Mohd Na'im Mokhtar

Yang Berhormat Senator Dato' Setia Dr. Haji

Mohd Na'im Mokhtar

SSIS, DPMS (Selangor); AMN; BSK (Kelantan); PPC (Sarawak); PhD (UKM)
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama
Penjawat kini
Memegang jawatan
3 Disember 2022
RajaSultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar
Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
TimbalanDr. Zulkifli Hasan (sejak 12 Disember 2023)
Didahului olehIdris Ahmad
Ketua Hakim Syarie ke-4
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
Dalam jawatan
26 Mac 2019 – 2 Disember 2022
Perdana MenteriMahathir Mohamad
Muhyiddin Yassin
Ismail Sabri Yaakob
Butiran peribadi
Lahir (1967-11-25) 25 November 1967 (umur 56)
Kampung Baru, Kuala Lumpur, Selangor (kini Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)
PasanganNik Roslini Raja Haji Ismail
Anak-anak3
ProfesionHakim dan Peguam
KabinetKabinet Malaysia 2022
Persatuan Negara-negara Asia Tenggara Negara Anggota ASEAN


  • Politik di negeri-negeri
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Terengganu
  • Wilayah Persekutuan
Ikon portal Portal Malaysia
  • l
  • b
  • s

Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar (lahir 25 November 1967) adalah Mantan Ketua Pengarah merangkap Mantan Ketua Hakim Syarie di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.[1]. Beliau telah menerima watikah perlantikan sebagai Senator Dewan Negara daripada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Malaysia bermula Disember 2022.[2]

Beliau merupakan anak jati Kampung Baru, Kuala Lumpur, telah mendirikan rumahtangga dengan Datin Setia Nik Roslini Raja Haji Ismail[3] dan dikurniakan dengan 3 orang anak.

Pendidikan

Dr. Mohd Na'im adalah lulusan Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Sarjana Undang-Undang (LLM) dari University of London, United Kingdom, Diploma dalam Undang-Undang Syariah dan Amalan (DSLP) dari UIAM, Diploma dalam Pentadbiran dan Kehakiman Islam (DAIJ) dari UIAM dan Doktor Falsafah (PhD) Syariah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Di peringkat antarabangsa, beliau pernah dilantik sebagai Malaysian Cheavening Visiting Fellow Oxford University, United Kingdom bagi tahun 2008/2009 dan Visiting Fellow di Harvard Law School, Harvard University, Amerika Syarikat bagi tahun 2012/2013.[4]

Beliau juga pernah dilantik sebagai Professor Adjung di beberapa Universiti tempatan antaranya:

  • Universiti Teknologi Mara (UiTM) - Ogos 2019 hingga Julai 2021,
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) - 2018 hingga 2019,
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) - 2018,
  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) - November 2020 hingga Oktober 2021,
  • Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) - Januari 2021 hingga Disember 202

Selain itu, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) juga turut mengiktiraf beliau dengan pelantikan sebagai Panel Penasihat Fakulti Syariah dan Undang-Undang bagi tempoh 2 tahun bermula Jun 2022 hingga Mei 2024.

Dr. Mohd Na'im merupakan penerima Anugerah Tokoh Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 2021.

Kerjaya

Sebelum menyandang jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr. Mohd Na'im pernah menyandang jawatan sebagai Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie yang menerajui Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) berkuat kuasa pada 1 April 2019.

Beliau juga pernah menyandang jawatan sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Syariah di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Ketua Hakim Syarie di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS), menyandang jawatan sebagai Pengarah, Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di JKSM, Pendakwa Syarie Kanan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Lantikan dalam jawatankuasa

Sepanjang Karier beliau, Dr. Mohd Naim telah menerima lantikan sebagai ahli dalam pelbagai jawatankuasa dalam negara antaranya,

  • Ahli Jawatankuasa Perundangan Islam Kebangsaan, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia bermula 30 Jun 2022 hingga 29 Jun 2024.
  • Ahli Jawatankuasa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bermula Februari 2021 hingga Februari 2024,
  • Ahli Jawatankuasa Pemandu, Jawatankuasa Memperkasakan Mahkamah Syariah (JKMMS) bagi tempoh  2 tahun bermula Mei 2022 hingga April 2024,
  • Ahli Jawatankuasa Kehakiman Syariah Negeri Perak mulai Oktober 2021 hingga Oktober 2023,
  • Pengerusi Jawatankuasa Rayuan Peguam Syarie MAIWP sesi 2021-2023,
  • Ahli Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil bagi sesi 2019-2020,
  • Pakar Penasihat Mualamat kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 2016–2018,
  • Ahli Panel Majlis Perunding Islam Malaysia 2016-2018,
  • Ahli Jawatankuasa Kajian Penambahbaikan Undang-Undang Keterangan Mahkamah Syariah Tahun 2016–2017,
  • Ahli Jawatankuasa Induk Arahan Amalan Mahkamah Syariah,
  • Pengerusi Jawatankuasa Hakam 2015-2017,
  • Pengerusi Jawatankuasa Peguam Syarie Negeri Selangor 2015–2017,
  • Pengerusi Jawatankuasa Kaedah Mahkamah Syariah 2015–2017 dan Ahli Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam Negeri Selangor
  • dan Ahli Jawatankuasa Falak Negeri Selangor 2015–2017.

