Hukum Dalton

Ilustrasi mengenai Hukum Dalton menggunakan gas pada aras laut.

Dalam kimia dan fizik, Hukum Dalton (juga disebut sebagai Hukum Dalton bagi separa tekanan) yang dirumuskan oleh John Dalton pada tahun 1801 menyatakan bahawa jumlah tekanan campuran gas unggul sama dengan hasil tambah kesemua tekanan separa gas individual yang terdapat di dalam campuran tersebut.[1] Hukum empirik ini diperhatikan oleh John Dalton pada 1801 dan ia mempunyai kaitan dengan hukum gas unggul.

Rumus

Molekul-molekul di dalam campuran gas unggul tidak saling bertindak kerana kedudukan mereka yang jauh antara satu sama lain. Sebagai contoh, jumlah tekanan campuran gas unggul yang mengandungi nitrogen, hidrogen dan ammonia boleh dikira seperti berikut:

Secara mathematik, tekanan bagi campuran gas unggul boleh ditakrifkan sebagai ringkasan:

P total = i = 1 n p i {\displaystyle P_{\text{total}}=\sum _{i=1}^{n}{p_{i}}}       atau       P total = p 1 + + p n {\displaystyle P_{\text{total}}=p_{1}+\cdots +p_{n}}

di mana p 1 ,   p 2 , ,   p n {\displaystyle p_{1},\ p_{2},\dots ,\ p_{n}} mewakili tekanan separa bagi setiap komponen.[1]

  p i = P total y i {\displaystyle \ p_{i}=P_{\text{total}}y_{i}}

di mana y i {\displaystyle y_{i}} merupakan "pecahan mol" bagi komponen i-th dalam jumlah keseluruhan campuran bagi komponen n.

p = p N 2 + p H 2 + p N H 3 {\displaystyle p=p_{{\mathrm {N} }_{2}}+p_{{\mathrm {H} }_{2}}+p_{{\mathrm {NH} }_{3}}}


Di mana:  
p {\displaystyle p\,} = jumlah tekanan campuran gas unggul
p N 2 {\displaystyle p_{{\mathrm {N} }_{2}}} = tekanan separa nitrogen (N2)
p H 2 {\displaystyle p_{{\mathrm {H} }_{2}}} = tekanan separa hidrogen (H2)
p N H 3 {\displaystyle p_{{\mathrm {NH} }_{3}}} = tekanan separa ammonia (NH3)


Rujukan

  1. ^ a b Silberberg, Martin S. (2009). Chemistry : the molecular nature of matter and change (ed. 5th). Boston: McGraw-Hill. m/s. 206. ISBN 9780073048598.