Dewan Kemahsyuran Besbol Kebangsaan Amerika Syarikat

Muzium dan Dewan Kemahsyuran Besbol Kebangsaan
C
Dewan Kemahsyuran pada tahun 2020
Map
Maklumat am
Ditubuhkan1936 (1936) (Besbol)
Ditahbiskan 12 Jun 1939
JenisDewan kemahsyuran sukan profesional
Saiz koleksi
  • Arkib Foto
  • Perpustakaan Dewan Kemahsyuran Besbol (Manuskrip, Buku, Penerbitan)
  • Koleksi Rakaman Media
  • Koleksi Artifak
[2]
Pegangan utama
  • August Herrmann Papers
  • Gene Mack Cartoons
  • Roger Kahn Papers
  • Federal League Litigation
[2]
Maklumat pentadbiran
PengasasStephen Carlton Clark
KuratorTom Shieber[1]
(Kurator Senior)
Maklumat geografi
Lokasi
Cooperstown, New York, A.S.
Koordinat42°42′00″N 74°55′24″W / 42.70000°N 74.92333°W / 42.70000; -74.92333Koordinat: 42°42′00″N 74°55′24″W / 42.70000°N 74.92333°W / 42.70000; -74.92333
Maklumat pelawat
Bilangan pelawat
260,000/tahun
(secara purata sehingga 2018)[3]
Laman sesawang
baseballhall.org
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Muzium dan Dewan Kemahsyuran Besbol Kebangsaan (bahasa Inggeris: National Baseball Hall of Fame and Museumcode: en is deprecated ) atau Dewan Kemahsyuran Besbol Kebangsaan (bahasa Inggeris: National Baseball Hall of Famecode: en is deprecated ) merupakan muzium sejarah dan dewan kemahsyuran yang terletak di Cooperstown, New York. Tempat ini mempamerkan sejarah besbol di Amerika Syarikat dan artifak berkaitan besbol di samping sebagai tempat mengenang jasa kepada individu yang cemerlang dalam beraksi, mengendalikan dan berkhidmat untuk besbol. Moto dewan ini ialah "Preserving History, Honoring Excellence, Connecting Generations" (bahasa Melayu: "Memelihara Sejarah, Menghargai Keunggulan, Menghubungkan Generasi."). Cooperstown sering menjadi nama singkat (atau metonim) kepada Muzium dan Dewan Kemahsyuran Besbol Kebangsaan ini.

Dewan Kemahsyuran telah ditubuhkan pada tahun 1939 oleh Stephen Carlton Clark, seorang pewaris kepada kekayaan Singer Sewing Machine. Clark ingin membawa pengunjung ke bandar yang terkesan akibat Kemelesetan Besar (Great Depression) yang telah menjejaskan industri pelancongan tempatan dan pelarangan arak yang dikuatkuasakan telah memusnahkan industri hop setempat. Clark kemudian membina bangunan Dewan Kemahsyuran yang ditahbiskan pada 12 Jun 1939. (cucu beliau, Jane Forbes Clark kini menjadi pengerusi barisan lembaga.) Dakwaan tentang wira Perang Saudara Amerika iaitu Abner Doubleday telah mencipta besbol di Cooperstown menjadi titik penting bagi pemasaran Dewan Kemahsyuran pada tahap awal.

Kawasan yang telah diperluas untuk perpustakaan dan fasiliti penyelidikan telah dibuka pada tahun 1994.[4] Dale Petroskey mejadi presiden organisasi pada 1999.[5] Pada tahun 2002, Dewan Kemahsyuran telah melancarkan Baseball as America, sebuah pameran penjelajahan yang berkunjung ke muzium-muzium Amerika buat masa enam tahun. Dewan Kemahsyuran juga menaja program pendidikan di Internet untuk membawakan Dewan Kemahsyuran kepada pelajar kanak-kanak sekolah yang tidak berpeluang untuk melawat. Muzium dan Dewan Kemahsyuran telah melengkapkan siri-siri penaiktarafan pada musim bunga 2005. Dewan Kemahsyuran juga membuka pameran tahunan di FanFest yang boleh didapati di Perlawanan All-Star Major League Baseball.

Pemilihan ke dalam Dewan Kemahsyuran setiap tahun akan dijalankan oleh dua kumpulan iaitu Baseball Writers’ Association of America (BBWAA) dan Veterans Committee. Sepanjang tempoh 1971 sehingga 1977, sebuah jawatankuasa khas telah menyenaraikan sembilan orang pemain dari liga profesional Negro ke dalam Dewan Kemahsyuran.

