Lumbini

Lumbini is located in Bumi
Lumbini
Lumbini (Bumi)
Mapsunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Lumbini (Sanskrit: लुम्बिनीcode: sa is deprecated , "yang indah") ialah sebuah tapak ziarah Buddha di daerah Kapilavastu, Nepal, berhampiran sempadan India. Inilah tempatnya Ratu Mayadevi dipercayai memputerakan Siddhartha Gautama, iaitu tokoh bergelar Buddha Gautama yang melahirkan tradisi Buddha. Buddha hidup dari lebih kurang tahun 563 hingga 483 SM. Lumbini ialah salah satu daripada empat kawasan tumpuan ziarah yang didirikan di tempat-tempat terpenting dalam riwayat Buddha, di samping Kushinagar, Bodh Gaya, dan Sarnath.

Lumbini terletak di tapak pergunungan Himalaya, [1] 25 km di timur perbandaran Kapilavastu, di mana dipercayai menjadi kediaman Buddha sehingga berusia 29 tahun. Di Lumbini ada beberapa buah kuil, termasuk kuil Mayadevi dan lain-lain yang masih dalam pembinaan. Di situ juga adanya Puskarini atau Kolam Suci, di mana ibunda Buddha berendam sebelum melahirkannya dan juga Buddha dimandikan buat kali pertama, di samping juga sisa-sisa istana Kapilvastu. Menurut tradisi, di tapak-tapak lain berhampiran Lumbini, Buddha-Buddha terawal lahir, mencapai kesedaran mutlak dan akhirnya melepaskan segala bentuk duniawi.

Lokasi Lumbini, Nepal.

Zaman Buddha

Sewaktu hayat Buddha, Lumbini ialah sebuah taman yang terletak antara Kapilavatthu dan Devadaha. Di situlah lahirnya Buddha[2]. Kini ada sebatang tiang menandakan yang menandakan tapak kunjungan Asoka ke Lumbini. Menurut catatan pada tiang itu, tiang tersebut didirikan di situ oleh orang-orang yang menjaga taman tersebut untuk memperingati kunjungan dan kurniaan Asoka[3]. Taman ini pernah dikenali sebagai Rummindei, terletak dua batu di utara Bhagavanpura.

Dalam kitab Sutta Nipáta (vs. 683) tercatat bahawa Buddha lahir di sebuah perkampungan Sákya, di Lumbineyya Janapada. Buddha menginap di Lumbinívana ketika melawat Devadaha dan mengajar Devadaha Sutta[4] di sana.

Penemuan semula

Pada tahun 1896, para ahli arkeologi Nepal (usaha Khadga Samsher Rana) menemui sebatang tiang batu yang besar di tapak tersebut yang berlambangkan Maharaja Ashoka. Catatan-catatan hasil penziarah Cina Fa Xian turut digunakan dalam proses mengenalpasti tapak beragama ini.

Lumbini masa kini

Pada tahun 1997, Lumbini merupakan sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO yang dicalonkan khususnya untuk program Warisan Dunia antarabangsa.

Tapak suci Lumbini dikelilingi biara sahaja, tiada kedai, rumah tumpangan mahupun kedai makan. Lumbini terbahagi kepada kawasan timur yang diduduki biara-biara Theravada dan kawasan barat yang berbiara Mahayana dan Vajrayana.

Di tapak suci Lumbini adanya puing biara-biara kuno, sebuah pokok Bodhi suci, sebuah kolam mandi lama, tiang Asoka dan kuil Mayadevi, iaitu tempat sebenar lahirnya Buddha. Dari awal pagi hingga awal petang, di situlah para penziarah dari merata dunia berdikir dan bertakafur.

Sebahagian daripada siri
Agama Buddha


Sejarah

Asas

Konsep-konsep Utama

Tokoh Utama

Amalan-amalan

Kawasan-kawasan

Mazhab

Teks

Portal

lihat indeks lengkap

Galeri

  • Pokok Bodhi dan kolam Lumbini
    Pokok Bodhi dan kolam Lumbini
  • Tampat lahir Gautama Buddha setepatnya
    Tampat lahir Gautama Buddha setepatnya
  • Tiang Asoka
    Tiang Asoka
  • Api Bara Damai Abadi
    Api Bara Damai Abadi

Rujukan

  1. ^ Buddhist Temples India,Buddhist Temple Tour,Buddhist Temples in India,Indian Buddhist Temple Tour
  2. ^ J.i.52, 54; Kvu.97, 559; AA.i.10; MA.ii.924; BuA.227; Cv.li.10, etc.
  3. ^ See Mukerji: Asoka, p.27; see p.201f for details
  4. ^ MA.ii.810

Pautan luar

    • Lema Lumbini dalam Dictionary of Pali Proper Names
    • WelcomeNepal.com: Lumbini - Places to see
    • Buddhist studies: Pilgrimage: Lumbini - Birthplace of the Buddha
    • Lumbini Photo Gallery Diarkibkan 2013-07-13 di Wayback Machine

    Koordinat: 27°28′02″N 83°16′30″E / 27.467155°N 83.274908°E / 27.467155; 83.274908