Lavandula

Lavandula
Bulir bunga lavender
dengan daun pengasuh
Pengelasan saintifik
Alam:
Plantae
(tanpa pangkat):
Angiospermae
(tanpa pangkat):
Tracheophyta
(tanpa pangkat):
Eudikotiledon
(tanpa pangkat):
Asterids
Order:
Lamiales
Keluarga:
Lamiaceae
Subkeluarga:
Nepetoideae
Tribus:
Lavanduleae
Genus:
Lavandula
Spesies jenis
Lavandula spica
L.
Sinonim[1]
  • Stoechas Mill.
  • Fabricia Adans.
  • Styphonia Medik.
  • Chaetostachys Benth.
  • Sabaudia Buscal. & Muschl.
  • Isinia Rech.f.

Lavandula ialah genus 39 spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga pudina, Lamiaceae. Spesies-spesies ini tumbuh asli di Dunia Lama dan ditemui dari Tanjung Verde dan Kepulauan Canaria, Eropah menyeberang ke utara dan timur Afrika, Mediterranean, barat daya Asia ke tenggara India.[2]

Banyak spesies genus ini ditanam dan diusahakan secara meluas di iklim sederhana sebagai tumbuhan hiasan untuk kegunaan taman dan landskap, untuk digunakan sebagai herba masakan, dan juga secara komersial untuk mengeluarkan minyak pati.[3] Spesies Lavandula angustifolia yang ditanam secara meluas sering disebut sebagai lavender atau labenda.[4]

Taksonomi

Nama genus Lavandula diberikan Carl Linnaeus daripada perkataan bahasa Perancis Kuno lavandre dijejak daripada bahasa Latin lavare daripada lavo "membasuh".[5] Nama ini ditujukan daripada penggunaan seduhan tumbuhan ini.[6]Semua rencana kekurangan rujukan yang boleh dipercayai[sumber lebih baik diperlukan] Walau bagaimanapun, kebenaran penjelasan kata lavendre ini ditunjukkan diragui, kata tersebut mungkin dijejak kepada perkataan bahasa Latin livere "kebiruan".[7] daripada liveo atau pliveo "biru gelap".[8]

Perkataan bahasa Perancis Kuno lavandre dipinjamkan kepada kata bahasa Inggeris lavender. Kata itu juga diserap menjadi nama tumbuhan ini – lavender (Jawi: لاۏيندرcode: ms is deprecated ) dan labenda (Jawi: لابينداcode: ms is deprecated ) dalam bahasa Melayu.

Tatanama

L. stoechas, L. pedunculata dan L. dentata dikenali pada zaman Rom.[9] Dari Zaman Pertengahan dan seterusnya, spesis Eropah dianggap dua kumpulan atau genus berasingan, Stoechas (L. stoechas, L. pedunculata, L. dentata) dan Lavandula (L. spica and L. latifolia), sehingga Carl Linnaeus menggabungkan dua-dua genus ini. Beliau hanya mengiktiraf lima spesies dalam Species Plantarum (1753), L. multifida dan L. dentata (Sepanyol) dan L. stoechas and L. spica dari Eropah Selatan. L. pedunculata telah dimasukkan ke dalam L. stoechas.

Menjelang 1790, L. pinnata dan L. carnosa telah diiktiraf. Yang kemudian itu telah dipindahkan kepada Anisochilus. Menjelang tahun 1826, Frédéric Charles Jean Gingins de la Sarraz menyenaraikan 12 spesies dalam tiga bahagian, dan pada 1848 lapan belas spesies telah dikenali.[9]

Botani

Genus ini termasuk tumbuhan saka herba tahunan atau kekal lama, dan pokok seperti saka renek, renek kerdil, atau renek kecil.[10]

Daun

Spesies-spesies dalam genus ini mempunyai pelbagai jenis bentuk daun. Sesetengah spesies biasa yang ditanam mempunyai bentuk daun mudah; ada spesies lain yang daunnya bergigi, atau berpinat, kadang-kadang berbilang pinat dan terbelah. Dalam kebanyakan spesies, daun-daunnya dipenuhi bulu halus (indumentum) yang biasanya mengandungi minyak pati.[10]

Bunga

Bunga tumbuhan muncul dalam pusaran pada bulir yang tumbuh meninggi atas daun-daun tumbuhan, bulir-bulir bunga beberapa spesies menjadi bercabang. Sesetengah spesies menghasilkan daun pengasuh berwarna pada apeks.

Bunga-bunganya boleh menjadi biru, ungu atau ungu lembut dalam spesies liar, kadang-kadang ungu kehitaman atau kuning. Salut kuntumnya berbentuk tiub. Sarinya juga berbentuk tiub, biasanya dengan lima cuping (bibir atas ada satu lekuk, manakala bibir bawah ada dua lekuk).[10][11]

Jadual taksonomi

Kultivar lavender yang berbeza ditanam di Snowshill, Cotswolds.

Ini adalah berdasarkan kepada klasifikasi Upson dan Andrews, 2004.

