Leo III dari Isauria

Leo III dari Isauria
Maharaja Rom
Syiling solidus dengan Leo III bertulis leon Templat:Abbreviation.
Maharaja Byzantium
Pemerintahan25 Mac 717 – 18 Jun 741
Didahului olehTheodosius III
Diikuti olehConstantine V
KeputeraanKonon
s. 685
Germanikeia, Kekhalifahan Umaiyah
(kini Marash, Turki)
Kemangkatan18 Jun 741 (berumur 55 atau 56)
PasanganMaria
AnakandaConstantine V
Anna
Irene
Kosmo
Nama diraja
Leo
DinastiDinasti Isauria
AgamaKristian Kalsedon

Leo III dari Isauria (Yunani: Λέων ὁ Ἴσαυρος, rumi: Leōn ho Isauroscode: el is deprecated ; Latin: Leo Isauruscode: la is deprecated ; s. 685 – 18 Jun 741), juga dipanggil Leo dari Syria, merupakan Maharaja Byzantium dari tahun 717 hingga kemangkatannya pada tahun 741 dan juga pengasas dinasti Isauria.[1] Baginda menamatkan Anarki Dua Puluh Tahun, zaman pergolakan yang besar dalam Empayar Byzantium antara tahun 695 dan 717, apabila maharaja-maharaja asyik bertukar ganti dan tentera Byzantium mengalami kekalahan demi kekalahan dan hilang banyak wilayah dalam abad ke-7. Baginda juga berjaya mempertahankan Empayar daripada pencerobohan tentera Umaiyah dan mengharamkan pemujaan ikon.[2]

Awal hidup

Leo III dilahirkan di Germanikeia, Commagene, yang terletak di Kahramanmaraş moden di Turki. Nama asal baginda ialah Konon (Yunani: Κόνωνcode: el is deprecated ; Latin: Cononcode: la is deprecated atau Cononus).[3] Leo III fasih berbahasa Arab,[4] mungkin sebagai bahasa ibunda,[5] dan disifatkan oleh Teofanes Sang Pengaku sebagai "yang berfikiran Saracen."[6]

Selepas kemenangan Justinianus II, Konon dihantar untuk misi diplomatik ke Alania dan Lazica untuk menjalinkan pakatan menentang Kekhalifahan Umaiyah yang diperintah al-Walid I. Menurut tawarikh yang ditulis oleh Teofanes Sang Pengaku, Justinianus ingin menyingkirkan Konon dan mengambil semula wang yang telah diberikan kepadanya untuk tolong memajukan kepentingan Byzantine, sehingga menyebabkan Konon terkandas di Alania. Catatan sejarah menceritakan bahawa misi itu berjaya dan Konon akhirnya kembali kepada Justinianus selepas menyeberangi pergunungan Caucasus pada bulan Mei dengan kasut salji dan mengambil kubu Sideron, yang dikatakan ialah kubu Tsebelda, dalam perjalanannya.[7]

Konon dilantik sebagai komander (stratēgos) Tema Anatolik oleh Maharaja Anastasius II. Selepas diguling, Konon bergabung dengan teman beliau Artabasdos, stratēgos Tema Armenia, dan berkonspirasi untuk menggulingkan Maharaja Theodosius III yang baharu. Artabasdos bertunang dengan anak perempuan Konon, Anna.[8]

Kematian dan keluarga

Syiling solidus dengan gambar Leo III dengan Constantinus V

Leo III meninggal dunia akibat penyakit basal pada 18 Jun 741 dan dikebumikan di Gereja Para Rasul Suci.[9]

Dengan isterinya Maria, Leo III diketahui mempunyai empat orang anak:

  • Constantinus V, dilahirkan pada tahun 718. Dia dinobatkan sebagai maharaja bersama pada tahun 720 dan menjadi maharaja kanan pada tahun 741.
  • Anna, lahir sebelum 705. Dia berkahwin dengan bakal maharaja, Artabasdos.[10]
  • Kosmo dan Irene. Mereka berdua dikebumikan di dalam keranda marmar dari Proconnesia di Gereja Para Rasul.[11]

