Isaac Asimov

Isaac Asimov
Satu gambar Asimov diambil oleh Jay Kay Klein
Satu gambar Asimov diambil oleh Jay Kay Klein
Lahir2 Januari, 1921
Petrovichi, SFSR Rusia
Meninggal dunia6 April, 1992
New York, New York, Amerika Syarikat
Nama penaPaul French, George E. Dale
PekerjaanNovelis, pengarang cerita pendek, ahli esei, sejarawan, ahli biokimia, penulis buku teks, humoris
GenreFiksyen sains (SF keras), sains popular, fiksyen misteri, esei, kritikan kesusasteraan
Pergerakan sasteraZaman Keemasan Fiksyen Sains
Tandatangan

Dr. Isaac Asimov (k.k. 2 Januari 1920 – 6 April 1992, asalnya Исаак Озимов tetapi kini ditranskripsikan ke dalam Rusia sebagai Айзек Азимов) ialah seorang penulis dan profesor Amerika Syarikat yang berasal dari Rusia. Beliau ialah penulis yang amat prolifik dan amat berjaya, dan paling dikenali kerana karya-karya fiksyen sains dan buku-buku sains popularnya.

Asimov menulis atau menyunting melebihi lima ratus buah buku serta lebih kurang sembilan ribu pucuk surat dan poskad, dan telah menulis karya-karya dalam setiap kategori Sistem Perpuluhan Dewey yang utama kecuali falsafah.[1] Beliau dianggap secara meluas sebagai pakar dalam genre fiksyen sains dan, bersama-sama dengan Robert A. Heinlein dan Arthur C. Clarke, telah dianggap sebagai salah satu penulis fiksyen sains "Tiga Yang Besar" semasa hidupnya.[2] Karya Asimov yang termasyhur ialah Siri Asas; karya utamanya yang lain ialah siri Empayar Galaksi dan siri Robot yang kedua-duanya, beliau kemudian mengaitkan kepada alam semesta fiksyen yang sama dengan Siri Asas. Beliau menulis banyak cerpen, antaranya "Waktu Senja" ("Nightfall") yang telah dipilih oleh Penulis-penulis Fikysen Sains Amerika sebagai karya yang terbaik dalam genrenya sehingga tahun 1964. Asimov juga menulis karya-karya misteri dan khayalan, serta banyak buku bukan fiksyen. Beliau juga menulis siri Lucky Starr yang terdiri daripada novel-novel kanak-kanak melalui nama pena Paul French.

Kebanyakan buku sains popular Asimov menerangkan konsep-konsep sains melalui cara sejarah, dan kembali sejauh yang mungkin ke masa ketika sains tersebut berada dalam peringkat yang paling mudah. Beliau sering memberi maklumat kerakyatan, tarikh lahir, dan tarikh kematian untuk ahli-ahli sains yang disebutnya, serta etimologi dan panduan sebutan bagi istilah-istilah teknikal. Contoh-contoh ini termasuk Panduan Sains, set tiga jilid untuk Memahami Fizik, serta Kronologi Sains dan Penemuan Asimov.

Asimov ialah ahli lama dan Naib Presiden Mensa Antarabangsa, walaupun dengan keberatan, dan memerihalkan ahli-ahli pertubuhan itu sebagai "suka berdebat secara intelektual". Beliau lebih gembira menjadi Presiden Persatuan Penyokong Humanisme Amerika.

Asteroid 5020 Asimov, majalah Fiksyen Sains Asimov, dan dua Anugerah Isaac Asimov yang berbeza telah dinamai sempena namanya sebagai penghormatan kepadanya.