Ladang lavender di Carshalton, London Borough of Sutton.

I. Subgenus lavendula" Upson & S.Andrews subgen. nov.

i. Section Lavandula (3 spesies)
subsp. angustifolia dari Catalonia dan Pergunungan Pyrene.
subsp. pyrenaica dari tenggara Perancis dan bersebelahan kawasan Itali.
  • Lavandula latifolia Medik – berasal dari tengah dan timur Sepanyol, selatan Perancis, utara Itali.
  • Lavandula lanata Boiss. – berasal dari selatan Sepanyol.
Kacukan
  • Lavandula × chaytorae Upson & S. Andrews nothosp. nov. (L. angustifolia subsp. angustifolia × L. lanata )
  • Lavandula × intermedia Emeric ex Loisel. (L. angustifolia subsp. angustifolia × L. latifolia )
ii. Section Dentatae Suarez-Cerv. & Seoane-Camba (1 spesies)
  • Lavandula dentata L. dari timur Sepanyol, utara Algeria dan Maghribi, barat daya Maghribi.
var. dentata (rosea, albiflora), candicans (persicina) [Batt.]
iii. Section Stoechas Ging. (3 spesies)
  • Lavandula stoechas L.
subsp. stoechas dari kawasan yang kebanyakannya pantai timur Sepanyol, selatan Perancis, barat Itali, Yunani, Bulgaria, Turki Mediterranean, pantai Levantine, dan kebanyakan pulau-pulau Mediterranean.
subspp. luisieri berasal dari pantai dan pedalaman Portugal dan bersebelahan Sepanyol.
  • Lavandula pedunculata Mill.(Cav.)
subsp. pedunculata – Sepanyol dan Portugal.
subsp. cariensis – dari barat Turki dan selatan Bulgaria.
subsp. atlantica – dari gunung Maghribi.
subsp. lusitanica – selatan Portugal dan barat daya Sepanyol.
subsp. sampaiana – dari Portugal dan barat daya Sepanyol.
  • Lavandula viridis L'Her. – berasal dari barat daya Sepanyol, selatan Portugal, dan mungkin juga ke Madeira.
Kacukan intersekt (Dentatae danLavendula)
  • Lavandula × heterophylla Viv. (L. dentata × L. latifolia )
  • Lavandula × allardii
  • Lavandula × ginginsii Upson & S. Andrews nothosp. nov. (L. dentata × L. lanata )

II. Subgenus Fabricia (Adams.) Upson & S. Andrews, comb.nov.

iv. Section Pterostoechas Ging. (16 spesies)
  • Lavandula multifida L. – berasal dari pelbagai termasuk Maghribi, selatan Portugal dan Sepanyol, utara Algeria, Tunisia, Tripolitania, Calabria dan Sicily, dengan penduduk terpencil di Lembah Nil.
  • Lavandula canariensis Mill., dari Kepulauan Canaria.
subsp. palmensis – dari La Palma.
subsp. hierrensis – dari El Hierro.
subsp. canariensis – dari Tenerife.
subsp. canariae – dari Gran Canaria.
subsp. fuerteventurae – dari Fuerteventura.
subsp. gomerensis – dari La Gomera.
subsp. lancerottensis – dari Lanzarote.
  • Lavandula minutolii Bolle – Kepulauan Canaria.
subsp. minutolii
subsp. tenuipinna
  • Lavandula bramwellii Upson & S. Andrews – dari Gran Canaria.
  • Lavandula pinnata L. – dari Kepulauan Canaria dan juga Madeira.
  • Lavandula buchii Webb & Berthel. – Tenerife.
  • Lavandula rotundifolia Benth. – Kepulauan Tanjung Verde.
  • Lavandula maroccana Murb. – pergunungan Atlas Maghribi.
  • Lavandula tenuisecta Coss. ex Ball – pergunungan Atlas Maghribi.
  • Lavandula rejdalii Upson & Jury – Maghribi.
  • Lavandula mairei Humbert – Maghribi.
  • Lavandula coronopifoliaPoir. – Ini mempunyai taburan yang luas, dari Tanjung Verde di seluruh Afrika Utara, timur laut tropika Afrika, Arab ke timur Iran.
  • Lavandula saharica Upson & Jury – selatan Algeria dan kawasan-kawasan berhampiran.
  • Lavandula antineae Maire – rantau Sahara tengah.
subsp. antinae
subsp. marrana
subsp. tibestica
  • Lavandula pubescens Decne. – dari Mesir dan Eritrea, Sinai, Israel dan Palestin, Jordan, barat Semenanjung Arab ke Yaman.
  • Lavandula citriodora A.G. Mill. – barat daya Semenanjung Arab.
Kacukan
  • Lavandula × christiana Gattef. & Maire (L. pinnata × L. canariensis)
v. Seksyen Subnudae Chaytor (10 spesies)
  • Lavandula subnuda Benth. – dari pergunungan Oman dan Emiriah Arab Bersatu.
  • Lavandula macra Baker – Semenanjung Arab selatan dan utara Somalia.
  • Lavandula dhofarensis A.G. Mill. – dari Dhofar di selatan Oman.
subsp. dhofarensis
subsp. ayunensis
  • Lavandula samhanensis Upson & S. Andrews sp. nov. – Dhofar, Oman.
  • Lavandula setifera T. Anderson – dari kawasan pantai Yaman dan Somalia.
  • Lavandula qishnensis Upson & S. Andrews sp. nov. – selatan Yaman.
  • Lavandula nimmoi Benth. – dari Socotra.
  • Lavandula galgalloensis A.G. Mill. – utara Somalia.
  • Lavandula aristibracteata A.G. Mill. – utara Somalia.
  • Lavandula somaliensis Chaytor – utara Somalia.
vi. Section Chaetostachys Benth. (2 spesies)
  • Lavandula bipinnata (Roth) Kuntze – dari Semenanjung Deccan dan utara tengah India.
  • Lavandula gibsonii J. Graham – Barat Ghats, India.
vii. Section Hasikenses Upson & S. Andrews, sect. nov. (2 spesies)
  • Lavandula hasikensis A.G. Mill. – Oman.
  • Lavandula sublepidota Rech. f. – Jauh, di selatan Iran.

