Kecoh! Primadona Kena Hantu

Kecoh! Primadona Kena Hantu
PengarahPierre Andre
PenulisPierre Andre
Lakon layarPierre Andre
Dibintangi
  • Kamal Adli
  • Kamarool Haji Yusoff
  • Khatijah Tan
  • Abam Bocey
  • Amir Amireka
SinematografiNevin Hiong
Syarikat
penerbitan
Rainfilm Sdn Bhd
Tarikh tayangan
13 Oktober 2016
Masa tayangan
125 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Kecoh! Primadona Kena Hantu ialah sebuah filem komedi seram Malaysia 2016 arahan Pierre Andre.[1]

Plot

Sebuah produksi sedang menjalankan penggambaran cerita seram di sebuah rumah banglo. Sejak dari awal penggambaran lagi mereka berdepan masalah kerana terpaksa menunggu kehadiran pelakon veteran primadona Khaty ke set. Malah pengarah juga tiba lewat berikutan neneknya baru meninggal dunia. Apa yang membimbangkan pengarah adalah dia telah menerima sesuatu daripada neneknya sebelum meninggal dunia dan ia berkemungkinan saka neneknya. Ketika penggambaran pelbagai kejadian aneh berlaku sehingga Khaty jatuh pengsan dan mereka menyangka dia telah dirasuk oleh saka nenek pengarah itu.

Pelakon

  • Kamal Adli sebagai Nek Nak
  • Kamarool Haji Yusoff sebagai Saad
  • Khatijah Tan sebagai Primadona
  • Abam Bocey sebagai Abam
  • Amir Amireka sebagai Amir
  • Geoff Andre Feyaerts sebagai Penarik Fokus Itali

Rujukan

  1. ^ Aqmar Mustaza (15 Oktober 2016). Pertaruh gandingan baharu dan lama Sinar Harian. Dicapai pada 27 Mei 2018.

Pautan luar

  • Kecoh! Primadona Kena Hantu di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
  • l
  • b
  • s
Pierre Andre
  • Filemografi
Filem yang diarahkan
Filem yang ditulis
Rencana berkaitan