Habib Koité
Habib Koité ߤߊߓߌߓ ߞߎߥߊߕߍ | |
---|---|
Latar belakang | |
Kelahiran | (1958-01-27) 27 Januari 1958 (umur 66) |
Genre | Muzik dunia |
Pekerjaan | Pemuzik, penggubah lagu, penyanyi |
Instrumen | Gitar, vokal, gendang, balafon |
Tahun aktif | 1988–kini |
Syarikat rakaman | Contre-Jour |
Pengkarya berkait | Bamada |
Laman sesawang | http://habibkoite.com/ |
Habib Koité (bahasa Bambara: ߤߊߓߌߓ ߞߎߥߊߕߍ Habib Kuwate, lahir 27 Januari 1958) ialah seorang pemuzik, penyanyi dan penglipur lara dari Mali.
Biografi
Habib lahir pada 27 Januari 1958 di Thiès, Senegal. Beliau melanjutkan pengajian muziknya di Institut Seni Kebangsaan Bamako (Institut national des arts de Bamako).
Beliau pernah mengetuai suatu kugiran dibarisi sebilangan artis muzik Afrika Barat bernama Bamada.[1]
Diskografi
Album
- Muso Ko, 1995
- Dua lagu dari album ini "I ka barra" dan "Din din wo" menjadi terkenal dalam kompilasi lagu pilihan untuk pek Windows Vista tahun 2007.
- Ma Ya, 1998
- Baro, 2001
- Live!, 2004
- Afriki, 2007
- Acoustic Africa in concert, 2011
- Brothers in Bamako, 2012
- Soô, 2014
- Kharifa, 2017
Rujukan
- ^ "Habib Koité & Bamada". Cumbancha. Dicapai pada 27 April 2016.