Dialek bahasa Korea

Bahasa Korea
Taburan
geografi:
Korea Selatan dan Korea Utara
Klasifikasi bahasa:Bahasa Koreanic
  • Bahasa Korea
Pembahagian:
  • Hamgyŏng (TL)
  • Pyong'an (BL)
  • Sentral
  • Gyeongsang (Tenggara)
  • Jeolla (BD)
  • Jeju

Sejumlah dialek Korea dituturkan di Semenanjung Korea. Semenanjung ini merupakan sebuah kawasan pergunungan dan setiap "wilayah" dialek hampir sepadan dengan sempadan semula jadi antara kawasan geografi Korea yang berbeza. Kebanyakan dialek dinamakan untuk salah satu daripada lapan wilayah tradisional Korea.

Kawasan dialek

Zon dialek dikenal pasti oleh Shinpei Ogura (1944)[1]

Korea merupakan sebuah negara pergunungan, dan ini boleh menjadi sebab utama mengapa bahasa Korea dibahagikan kepada beberapa dialek tempatan yang kecil. Shinpei Ogura, seorang ahli bahasa yang belajar Bahasa Korea pada tahun 1944. Beliau telah menemukan kawasan dialek-dialek bahasa Korea yang ada. Diantaranya;

Hamgyŏng (Timur Laut)
Dituturkan di wilayah Hamgyŏng (Kwanbuk dan Kwannam), di utara wilayah Pyongan dan diwilayah Ryanggang di Korea Utara. Juga, dialek ini dituturkan di utara China, Rusia, Uzbekistan, Kazakhstan dari Soviet. Sembilan vokal: lapan daripada bahasa standard tambah ö.
Pyongan (Barat Laut)
Dituturkan di Pyongyang, wilayah Pyongan, wilayah Chagang dan di Liaoning, China. Asas bahasa standard untuk Korea Utara.
Dialek Sentral
Biasanya dibahagikan sepanjang sempadan wilayah;
  1. Dialek Gyeonggi, atau lebih dikenali sebagai "dialek Seoul". Dituturkan di wilayah Gyeonggi, bandar Seoul dan Incheon. Juga dituturkan di wilayah Kaesung, Kaepung dan Changpung di Korea Utara.
  2. Dialek Chungcheong, dituturkan di wilayah Chungcheong termasuk bandar metropolitan Daejeon.[2] Beberapa bahagian wilayah Chungcheong Selatan, termasuk Daejeon dan Sejong, diklasifikasikan sebagai dialek selatan seperti dialek Jeolla dan Gyeongsang.
  3. Dialek Yeongso, dituturkan di bandar Yeongso, di wilayah Gangnam dan di wilayah Kangwŏn (Korea Utara), di sebelah barat pergunungan Taebaek. Yeongseo agak berbeza daripada dialek Yeongdong di sebelah timur pergunungan tersebut.
  4. Dialek Yeongdong, dituturkan di Yeongso di wilayah Gangnam dan di wilayah Kangwŏn (Korea Utara), di sebelah timur pergunungan Taebaek. Yeongdong agak berbeza daripada dialek Korea Sentral di sebelah barat pergunungan. [3]
  5. Dialek Hwanghae, dituturkan di wilayah Hwanghae, (Korea Utara). Lazimnya termasuk dalam dialek Sentral, tetapi beberapa penyelidik berpendapat bahawa ia tidak sesuai. [4]
Dialek Sentral, Hwanghae, Gyeonggi, Gangwon (Yeongseo) dan Chungcheong biasanya dikumpulkan bersama. Walau bagaimanapun, ramai berpandangan bahawa hanya dialek Hwanghae, Gyeonggi, dan Gangwon(Yeongseo) termasuk dalam dialek sentral, manakala dialek Chungcheong dianggap sebagai dialek berasingan.
Gyeongsang (Tenggara)
Dituturkan di wilayah Gyeongsang (Yeongnam), termasuk bandar Busan, Daegu dan Ulsan. Dialek ini mudah dibezakan dengan dialek Seoul kerana nadanya lebih pelbagai dan mempunyai enam vokal iaitu i, e, a, eo, o, eu dan eo.
Jeolla (Barat Daya)
Dituturkan di wilayah Jeolla, termasuk bandar Gwangju. Dialek ini mempunyai sepuluh vokal: i, e, ae, a, ü, ö, u, o, eu, eo.
Jeju
Dituturkan di Pulau Jeju dan kadangkala dianggap sebagai bahasa Korea yang berasingan.[5] Sembilan vokal bahasa Korea, termasuk arae-a (ɔ). Mungkin mempunyai konsonan tambahan juga.

Beberapa ahli bahasa telah mencadangkan bahawa kawasan dialek selanjutnya harus dipisahkan daripada dialek Timur Laut;[6]

Ryukchin
Dituturkan di wilayah sejarah Yukchin yang terletak di bahagian utara Wilayah Hamgyong Utara, jauh dari P'yŏng'an, tetapi mempunyai lebih banyak persamaan dengan dialek P'yŏng'an berbanding dengan dialek Hamgyŏng di sekelilingnya.[4] Memandangkan ia telah diasingkan daripada perubahan besar bahasa Korea, ia telah mengekalkan ciri-ciri bahasa Korea itu sendiri. Ia adalah satu-satunya bahasa Korea tonal yang diketahui.[7]

Analisis statistik baru-baru ini bagi dialek ini menunjukkan bahawa struktur hierarki dalam dialek ini adalah sangat tidak pasti, bermakna tiada bukti kuantitatif untuk menyokong hubungan seperti pokok keluarga di kalangan mereka. [8]

Beberapa pengkaji mengklasifikasikan dialek Korea dalam dialek Barat dan Timur. Berbanding dengan Korea Tengah, dialek Barat telah mengekalkan vokal panjang, manakala dialek Timur mengekalkan nada atau loghat nada. [9] Bahasa Jeju dan beberapa dialek di Korea Utara tidak membezakan antara panjang atau nada vokal. Tetapi dialek Tenggara dan dialek Timur Laut mungkin tidak berkait rapat antara satu sama lain secara genealogi.