Pemain-pemain yang terpilih oleh ahli dan beberapa anggota kehormat BBWAA harus aktif selama 10 tahun dan terdapat kira-kira 450 orang penulis mengambil bahagian pada setiap tahun. Kelayakan ke pemilihan ini memerlukan pemain prospek yang aktif di major league pada tempoh memulakan karier 20 tahun sebelum dan menamatkan karier lima tahun sebelum undian. Walau bagaimanapun, kes Roberto Clemente yang menjadi mangsa nahas kapal terbang pada lewat 1972 tidak memerlukan masa lima tahun. Sebaliknya, beliau telah disenaraikan pada tahun 1973. Kemudian pada tahun 1973, peraturan pengundian telah berubah untuk membenarkan pemilihan pemain selama enam bulan selepas kematiannya. Peraturan lain selanjutnya ialah seseorang pemain harus beraksi sekurang-kurangnya selama 10 tahun di major league dan memerlukan 75% untuk diundi layak ke dalam Dewan Kemahsyuran. Kemudian, tiada kelompok bilangan pemain tetap yang diundi pada setiap tahun. Pemain yang memperoleh undian kurang daripada 5% akan digugurkan daripada pemilihan akan datang. Dalam beberapa kes, jawatankuasa penapisan akan memulihkan kembali nama-nama tersebut untuk pengundian seterusnya tetapi pada pertengahan 1990-an, pemain yang digugurkan akan tetap tidak layak untuk pertimbangan Dewan Kemahsyuran walaupun melalui Veterans Commitee. Perubahan prosedur pengundian pada tahun 2001 telah memulihkan kelayakan pemain ang digugurkan bahawa nama mereka tidak tampil di undian BBWAA, sebaliknya mereka akan dipertimbangkan oleh Veterans Committee.[6] Pemain-pemain yang memperoelh undian sebanyak 5% atau lebih tetapi tidak kurang daripada 75% akan dipertimbangkan semula pada setiap tahun sehingga mencapai maksimum sepuluh tahun kelayakan (dikurangkan daripada 15 tahun pada undian 2015).[7]

Catatan

  1. ^ a b c "President and Senior Staff". Baseball Hall of Fame. Diarkibkan daripada yang asal pada June 24, 2021. Dicapai pada June 1, 2021.
  2. ^ a b c "Archive and Collection". Baseball Hall of Fame. Diarkibkan daripada yang asal pada March 27, 2019. Dicapai pada January 23, 2019.
  3. ^ "Hall of Fame Welcomes 17 Millionth Visitor". Baseball Hall of Fame (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada June 12, 2022. Dicapai pada February 18, 2019.
  4. ^ "Museum History". National Baseball Hall of Fame. Diarkibkan daripada yang asal pada July 4, 2017. Dicapai pada October 21, 2017.
  5. ^ The Official Site of Major League Baseball: News: HOF president Petroskey resigns Diarkibkan Mac 27, 2008, di Wayback Machine from the Major League Baseball website
  6. ^ Walker, Ben (February 28, 2007). "Vets committee throws another shutout at Hall of Fame". Associated Press. Diarkibkan daripada yang asal pada December 14, 2007. Dicapai pada February 28, 2007.
  7. ^ Bloom, Barry M. (July 26, 2014). "Hall reduces eligibility from 15 years to 10". Diarkibkan daripada yang asal pada July 26, 2014. Dicapai pada July 26, 2014.

Pautan luar

  • Official website
  • Hall of Fame History from Major League Baseball
  • Awards and Honors. Baseball-Reference.com (including HOF inductees, Hall of Famer Batting and Pitching Stats, and HOF Voting Results for 1936 to present)
  • l
  • b
  • s
Major League Baseball (2024)
American League
Divisyen Timur
Divisyen Tengah
Divisyen Barat
National League
Divisyen Timur
Divisyen Tengah
Divisyen Barat
Schedule
Postseason
  • World Series (Siri Dunia)
    • Menang WS
  • AL
  • NL
  • Wild Card Game
  • Appearances
  • Streaks
  • Droughts
  • Siri-siri postseason
Business
  • Draft
    • Rule 5
  • Players Association
  • Highest-paid players
  • Luxury tax
  • Lockouts/strikes
  • Winter Meetings
  • Hot stove league
  • Transactions
  • Media
    • Logo
    • Saluran Radio
    • Saluran Televisyen
    • MLB.com
    • MLB Advanced Media
  • Minor League Baseball
  • Authentication Program
Miscellaneous
  • Instant replay
  • Team uniforms
  • Stadiums
  • Mascots
  • Rivalries
Sejarah
  • Sejarah
    • AL
  • Musim-musim
  • Tie-breakers
    • Tie-breaking procedures
  • All-time win–loss records
  • Catalan
  • Anugerah
  • Nombor-nombor bersara
  • Ahli Dewan Kemahsyuran
  • Liga Kontinental
  • Baseball color line
    • First black players in MLB
    • Negro leaguers who played in MLB
Steroid usage
  • Drug policy
    • suspensions
  • Mitchell Report
  • Juiced
  • Vindicated
  • Biogenesis scandal
  • BALCO scandal
  • Game of Shadows
  • Barry Bonds perjury case
Timeline
  • Timeline of Major League Baseball
    • History of team nicknames
  • Dead-ball era
  • Live-ball era
  • Golden age of baseball
  • Defunct and relocated teams
  • Relocation of the 1950s–1960s
  • Expansion
    • 1961
    • 1962
    • 1969
    • 1977
    • 1993
    • 1998
  • Contraction attempt
  • Persuruhjaya: Rob Manfred
  • Presiden-Presiden Liga
    • AL
    • NL
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
Perpustakaan negara
  • Jerman
  • Israel
  • Amerika Syarikat
  • Latvia
  • Republik Czech
Pangkalan data saintifik
  • CiNii (Jepun)