Milenium ke-7 SM

 Milenium:    Milenium ke-8 SM • Milenium ke-7 SM • Milenium ke-6 SM  

Semasa milenium ke-7 SM, pertanian tersebar dari Anatolia ke Balkan. Pada dasarnya, jumlah penduduk dunia adalah stabil pada sekitar 5 juta orang yang hidup terselerak dalam puak-puak pemburu-pemungut yang kecil di seluruh dunia. Di komuniti-komuniti pertanian Timur Tengah, lembu telah dibela jinak dan penggunaan tembikar tersebar ke Eropah dan Asia Selatan. Barang-barang perhiasan logam (emas dan tembaga) yang pertama dibuat pada zaman ini.

Budaya

  • k.k. 7000 SM – Permulaan budaya Peiligang di China.
  • k.k. 7000 SM – Pertanian dan penempatan di Mehrgarh, Asia Selatan.
  • k.k. 7000 SM – 600 SM - Elam.
  • k.k. 7000 SM - 6000 SM; Patung dari Ain Ghazal, Jordan dibuat. Ia kini berada di Muzium Negara, Amman, Jordan.
  • k.k. 6500 SM - 5500 SM; Çatalhöyük, Turki. Penduduk-penduduk berdagang obsidian.
  • k.k. 6000 SM – Zaman Neolitik di Korea.
  • k.k. 6000 SM – Kesan-kesan pertama tempat kediaman di gua Svarthola, Norway.

Perubahan alam sekitar

  • Kira-kira 6500 SM – Selat Inggeris dibentuk.
  • 6440 SM ± 25 tahun – Peletupan VEI 7 untuk gunung berapi Kurile di Semenanjung Kamchatka, Rusia merupakan salah satu letupan yang terbesar dalam Epok Holosen.
  • Kira-kira 6100 SM – Peluncuran Storegga mengakibatkan megatsunami di Laut Norway.
  • Kira-kira 6000 SM – Aras-aras laut yang semakin naik membentuk Selat Torres yang memisahkan Australia daripada New Guinea.
  • Kira-kira 6000 SM – Antara 12,000 SM dan 5,000 SM, kebanjiran kawasan pedalaman yang teruk berlaku di banyak kawasan, dan mengakibatkan kenaikan aras laut yang agak tiba-tiba di banyak tempat di seluruh dunia.

Perekaan, penemuan, dan pengenalan

  • k.k. 7000 SM – Lepenski Vir, tapak Zaman Mesolitik, muncul di Serbia kini.
  • k.k. 7000 SM – Tembikar terawal di Timur Dekat Kuno.
  • k.k. 7000 SM – Elam menjadi kawasan perladangan.
  • k.k. 6500 SM – Naalebinding, sejenis kaitan, digunakan di Gurun Judea (Israel kini).
  • k.k. 6000 SM – Anatolia (Turki moden): Lukisan/peta dinding dari Çatalhöyük, sebuah kota awal yang dimakmurkan oleh perdagangan obsidian.
  • Pertanian muncul di sekitar kawasan Balkan (lihat Budaya Eropah Lama).
  • Pemeliharaan lebah dicatat buat pertama kali. Lukisan batu pada dinding-dinding gua di Afrika dan Sepanyol timur menunjukkan orang-orang memungut madu daripada pokok-pokok dan rekahan-rekahan batu sementara lebah-lebah terbang mengelilingi mereka – lukisan-lukisan gua dekat Valencia di Sepanyol.
  • Sahara Timur: Pastoralisme dan penanaman biji-bijian.
  • Emas dan tembaga asli mula digunakan.
  • Pembelajinakan lembu di Timur Tengah.
  • Amerika Utara: Pengeluaran tembikar kuno, pembinaan timbunan kubur, dan teknologi taman.
  • Amerika Utara: Orang-orang asli Amerika mula menggunakan batu untuk mengisar makanan, serta untuk memburu Bison Amerika dan binantang-binatang yang lebih kecil.
  • Amerika Utara: Pokok-pokok daun luruh muncul di Pulau Long.
  • Amerika Utara: Lautan Atlantik Utara disejukkan sebanyak 3-6 °C kerana banjir-banjir yang besar.
  • Amerika Utara: Peralatan-peralatan yang lebih baik digunakan menjelang 6000 SM.
  • Mexico, Amerika Utara - Permulaan pertanian.
  • Gua Guitarrero, Peru, Amerika Selatan: Serat-serat tumbuhan dipintal, disimpulkan, dan digelungkan untuk membuat bakul dan tikar.
  • Kota di Asia - 6000 SM: Desa Ban Po di China.
  • Kota - 6000 SM: Jericho.
  • Mediterranean Timur - Bentuk-bentuk tembikar dijadikan perhiasan.
  • Australia: Haiwan dalam lukisan-lukisan batu zaman muaraan di Australia termasuk ikan air masin serta buaya.