III. Subgenus Sabaudia (Buscal. & Muschl.) Upson & S. Andrews, comb. et stat. nov.

viii. Section Sabaudia (Buscal. & Muschl.) Upson & S. Andrews, comb. et stat. nov. (2 spesies)
  • Lavandula atriplicifolia Benth. – barat Semenanjung Arab, Mesir.
  • Lavandula erythraeae (Chiov.) Cufod. – dari Eritrea.

Galeri

  • Bulir bunga lavender
    Bulir bunga lavender
  • Bunga lavender yang ditanam; Lavandula stoechas
    Bunga lavender yang ditanam; Lavandula stoechas
  • Taman lavender, India
    Taman lavender, India
  • Ladang lavender di Perancis
    Ladang lavender di Perancis
  • Ladang lavender di pinggir London Borough of Sutton, England
    Ladang lavender di pinggir London Borough of Sutton, England
  • Lavender dan madu lebah di luar Aix-en-Provence, Perancis
    Lavender dan madu lebah di luar Aix-en-Provence, Perancis

Rujukan

  1. ^ "Lavandula L., Sp. Pl.: 572 (1753)". World Checklist of Selected Plant Families. Royal Botanic Gardens, Kew. 2022. Dicapai pada 3 November 2022.
  2. ^ Forney, Julie Martens (n.d.). "Outdoor flowering plants – mona lavender". HGTV. Dicapai pada 3 November 2022.
  3. ^ "Plectranthus Mona lavender". Plant Finder. Missouri Botanical Garden. Dicapai pada 19 October 2018.
  4. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "labenda". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 1 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  5. ^ Lewis, Charlton T.; Short, Charles (1879). "lavo". A Latin Dictionary. Perseus Digital Library.
  6. ^ Concise Oxford Dictionary
  7. ^ Penerbitan alternatif kata lavender daripada kata bahasa Latin livere dan kata bahasa Latin zaman pertengahan lavindula diberikan Upson dan Andrews, yang ditunjukkan sebagai satu tekaan. Masalah penerbitan kata yang diterima juga digambarkan; seperti tidak ada pengetahuan kegunaan umum lavender untuk membasuh oleh orang Yunani dan orang Rom.
  8. ^ Lewis, Charlton T.; Short, Charles (1879). "līvĕo". A Latin Dictionary. Perseus Digital Library.
  9. ^ a b Lis-Balchin M, penyunting (2002). Lavender: The genus Lavandula. Taylor and Francis. ISBN 9780203216521.
  10. ^ a b c Upson, T.; Andrews, S. (2004). The Genus Lavandula. Royal Botanic Gardens, Kew. ISBN 9780881926422. Dicapai pada 3 November 2022.
  11. ^ Bailey, L. H. (1924). Manual of Cultivated Plants. New York: MacMillan Publishing Company.

Bacaan lanjut

  • Upson T, Andrews S. The Genus Lavandula. Royal Botanic Gardens, Kew 2004
  • United States Department of Agriculture GRIN: Lavandula Diarkibkan 2013-05-12 di Wayback Machine

Pautan luar

Ketahui lebih lanjut tentang Lavandula di Wikipedia:
Takrifan dari Wikikamus
Imej dan media dari Commons
Berita dari Wikiberita
Teks sumber dari Wikisumber
Buku teks dari Wikibuku
Direktori spesies Lavandula dari Wikispecies
  • Lavandula di Curlie
  • http://www.umm.edu/altmed/ConsHerbs/Lavenderch.html Medicinal use] Diarkibkan 2008-11-22 di Wayback Machine from University of Maryland Medical Center

Templat:Taxon bar

Kawalan kewibawaan: Perpustakaan negara Sunting ini di Wikidata
  • Israel
  • Amerika Syarikat
  • Jepun
  • Republik Czech