Mastif

Mastif (Jawi: مستيفcode: ms is deprecated ; bahasa Inggeris: mastiffcode: en is deprecated ) ialah sejenis anjing molosser besar yang diketahui kerana saiz dan kekuatan.

Istilah "mastif" dan "molosser"

Istilah "kumpulan mastif" dan "mastif" telah digunakan secara seerti dengan istilah "molosser". Sedemikian, mana-mana molosser, termasuk buldog, anjing gunung, pit bull, dan juga anjing kecil seperti terier Boston boleh dianggap sebagai "mastif" dalam erti luas ini.

Walau bagaimanapun, istilah ini paling kerap dikekalkan untuk baka anjing dengan perkataan "mastif" dalam namanya termasuk banyak daripada baka anjing terbesar:

Senarai baka mastif

  • Bulmastif, suatu silangan antara mastif dengan buldog
  • Mastif Abruzzo, dari rantau Abruzzo di Itali
  • Mastif Afrika Selatan, atau boerboel
  • Mastif Alp, satu baka pupus Switzerland
  • Mastif Amerika, satu baka berasal dari Amerika Syarikat
  • Mastif Belanda, atau pug
  • Mastif Bordeaux, atau mastif Perancis, dua nama alternatif untuk dogue Bordeaux
  • Mastif Brazil, atau fila Brazil
  • Mastif Cuba, atau dogo Cuba
  • Mastif Inggeris
  • Mastif Jerman, lebih dikenali sebagai anjing Denmark besar
  • Mastif Jepun, atau anjing Tosa
  • Mastif Korea, juga dikenali sebagai anjing Dosa[perlu rujukan]
  • Mastif Kumaon, satu baka jarang anjing berasal dari India
  • Mastif Napoli, atau mastif Itali, satu baka dari Napoli, Itali
  • Mastif Pakistan, anjing Bully, dari Punjab
  • Mastif Portugis, mastif Alentejo, nama alternatif untuk anjing kacuk Alentejo, dari rantau Alentejo di Portugal
  • Mastif Puerto Rico, mastif Borinquen besar
  • Mastif Pyrénées, satu baka Pyrénées Sepanyol
  • Mastif Sepanyol
  • Mastif Tibet

Sifat dan sejarah

Penyelidikan genetik terhadap genom anjing hanya menunjukkan pengesahan kepercayaan am bahawa mastif mengongsi leluhur bersama an membentuk satu caban koheren dalam pokok evolusi anjing dalam lingkungan molosser.[1] Sejarawan menjejak kumpulan ini kepada molossus, satu baka anjing yang dibiakbakakan oleh orang Yunani Purba.

Tindihan semantik dengan istilah lain

Seperti sejauh perkataan Latin seperti "dogo" atau "dogge" boleh diterjemahkan sebagai "mastif", baka molosser seperti dogo Argentina dan dogo Canaria juga boleh dianggap sebagai "mastif". Walau bagaimanapun, istilah-istilah ini bukan hanya merujuk baka yang dipanggil "mastiff" dalam bahasa Inggeris, tetapi juga merujuk buldog dan pit bull. Sebagai tambahan, catatan sejarah bagi perkembangan baka-baka ini menunjukkan bahawa baka-baka berkenaan bukan sahaja mempunyai keleluhuran mastif dan molosser lain, tetapi juga anjing daripada beberapa cabang lain, termasuk anjing pemburu penglihatan, terier, dan anjing pemburu bau.

Galeri

  • Bulmastif
    Bulmastif
  • Mastif Afrika Selatan (boerboel)
    Mastif Afrika Selatan (boerboel)
  • Mastif Alp
    Mastif Alp
  • Mastif Amerika
    Mastif Amerika
  • Mastif Brazil (fila Brazil)
    Mastif Brazil (fila Brazil)
  • Mastif Cuba
    Mastif Cuba
  • Mastif Inggeris
    Mastif Inggeris
  • Mastif Jepun (anjing Tosa)
    Mastif Jepun (anjing Tosa)
  • Mastif Jerman (anjing Denmark besar)
    Mastif Jerman (anjing Denmark besar)
  • Mastif Napoli
    Mastif Napoli
  • Mastif Perancis (dogue Bordeaux)
    Mastif Perancis (dogue Bordeaux)
  • Mastif Portugis (anjing pengawal Alentejo)
    Mastif Portugis (anjing pengawal Alentejo)
  • Mastif Pyrénées
    Mastif Pyrénées
  • Mastif Sepanyol
    Mastif Sepanyol
  • Mastif Tibet
    Mastif Tibet
  • Anjing Alcibiades, seekor molossus Yunani purba
    Anjing Alcibiades, seekor molossus Yunani purba

Rujukan

  1. ^ http://www.nature.com/nature/journal/v464/n7290/fig_tab/nature08837_F1.html#figure-title