Dai-gensui

Dai-gensui
Maharaja Shōwa memakai pakaian seragam istiadat dai-gensui (tahun 1935)


Ketua Pemerintah Tertinggi Tentera Darat dan Tentera Laut Imperial Jepun (Jepun: 大元帥陸海軍大将, rumi: Dai-gensui-riku-kai-gun-taishōcode: ja is deprecated ) ialah pangkat tertinggi bagi Tentera Darat Imperial Jepun dan Tentera Laut Imperial Jepun dari tahun 1870an hingga 1945, apabila Empayar Jepun dibubarkan. Pangkat ini hanya pernah disandang oleh Maharaja Jepun selaku panglima tertinggi Angkatan Tentera Imperial Jepun dan, secara berasingan, merupakan pegawai berpangkat paling tinggi bagi semua cabang tentera. Ia secara rasmi tidak digunakan lagi pada tahun 1947 apabila angkatan bersenjata Imperial Jepun dimansuhkan.

Sejarah

Istilah ini berasal dari gelaran tentera China da yuan shuai(大元帥), sejenis gelaran yang lebih tinggi dari yuan shuai(元帥, disebut gensui dalam bahasa Jepun).

Dekri No. 252 oleh Dajokan, bertarikh 7 September 1872 mula-mula menyebut secara rasmi pangkat dai-gensui; namun, tiada pelantikkan dibuat sebelum pangkat itu dimansuhkan bersama pangkat gensui pada 8 Mei 1873. Dengan "Draf Ordinans No. 142" Perlembagaan Empayar Jepun (Bab 1 Lampiran 1) bertarikh 30 September 1889, Maharaja secara rasminya diberi pangkat dai-gensui dan ditabalkan Pemerintah Tertinggi Tentera Darat dan Tentera Laut.

Tanda-tanda huruf kanji juga merujuk pada dewa Buddha, Daigensui Myō'ō (大元帥明王), seorang Raja Bijaksana yang disembah oleh Istana Imperial semenjak Maharaja Ninmyō dan oleh mazhab Shingon, kerana kuasa legenda ajaibnya menghapuskan musuh-musuh asing dan pemberontakan, seperti seorang pemimpin tentera.

Insignia pangkat

Insignia "dai-gensui" adalah sama dengan lencana jeneral penuh tetapi ditambah dengan lambang kekwa emas imperial.

  • Papan bahu tentera darat
    Papan bahu tentera darat
  • Lencana kolar tentera darat
    Lencana kolar tentera darat
  • Papan bahu tentera laut
    Papan bahu tentera laut
  • Lencana kolar tentera laut
    Lencana kolar tentera laut
  • Pergelangan baju tentera laut
    Pergelangan baju tentera laut
  • Pergelangan baju tentera laut
    Pergelangan baju tentera laut
Pangkat junior
Gensuicode: de is deprecated
(Tentera Darat)
Gensuicode: de is deprecated
(Tentera Laut)
 Empayar Jepun
(Pangkat Imperial Jepun)
Dai-gensuicode: de is deprecated
Pangkat senior
Tiada

Senarai dai-gensui

Senarai pemegang pangkat ini ialah:

Pemegang Seumur hidup Masa pangkat Nota
Maharaja Meiji 3 November 1852 — 30 Julai 1912 1872-1873; 1889-1912
Maharaja Taishō 31 Ogos 1879 — 25 Disember 1926 1912-1926
Maharaja Shōwa 29 April 1901 — 7 Januari 1989 1926-1945 Memegang pangkat ini sehingga 15 Ogos 1945 apabila Jepun menyerah kalah kepada pihak Bersekutu, pangkat dengan rasminya dimansuhkan pada tahun 1947.

Lihat juga

  • Sebutan lain tanda huruf 大元帥
    • Da yuan shuai dalam bahasa China
    • Taewonsu, dalam bahasa Korea
  • Pangkat gensui (元帥)
    • Yuan shuai, gelaran asal China
    • Wonsu, gelaran asal Korea

Rujukan

  • This article incorporates information from the corresponding article in the Japanese Wikipedia.
  • Donald Keene, Emperor of Japan, Meiji and his World 1852-1912