Jelutung

Jelutung
Status pemuliharaan

Kurang membimbangkan  (IUCN 2.3)
Pengelasan saintifik e
Templat taksonomi hilang (baiki): Dyera
Spesies:
Templat:Taxonomy/DyeraD. costulata
Nama binomial
Dyera costulata
(Miq.) Hook.f[1][2]
Sinonim
  • Alstonia costulata Miq.
  • Alstonia eximia Miq.
  • Alstonia grandifolia Miq.
  • Dyera laxiflora Hook.f.

Pokok Jelutong (Jawi: ڤوکوق جلوتوڠcode: ms is deprecated ) ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Apocynaceae yang tersebar dari Semenanjung Tanah Melayu, Pulau Sumatra dan Pulau Borneo. Pokok ini biasa terdapat di hutan pamah. Nama botaninya Dyera costulata. [3]

Pokok Jelutong ditebang bagi kayunya. Bersama pokok balsa ia secara teknikal merupakan kayu keras dengan banyak ciri-ciri yang sama. Ciri-ciri seperti kepadatan rendah, urat lurus dan tekstur halus bererti ia mudah digunakan dan dengan itu popular dikalangan pembuat model dan dalam perdagangan pola. Akarnya juga boleh digunakan bagi pengganti gabus.

Tambahan lagi, Jelutong boleh ditoreh bagi getahnya dan dari 1920-an sehingga 1960-an, getah Jelutong merupakan sumber penting bagi gula-gula getah.

Pokok Jelutong secara tradisi telah lampau tuai dan merupakan spesies terancam dikebanyakan tempat. Bagaimanapun, disebabkan ia cepat tumbuh, tahan lasak, dan usaha penanaman semula yang kuat, kepupusannya tidak mungkin. Ia merupakan spesies pokok yang dilindungi di sebahagian Malaysia dan Thailand. Pokok ini ditanam secara peredagangan bagi mendapatkan kayu balak.

Ciri-ciri fizikal

Silara Pokok Jelutong amat padat dan berbentuk kubah. Ciri-ciri fizikal yang lain adalah seperti berikut:

  • Kulit kayu: Biasa berwarna kelabu. Kulit ini meleleh banyak getah atau lateks putih yang digelarkan "getah jelutong" dan digunakan untuk membuat gula-gula getah.
  • Daun: Besar dan disusun dalam pusaran yang terdiri daripada 6-8 helai daun.
  • Bunga: Membuka pada waktu petang, antara pukul 5-7. Bunga putih akan luruh 12 jam kemudian. Secara amnya, semua pokok di dalam sesuatu kawasan akan luruh daun dan bunganya dengan serentak, walaupun kejadian ini tidak dijumpai di dalam hutan.
  • Buah: Masak menjadi lenggai kembar terlangkup yang besar selepas 2-3 bulan.


Rujukan

  1. ^ Templat:IPNI
  2. ^ Hooker, J.D. (1882) Journal of the Linnean Society. Botany. London 19: 293
  3. ^ INDEX TO SCIENTIFIC NAMES of Tropical Tree Species along with their Vernacular Names
  • Phang Wien Ho et al. A Guide to the Botanic Gardens Jungle. Pusat Sains Singapura (1983). ISBN 9971-88-010-5.

Pautan luar

  • Profil spesies di Sistem Maklumat Biokepelbagaian Malaysia
  • Profil spesies di Flora and Fauna Web Lembaga Taman Negara Singapura
  • Gambar pokok Jelutong di Jabatan Perhutanan Negeri Johor.
  • Jelutong: Pokok getah tempatan, Laman FRIM.