Jugra

Jugra is located in Bumi
Jugra
Jugra (Bumi)
Koordinat: Koordinat: 2°49′N 101°25′E / 2.817°N 101.417°E / 2.817; 101.417NegaraMalaysiaNegeriSelangorDaerahKuala Langat

Jugra ialah sebuah petempatan yang terletak di daerah Kuala Langat, Selangor, Malaysia, berhampiran Pulau Carey, Kanchong Darat, Banting, Jenjarom dan Sungai Buaya. Jugra menghadap ke Selat Melaka dan berdekatan muara Sungai Langat. Jugra meliputi kawasan Bukit Jugra, pantai Kelanang, Kampung Sungai Arak dan Kampung Chodoi.

Asal nama

Dapatan antropologi mengesahkan nama Jugra terbit daripada gelaran pembesar Senoi, Jukrah atau Jurukrah yang bertugas sebagai pembesar taraf kecil yang mengerah anggota-anggota kelompok,[1][2] dan terkait dengan istilah Melayu jurukerah.[3] Jugra disebut sebagai Sugĕrĕ atau juga Jugra dalam bahasa asli Mah Meri.[4]

Sejarah

Rekod berkenaan petempatan Jugra telah dikatakan wujud sejak abad ke-15 ketika di bawah pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.[5]

Pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad yang memerintah negeri Selangor dari 1859 hingga 1898, Bukit Jugra telah dijadikan tempat bersemayam Sultan Selangor. Rumah api Bukit Jugra dibina di puncak Bukit Jugra.[6] Istana Jugra pula dibina baginda pada 1870-an. Sampan, perahu dan tongkang yang membawa bijih timah dari Kajang, Balakong, Hulu Langat, Semenyih dan lain-lain dibawa keluar melalui Sungai Langat dan membayar cukai di Jugra.

Bukit Jugra merupakan tempat strategik kerana berhampiran dengan laut, menghadap perairan Selat Melaka dan ingin dimajukan sebagai kota maritim. Bukit Jugra berasal dari sebuah perkampungan kecil Melayu yang bernama Tanjung Kera, dan dinamakan oleh kerana banyaknya kera di sini. Walau bagaimanapun, kera tidak begitu sesuai dengan status baharu Jugra sebagai kawasan istana lalu ditukar nama kepada Bandar Temasya.

Geografi

Bukit Jugra ada tiga punca bukit yang menempatkan makam-makam diraja negeri, bangunan lama para pembesar dan kerabat diraja, serta rumah api Bukit Jugra setinggi 146 meter dibina pada 1976 dan ditadbir oleh Jabatan Marin Malaysia.[7]

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Isa, Mariana; Kaur, Maganjeet (2015). Kuala Lumpur Street Names, A Guide to Their Meanings & Histories (dalam bahasa Inggeris). Kuala Lumpur: Marshall Cavendish Editions. ISBN 978-981-4561-54-9.
  2. ^ Skeat, Walter William; Blagden, Charles Otto (1906). Pagan races of the Malay Peninsula (dalam bahasa Inggeris). 1. London: Macmillan and Co. m/s. 505–507.
  3. ^ Skeat, Walter William; Blagden, Charles Otto (1906). Pagan races of the Malay Peninsula (dalam bahasa Inggeris). 2. London: Macmillan and Co. m/s. 557.
  4. ^ Nicole Kruspe and Azman Zainal (2010). A Dictionary of Mah Meri as Spoken at Bukit Bangkong. Oceanic Linguistics Special Publication No.36. University of Hawai'i Press. Honolulu.
  5. ^ Adil, Haji Buyong (1971). Sejarah Selangor. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s. 4.
  6. ^ "Bukit Jugra". VisitSelangor.com. Dicapai pada 15 April 2020.
  7. ^ "Rumah Api Bukit Jugra". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-06. Dicapai pada 2008-12-26.
  • l
  • b
  • s
Ibu negeri: Shah Alam
Topik umum
Topik
Sosial
  • Budaya
  • Jenayah
  • Masakan
  • Demografi
  • Ekonomi
  • Pendidikan
  • Politik
  • Pengangkutan
Bahagian
pentadbiran
9 Daerah dan 12 Kerajaan tempatan (3 Bandar, 8 Perbandaran, 1 Daerah)
Zon khas: Bandar gabungan Lembah Klang · Koridor Raya Multimedia (MSC Malaysia)
Majlis Bandaraya
Petaling Jaya
(Daerah Petaling)
Shah Alam
(Daerah Petaling dan Klang)
Subang Jaya
(Daerah Petaling)
Majlis Perbandaran
Kajang
(Daerah Hulu Langat)
Ampang Jaya
(Daerah Hulu Langat dan Gombak)
Klang
(Daerah Klang)
Selayang
(Daerah Gombak)
Hulu Selangor
Sepang
Kuala Langat
Kuala Selangor
Majlis Daerah
Sabak Bernam
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P092 Sabak Bernam
N01 Sungai Air Tawar
N02 Sabak

P093 Sungai Besar
N03 Sungai Panjang
N04 Sekinchan

P094 Hulu Selangor
N05 Hulu Bernam
N06 Kuala Kubu Baharu
N07 Batang Kali

P095 Tanjong Karang
N08 Sungai Burong
N09 Permatang

P096 Kuala Selangor
N10 Bukit Melawati
N11 Ijok
N12 Jeram

P097 Selayang
N13 Kuang
N14 Rawang
N15 Taman Templer

P098 Gombak
N16 Sungai Tua
N17 Gombak Setia
N18 Hulu Kelang

P099 Ampang
N19 Bukit Antarabangsa
N20 Lembah Jaya

P100 Pandan
N21 Pandan Indah
N22 Teratai

P101 Hulu Langat
N23 Dusun Tua
N24 Semenyih

P102 Bangi
N25 Kajang
N26 Sungai Ramal
N27 Balakong

P103 Puchong
N28 Seri Kembangan
N29 Seri Serdang

P104 Subang
N30 Kinrara
N31 Subang Jaya

P105 Petaling Jaya
N32 Seri Setia
N33 Taman Medan
N34 Bukit Gasing

P106 Damansara
N35 Kampung Tunku
N36 Bandar Utama
N37 Bukit Lanjan

P107 Sungai Buloh
N38 Paya Jaras
N39 Kota Damansara

P108 Shah Alam
N40 Kota Anggerik
N41 Batu Tiga

P109 Kapar
N42 Meru
N43 Sementa
N44 Selat Klang

P110 Klang
N45 Bandar Baru Klang
N46 Pelabuhan Klang
N47 Pandamaran

P111 Kota Raja
N48 Sentosa
N49 Sungai Kandis
N50 Kota Kemuning

P112 Kuala Langat
N51 Sijangkang
N52 Banting
N53 Morib

P113 Sepang
N54 Tanjong Sepat
N55 Dengkil
N56 Sungai Pelek

  • Laman Commons Commons
  • Laman Wikisource Wikisumber
  • Kategori Kategori