Rujukan

  1. ^ Soalan Lazim Asimov: Tahukan anda bahawa Asimov ialah satu-satunya penulis yang pernah menerbitkan buku-buku dalam kesemua sepuluh kategori Sistem Perpuluhan Dewey?
  2. ^ Freedman, Carl. Critical Theory and Science Fiction. Percetakan Universiti Wesleyan. Mac 2000. m.s. 71

Media bercetak

  • Asimov, Isaac. In Memory Yet Green (1979, ISBN 0-380-75432-0).
In Joy Still Felt (1980, ISBN 0-380-53025-2).
I. Asimov: A Memoir (1994). ISBN 0-385-41701-2 (hc), ISBN 0-553-56997-X (pb).
Yours, Isaac Asimov (1996), disunting oleh Stanley Asimov. ISBN 0-385-47624-8.
It's Been a Good Life (2002), disunting oleh Janet Asimov. ISBN 1-57392-968-9.
  • Goldman, Stephen H., "Isaac Asimov", dalam Dictionary of Literary Biography, Jilid 8, edisi Cowart dan Wymer, (Penyelidikan Gale, 1981), m.s. 15-29.
  • Gunn, James. "On Variations on a Robot", IASFM, Julai 1980, m.s. 56-81. Dicetak kembali dalam buku 1982.
Isaac Asimov: The Foundations of Science Fiction (1982). ISBN 0-19-503060-5.
The Science of Science-Fiction Writing (2000). ISBN 1-57886-011-3.

Dalam talian

Pautan-pautan yang berikut telah ditentusahkan akhir sekali pada 4 Februari 2006.
  • Laman web Isaac Asimov
    • Senarai lengkap buku-buku Asimov
    • Soalan Lazim
  • Panduan Jenkin tentang Isaac Asimov (ulasan dan perkadaran)

Bacaan tambahan

Media bercetak

  • Fiedler, Jean (1982). Isaac Asimov. ISBN 0-8044-2203-6. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  • Joseph D. Oleander dan Martin H. Greenberg (penyunting) (1974). Isaac Asimov. ISBN 0-8008-4258-8, buku kulit tebal ISBN 0-8008-4257-X.
  • Patrouch, Joseph F. (1977). The Science Fiction of Isaac Asimov. ISBN 0-385-08696-2.
  • Touponce, William F. (1991). Isaac Asimov. ISBN 0-8057-7623-0.
  • White, Michael (1994). Asimov: The Unauthorized Life. ISBN 0-14-004130-3.

Dalam talian

Pautan-pautan yang berikut telah ditentusahkan akhir sekali pada 15 Mac 2006.
  • Isaac Asimov di Pangkalan Data Cereka Spekulatif Internet
  • Isaac Asimov di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
  • Isaac Asimov di Pangkalan Data Nama-nama Terkenal
  • Isaac Asimov di Pangkalan Data Buku Internet tentang Fiksyen (kerja dalam proses)
    • Perbincangan kumpulan tentang Asimov Diarkibkan 2006-10-25 di Wayback Machine di Pangkalan Data Buku Internet tentang Fiksyen
    • Isaac Asimov di Brazil Portugis
  • Masa Depan Manusia: Apa yang difikirkan oleh Asimov ialah laluan ke hadapan untuk kita
  • Agama dalam Karya-karya Asimov — sebuah esei oleh Michael Brummond
  • www.asimovians.com — forum mengenai Asimov, karya-karyanya, dan lain-lain
  • Temu bual audio 1987 dengan Isaac Asimov Diarkibkan 2008-09-26 di Wayback Machine — RealAudio (24 minit 59 saat)
  • Fiksyen Isaac Asimov dalam talian Diarkibkan 2006-06-30 di Wayback Machine di laman web Fiksyen Spekulasi Bebas dalam talian
  • "Halaman Pengarang" buku-buku Guardian, dengan profil dan pautan-pautan ke rencana-rancana lanjutan
  • Ensiklopedia Galactica - rujukan yang menyeluruh kepada dunia-dunia fiksyen Asimov
  • Garis masa terperinci untuk Alam Semesta Robot dan Asas
  • Senarai cerpen Isaac Asimov (mengikut kategori)
  • Cerpen "Kehidupan Tanpa Bahan Api" ("Life Without Fuel") dalam talian (1977)
  • "Profesion" - cerpen dalam talian (1957) — huraian alegori tentang bagaimana pendidikan kini berfungsi dalam masyarakat-masyarakat Barat yang primitif.
  • Urutan Pembacaan 15-Buku yang disarankan oleh Asimov — daripada "Nota Pengarang dalam "Pendahuluan kepada Asas", edisi kulit tebal Doubleday 1988


  • l
  • b
  • s

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.