Rujukan

  1. ^ Craig, Graham, Kagan, Ozment dan Turner (2011). The Heritage of World Civilizations. Prentice Hall. m/s. 321. ISBN 978-0-205-80766-6.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  2. ^ Gero, Stephen (1973). Byzantine Iconoclasm during the Reign of Leo III, with Particular Attention to the Oriental Sources. Louvain: Secrétariat du Corpus SCO. ISBN 90-429-0387-2.
  3. ^ Giovanni Sienda (1761). Lexicon polemicum: In Quo Potiorum Haereticorum Vita Perstringitur, Omnes Contra Fidem Errores Colliguntur.... G - Q. 2. Rieger. m/s. 128. ISBN 9781175927651.
  4. ^ Hitti, Philip (2002). History of The Arabs. Red Globe Press. m/s. 203. ISBN 0333631420.
  5. ^ Ball, Warwick (2002). Rome in the East: The Transformation of an Empire. Routledge. m/s. 489. ISBN 0415243572.
  6. ^ A. A. Vasiliev (1964). History of the Byzantine Empire, 324-1453, Volume 1. University of Wisconsin Press. m/s. 255.
  7. ^ Theophanes the Confessor (1982). The Chronicle of Theophanes: Anni Mundi 6095–6305 (A.D. 602–813). University of Pennsylvania Press. m/s. 85. ISBN 0812211286.
  8. ^ Warren Treadgold (1997). A History of the Byzantine State and Society. University of Stanford Press. m/s. 346. ISBN 0804726302.
  9. ^ Martindale, J. R. (2001), "Leo 3". Prosopography of the Byzantine Empire
  10. ^ Lilie, Ralph-Johannes et al. (2013). "Anna (#443)". PmbZ
  11. ^ Lilie, Ralph-Johannes et al. (2013). "Kosmo (#4148)". PmbZ
Leo III dari Isauria
Dinasti Isauria
Tarikh keputeraan: s. 685 Tarikh kemangkatan: 18 Jun 741
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Theodosius III
Maharaja Byzantium
25 Mac 717 – 18 Jun 741
Diikuti oleh:
Constantine V
Jawatan politik
Didahului oleh
Anastasius II pada tahun 714,
kemudian luput
Konsul Rom
718
Diikuti oleh:
Luput,
Constantine V pada 742
  • l
  • b
  • s
Senarai Maharaja Rom Barat dan Rom Timur
Rom kuno
771SM - 27 SM
  • Romulus dan Remus
  • Romulus
  • Numa Pompilius
  • Tullus Hostilius
  • Ancus Marcius
  • L. Tarquinius Priscus
  • Servius Tullius
  • L. Tarquinius Superbus
Republik Rom
509 SM - 27 SM
Ditadbir oleh Konsul
  • Lucius Brutus
  • Lucius Collatinus
Empayar Rom
27 SM – 235

Augustus · Tiberius · Caligula · Claudius · Nero · Galba · Otho · Vitellius · Vespasianus · Titus · Domitianus · Nerva · Traianus · Hadrianus · Antoninus Pius · Marcus Aurelius dengan Lucius Verus · Commodus · Pertinax · Didius Julianus · Septimius Severus · Caracalla · Geta · Macrinus dengan Diadumenian · Elagabalus · Alexander Severus

Krisis
235–284

Maximinus Thrax · Gordian I dan Gordian II · Pupienus dan Balbinus · Gordian III · Philip Si Arab · Decius dengan Herennius Etruscus · Hostilian · Trebonianus Gallus dengan Volusianus · Aemilianus · Valerian · Gallienus · Claudius Gothicus · Quintillus · Aurelianus · Tacitus · Florianus · Probus · Carus · Carinus · Numerian

Dominate
284–395

Diocletianus · Maximianus · Constantius Chlorus · Galerius · Severus · Maxentius · Maximinus Daia · Licinius bersama Valerius Valens dan Martinianus · Constantinus I · Constantinus II · Constans I · Constantius II · Julian si Hawari · Jovian · Valentinianus I · Valens · Gratian · Valentinianus II · Theodosius I

Empayar Barat
395–480

Honorius · Constantius III · Joannes · Valentinianus III · Petronius Maximus · Avitus · Majorianus · Libius Severus · Anthemius · Olybrius · Glycerius · Julius Nepos · Romulus Augustulus

Empayar
Timur/Byzantium
395–1204

Arcadius · Theodosius II · Marcianus · Leo I · Leo II · Zeno · Basiliscus · Anastasius I · Justinus I · Justinianus I · Justinus II · Tiberius II Constantine · Mauricius · Phocas · Heraclius · Constantine III · Heraklonas · Constans II · Constantinus IV · Justinianus II · Leontios · Tiberios III · Philippikos · Anastasios II · Theodosios III · Leo III dari Isauria · Constantinus V Copronymus · Artabasdos · Leo IV the Khazar · Constantine VI · Irene · Nikephoros I · Staurakios · Michael I Rangabe · Leo V dari Armenia · Michael II the Stammerer · Theophilos · Michael III the Drunkard · Basil I dari Makedonia · Leo VI the Wise · Alexander · Constantine VII Porphyrogenitus · Romanos I Lekapenos · Romanos II · Nikephorus II Phokas · John I Tzimiskes · Basil II Bulgaroktonos · Constantine VIII · Zoe · Romanos III Argyros · Michael IV Paphlagon · Michael V Calaphates · Constantine IX Monomachos · Theodora the Macedonian · Michael VI the Aged · Isaac I Komnenos · Constantine X Doukas · Michael VII Parapinakes · Romanos IV Diogenes · Nikephoros III Botaniates · Alexios I Komnenos · John II Komnenos · Manuel I Komnenos · Alexios II Komnenos · Andronikos I Komnenos · Isaac II Angelos · Alexios III Angelos · Alexios IV Angelos · Nikolaos Kanabos · Alexius V Ducas

Empayar Nicaea
1204–1261

Constantinus Laskaris · Theodorus I Laskaris · Ioannes III Doukas Vatatzes · Theodorus II Laskaris · Ioannis IV Laskaris

Empayar
Timur/Byzantium
1261–1453

Michael VIII Palaiologos · Andronikos II Palaiologos · Michael IX Palaiologos · Andronikos III Palaiologos · John V Palaiologos · John VI Kantakouzenos · Matthew Kantakouzenos · Andronikos IV Palaiologos · John VII Palaiologos · Andronikos V Palaiologos · Manuel II Palaiologos · John VIII Palaiologos · Constantine XI Palaiologos