Bahasa standard

  • Di Korea Selatan, Bahasa Korea standard (표준어/標準語/pyojun-eo) ditakrifkan oleh Institut Kebangsaan Bahasa Korea sebagai "ucapan moden Seoul yang digunakan secara meluas" (교양있는 사람들이 두루 쓰늀 현).
  • Di Korea Utara, pengisytiharan menerima pakai dialek Pyongan yang dituturkan di ibu kota Pyongyang dan sekitarnya harus menjadi asas bagi bahasa standard Korea Utara (Munhwaŏ). Namun, dalam praktiknya, rakyat sudah terbiasa dalam dialek Gyeonggi, yang telah menjadi dialek kebiasaan selama berabad-abad. [4]

Luar dari Semenanjung Korea

  • Koryo-mar (Корё мар/고려말, Bahasa Korea Standard: 중앙아시아 한국어), dikenal pasti sebagai keturunan dialek Hamgyŏng yang dituturkan oleh Koryo-saram, etnik Korea di negara Asia Tengah pasca-Soviet. Ia terdiri daripada perbendaharaan kata asas bahasa Korea, tetapi mengambil banyak kata pinjaman daripada bahasa Rusia. Kebanyakannya berdasarkan dialek Hamgyong dan Ryukchin kerana orang Koryo-saram kebanyakannya berasal dari bahagian utara Hamgyong.
  • Bahasa Korea Sakhalin (사할린 한국어), biasanya dituturkan oleh orang Korea Sakhalin.
  • Bahasa Korea Zainichi ( 재일어 ; 재일조선어 ) ialah bahasa atau dialek yang dituturkan dalam kalangan orang Korea di Jepun.
  • Bahasa Korea China (중국조선어), orang Korea di China menggunakan dialek yang hampir sama dengan dialek Hamgyŏng di Korea Utara, tetapi masih terdapat beberapa perbezaan iaitu mempunyai lebih banyak kata pinjaman daripada bahasa Cina moden.

Rujukan

  1. ^ Ogura 1944, Map 10.
  2. ^ 대전 사람들은 사투리를 안 쓴다? [People in Daejeon don't speak in dialect?] (dalam bahasa Korea). 중도일보. 2019.
  3. ^ Lee & Ramsey 2000, m/s. 313–314.
  4. ^ a b c Lee & Ramsey 2000.
  5. ^ Janhunen 1996. sfn error: no target: CITEREFJanhunen1996 (help)
  6. ^ Lee & Ramsey 2000, m/s. 313.
  7. ^ 朝鲜语六镇话的方言特点
  8. ^ Lee 2015, m/s. 8–9.
  9. ^ Yeon 2012.

Bibliografi

  • Manchuria: An Ethnic History (dalam bahasa Inggeris), Finno-Ugrian Society, 1996, ISBN 978-951-9403-84-7.
  • Lee, Iksop; Ramsey, S. Robert (2000), The Korean Language (dalam bahasa Inggeris), SUNY Press, ISBN 978-0-7914-4831-1.
  • Lee, Sean (2015), "A Sketch of Language History in the Korean Peninsula", PLOS ONE (dalam bahasa Inggeris), 10 (5), e0128448, Bibcode:2015PLoSO..1028448L, doi:10.1371/journal.pone.0128448, PMC 4449120, PMID 26024377.
  • National Geography Information Institute (2017), The National Atlas of Korea (dalam bahasa Inggeris), Seoul: Ministry of Land Infrastructure and Transport.
  • Ogura, Shinpei (1944), Chōsen-go hōgen no kenkyū 朝鮮語方言の研 [A Study of the Korean Dialects] (dalam bahasa Jepun), Tokyo: Iwanami Bunko. Volume 1: doi:10.11501/1869828. Volume 2: doi:10.11501/1869845.
  • Yeon, Jaehoon (2012), "Korean dialects: a general survey", dalam Tranter, Nicolas (penyunting), The Languages of Japan and Korea (dalam bahasa Inggeris), Routledge, m/s. 168–185, ISBN 978-0-415-46287-7. (preprint)

Bacaan lanjut

  • Choi, Myung-ok (1998). "Gugeo-ui bang'eon guhoek" 국어의 방언 구획 [Dialectal Divisions of Korean] (PDF). Saegugeosaenghwal (dalam bahasa Korea). 8 (4): 5–29. (text)
  • Kim, Mu-rim (김무림code: ko is deprecated ) (2004). Gugeo-ui yeoksa 국어의 역사 [History of the Korean language] (dalam bahasa Korea). Seoul: Hankook Munhwasa. ISBN 89-5726-185-0.
  • Ogura, Shinpei (1940). "The outline of the Korean dialects". Memoirs of the Research Department of the Tōyō Bunko (dalam bahasa Inggeris). 12: 1–143.
  • Rei, Fukui, penyunting (2017). Ogura shinpei "Chōsen-go hōgen no kenkyū" shosai shiryō ni yoru gengo chizu to sono kaishaku 小倉進平『朝鮮語方言の研究』所載資料による言語地図とその解釈 [Geolinguistic studies of the Korean language based on the data collected by Ogura Shinpei] (dalam bahasa Jepun). University of Tokyo.
  • Song, Jae Jung (2005). The Korean Language: Structure, Use and Context (dalam bahasa Inggeris). London: Routledge. ISBN 0-415-32802-0.