Korvettenkapitän

Korvettenkapitäncode: de is deprecated (bahasa Jerman: [kɔʁˈvɛtn̩kapiˌtɛːn]  ( dengar); bahasa Inggeris: Corvette captaincode: en is deprecated ) ialah pangkat pegawai kanan paling rendah dalam beberapa tentera laut yang berbahasa Jerman.

Austria-Hungary

Belgium

Jerman

Kepten korvet
Korvettenkapitän
Papan
bahu
Jalur
lengan
Slip on
bahu
Negara
Jerman
Cabang perkhidmatan Bendera tentera laut Jerman Tentera Laut Jerman
Singkatan KKpt
Kumpulan pangkat Pegawai kanan
Kod
NATO
OF-3
Pangkat tinggi seterusnya Fregattenkapitän
Pangkat rendah seterusnya

Kapitänleutnant

Persamaan pangkat Major

Korvettenkapitän, singkatan: KKpt/dalam daftar: KK, (Melayu: Kepten korvetcode: ms is deprecated dan bahasa Inggeris: Corvette captaincode: en is deprecated ) ialah pangkat pegawai kanan paling rendah (Jerman: Stabsoffizier Rangcode: de is deprecated ) dalam Tentera Laut Jerman.[1]

Panggilan

Selaras dengan ZDv 10/8, cara panggilan rasmi pegawai berpangkat Korvettenkapitän (OF-3) ialah "Herr/Frau Korvettenkapitän". Bagaimanapun, mengikut tradisi tentera laut Jerman pangkat "Korvettenkapitän" akan disapa "Herr/Frau Kapitän", atau dalam bahasa pelaut sebagai "Herr/Frau Kap'tän".

Lencana pangkat dan pentakrifan

Lihat juga: Pangkat Bundeswehr Jerman dan Lencana pangkat Bundeswehr Jerman

Lencana pangkat Korvettenkapitän, dipakai pada lengan baju dan bahu, berbentuk satu bintang berbucu lima di atas tiga jalur lurus (atau gegelang lengan; tanpa bintang apabila sarung pangkat jenis slip on dipakai).

Pangkat ini ditakrif OF-3a[2] dalam NATO, dan setaraf dengan Major dalam Heer, dan Luftwaffe. Ia ditetapkan dalam skala gaji A13 oleh Kementerian Pertahanan Persekutuan dan lebih kanan dari pangkat Kapitänleutnant (bm: Leftenan), serta Stabskapitänleutnant.


Pangkat pegawai Tentera Laut Jerman
Kerjaya pegawai medan
pangkat junior
Kapitänleutnant
Korvettenkapitän

(Oberstabsarzt)
Major

pangkat senior
Fregattenkapitän
Pegawai Waran / kerjaya pegawai pakar
Kapitänleutnant Stabskapitänleutnant tamat kerjaya pegawai pakar


Sejarah

Tentera Laut Jerman sehingga tahun 1945

Di dalam Tentera Laut Imperial Jerman dan Kriegsmarine pangkat "Korvettenkapitän" merupakan pangkat terendah dalam kumpulan pegawai kanan. Tanda pangkat terdiri daripada shoulder kord (epaulet jenis berpintal) berwarna perak dan jalur lengan berwarna emas. Shoulder kord perlu dipakai pada jaket uniform dan ia berbentuk pintalan brid berwarna perak (tanpa paku/bintang) pada pelapik yang berwarna biru kelasi.

Lencana lengan terdiri daripada tiga jalur lurus, dan satu bintang berbucu lima di atasnya. Gegelang pada lengan baju meliliti manset bawah.

Volksmarine

Korvettenkapitän yang berada dalam Volksmarine GDR merupakan gred terendah bagi kumpulan pangkat pegawai kanan. Ia setanding dengan pangkat Major Tentera Darat dan Tentera Udara NPA.

Tanda pangkat terdiri daripada shoulder kord dan jalur lengan. Shoulder kor hendaklah dipakai pada jaket uniform dan ia berbentuk pintalan brid berwarna perak berserta satu paku (bintang) emas pada pelapik yang berwarna biru kelasi.

Lencana lengan berbentuk tiga jalur lurus, dan satu bintang berbucu lima di atasnya. Bercanggah dengan tradisi Tentera Laut Imperial Jerman, di mana gegelang lengan baju meliliti manset bawah, jalur lengan Volksmarine hanya membentuk 40% lilitan.

Insignia

Insignia Bahu Lengan Pangkat
lebih tinggi/lebih rendah
Bendera tentera laut Empayar Jerman Kaiserliche Marine[3] Fregattenkapitäncode: de is deprecated
Kapitänleutnantcode: de is deprecated
Bendera tentera laut Republik Weimar Reichsmarine[4]
Bendera tentera laut Jerman Nazi Kriegsmarine[5]
Bendera tentera laut Jerman Timur Volksmarine[6]
Bendera tentera laut Jerman Tentera Laut Jerman[7]

Rujukan

  1. ^ official rank table of the German Navy
  2. ^ STANAG 2116
  3. ^ "Dienstgrade und Uniformen". kleiner-kreuzer-dresden.de (dalam bahasa Jerman). Diarkibkan daripada yang asal pada 30 July 2017. Dicapai pada 3 April 2022.
  4. ^ Hoyer, K; Brennecke, F (1925). Die Uniformen des Reichsheeres und der Reichsmarine nebst amtlichen Uniformtafeln; mit Genehmigung des Reichswehrministeriums (dalam bahasa Jerman). Charlottenburg: Verlag "Offene Worte, ". OCLC 44571687.
  5. ^ Mollo 2001, m/s. 19.
  6. ^ Luft, Kathleen (1988). "National Security". Dalam Burant, Stephen R. (penyunting). East Germany: a country study. Area Handbook (ed. 3rd). Washington, D.C.: Library of Congress. m/s. 264–265. LCCN 87600490. Dicapai pada 19 October 2021.
  7. ^ "Dienstgradabzeichen Marine". bundeswehr.de (dalam bahasa Jerman). Bundeswehr. Dicapai pada 30 May 2021.
  • Mollo, Andrew (2001). The Armed Forces of World War II: Uniforms, Insignia & Organisation. Leicester: Silverdale books. ISBN 1-85605-603-1.
  • l
  • b
  • s
Pangkat tentera Jerman
Pegawai
Tentera Darat & Tentera Udara
Tentera Laut
Lain-lain pangkat
Tentera Darat & Tentera Udara
  • Oberstabsfeldwebel
  • Stabsfeldwebel
  • Hauptfeldwebel
  • Oberfeldwebel
  • Feldwebel
  • Stabsunteroffizier
  • Unteroffizier
  • Stabskorporal
  • Korporal
  • Oberstabsgefreiter
  • Stabsgefreiter
  • Hauptgefreiter
  • Obergefreiter
  • Gefreiter
  • Soldat
Tentera Laut
  • Oberstabsbootsmann
  • Stabsbootsmann
  • Hauptbootsmann
  • Oberbootsmann
  • Bootsmann
  • Obermaat
  • Maat
  • Stabskorporal
  • Korporal
  • Oberstabsgefreiter
  • Stabsgefreiter
  • Hauptgefreiter
  • Obergefreiter
  • Gefreiter
  • Matrose
Historic:
  • Empayar Jerman
  • Republik Weimar
  • Jerman Nazi
  • Jerman Timur
Kawalan kewibawaan: Perpustakaan negara Sunting ini di Wikidata
  • Jerman