaimanapun, banyak daripada lokasi itu telah mengurangkan bilangan pekerjanya atau menutup operasinya sama sekali sejak 2001.

Penemuan dan pembangunan

Logo Bell Laboratories logo, digunakan antara 1969 hingga 1983

Pada puncaknya, Bell Laboratories merupakan kemudahan perdana jenisnya. Ia membangunkan berbagai-bagai teknologi revolusioner, termasuklah astronomi radio, transistor, laser, teori maklumat, sistem pengendalian UNIX, dan bahasa pengaturcaraan C. Terdapat tujuh Hadiah Nobvel yang dianugerahkan untuk kerja yang disiapkan di Bell Laboratories: [1]

Lihat juga

  • Alcatel-Lucent - Syarikat induk Bell Laboratories
  • Arun Netravali - Jurutera dan bekas Presiden Bell Laboratories
  • Fotografi laju tinggi & Wollensak - Kamera laju tinggi (prisma putar) Fastax yang dibangunkan oleh Bell Labs
  • Filem bunyi - Sistem bunyi Westrex untuk filem pawagam yang dibangunkan oleh Bell Labs
  • George Stibitz - Jurutera Bell Laboratories yang digelar sebagai "bapa komputer digital moden"
  • Kompleks Holmdel Bell Labs
  • Sejarah telefon bimbit - Konsepsi dan pembangunan telefon bimbit oleh Bell Laboratories
  • Walter A. Shewhart - Jurutera Bell Laboratories yang digelar sebagai "bapa kawalan mutu statistik"
  • "Worse is Better" (Buruk Lebih Baik) - Falsafah reka bentuk perisian yang juga dikenali sebagai "Gaya New Jersey" dan yang dikatakan digunakan untuk membangunkan UNIX dan bahasa pengaturcaraan C

Rujukan

  1. ^ List of Awards

Pautan luar

  • Bell Labs
  • Timeline of discoveries as of 2006 Diarkibkan 2013-09-06 di Wayback Machine
  • Bell Labs' Murray Hill anechoic chamber Diarkibkan 2007-08-07 di Wayback Machine
  • Bell System Memorial Diarkibkan 2007-01-08 di Wayback Machine

Koordinat: 40°41′00″N 74°24′03″W / 40.683404°N 74.400744°W / 40.683404; -74.400744

  • l
  • b
  • s
Sistem Bell
Operasi Korporat
Syarikat induk:
American Telephone & Telegraph
Operasi Telefon Tempatan
Syarikat Operasi Bell:
Bell Telephone Company of Nevada · The Bell Telephone Company of Pennsylvania · The Chesapeake & Potomac Telephone Company · The Chesapeake & Potomac Telephone Company of Maryland · The Chesapeake & Potomac Telephone Company of West Virginia · The Chesapeake & Potomac Telephone Company of Virginia · Diamond State Telephone · Illinois Bell · Indiana Bell · Michigan Bell · Mountain Bell · New England Telephone & Telegraph · New Jersey Bell · New York Telephone · Northwestern Bell · Ohio Bell · Pacific Northwest Bell · Pacific Telephone · South Central Bell · Southern Bell · Southwestern Bell · Wisconsin Telephone
Pemegang francais:
Southern New England Telephone · Cincinnati Bell
Anak syarikat AT&T yang lain
Perkilangan:
Operasi R&D:
Bell Labs
Perkhidmatan Jarak Jauh:
AT&T Long Lines
Perkhidmatan Wayarles:
Advanced Mobile Phone Service
Harta intelektual (logo, dll.)
Bell IP Holdings