Selain daripada itu, Dr. Mohd Na'im juga telah dilantik sebagai fasilitator kursus khas latihan Hakim-Hakim bagi negara Brunei, Maldives, Bangladesh, Bangsa Moro Filipina dan lain-lain negara, selain turut merupakan panel dan Ahli Jawatankuasa Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Ahli ‘Focus Group on Enforcing Nafkah’ Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Panel Penasihat Industri Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS). 

Dr. Mohd Na'im juga merupakan pernah menjadi Pensyarah Jemputan di UKM, UIAM, UITM, UIM, USIM dan Universiti Multimedia sejak 1998. Selain itu, beliau juga pernah menganggotai Lembaga Penasihat Syariah Bank-Bank Islam serta Syarikat Takaful antaranya CIMB Islamic Bank, Salihin Trustee Bhd, Sun Life Insurance, American and British Investment Bank (Mauritius) dan Takaful Ikhlas. Mengiktiraf kepakaran beliau, Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) pernah melantik Dr. Mohd Naim sebagai Ahli Jawatankuasa Penasihat Shariah AIBIM bermula 2 Ogos 2021.

Dr. Mohd Na'im seringkali menerima jemputan sebagai pembentang kertas kerja dalam bidang pengkhususan iaitu undang-undang dan syariah di persidangan tempatan bahkan juga peringkat antarabangsa. Beliau juga turut pernah menjadi tetamu jemputan tetap Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) bagi program “Dari Hati Kita Berkongsi Mencari Solusi”.

Anugerah

Rujukan

  1. ^ Perutusan Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie JKSM.
  2. ^ "Pengumuman kabinet: Anwar menteri kewangan, Zahid dan Fadillah TPM". Malaysiakini. 2022-12-02.
  3. ^ Senarai keutamaan Persekutuan, 1 April 2020[pautan mati kekal]
  4. ^ Mohd Na'im Ketua Pengarah baharu JKSM
  • l
  • b
  • s
Kepimpinan Islam Peringkat Persekutuan di Malaysia
Ketua Agama Islam Peringkat Persekutuan : Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim
Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi
Hal Ehwal Agama Islam Malaysia
  1. Tunku Abdul Rahman (1968-1970)
  2. Abdul Razak Hussein (1970-1976)
  3. Hussein Onn (1976-1981)
  4. Mahathir Mohamad (1981-2003)
  5. Abdullah Ahmad Badawi (2003-2009)
  6. Najib Razak (2009-2018)
  7. Mahathir Mohamad (2018-2020)
  8. Muhyiddin Yassin (2020-2021)
  9. Ismail Sabri Yaakob (2021-2022)
  10. Sultan Sharafuddin Idris Shah (2022-kini)
Menteri
Portfolio Agama Islam
  1. Asri Muda (1973-1976)
  2. Mohamed Nasir (1978-1982)
  3. Abdullah Ahmad Badawi (1982-1984)
  4. Abdul Ajib Ahmad (1986-1987)
  5. Mohd Yusof Noor (1987-1990)
  6. Abang Abu Bakar Abang Mustapha (1990-1995)
  7. Abdul Hamid Othman (1995-1999)
  8. Abdul Hamid Zainal Abidin (2001-2004)
  9. Abdullah Md. Zin (2004-2008)
  10. Ahmad Zahid Hamidi (2008-2010)
  11. Jamil Khir Baharom (2010-2018)
  12. Mujahid Yusuf Rawa (2018-2020)
  13. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (2020-2021)
  14. Idris Ahmad (2021-2022)
  15. Mohd Na'im Mokhtar (2022-kini)
Timbalan Menteri
Portfolio Agama Islam
  1. Wan Abdul Kadir Ismail (1973-1974)
  2. Kamaruddin Mohamed Isa (1974-1982)
  3. Anwar Ibrahim (1982-1983)
  4. Mohd Yusof Noor (1984-1987)
  5. Abdul Hamid Othman (1990-1995)
  6. Mashitah Ibrahim (2008-2013)
  7. Asyraf Wajdi Dusuki (2015-2018)
  8. Fuziah Salleh (2018-2020)
  9. Ahmad Marzuk Shaary (2020-2022)
  10. Zulkifli Hasan (2023 - kini)
Ketua Hakim Syarie
  1. Sheikh Ghazali Abdul Rahman (1998-2009)
  2. Ibrahim Lembut (2009-2017)
  3. Mukhyuddin Ibrahim (2017-2019)
  4. Mohd Na'im Mokhtar (2019-2022)
  5. Mohd Amran Mat Zain (2023 - kini)
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Pengerusi Jawatankuasa
Fatwa Kebangsaan
  1. Abdul Jalil Hassan (1970-1990)
  2. Abdul Halim Othman (1991-1992)
  3. Tajudin Abdul Rahman (1994-1999)
  4. Ismail Ibrahim (2000-2005)
  5. Abdul Shukor Husin (2005-2017)
  6. Wan Zahidi Wan Teh (2017-2022)
  7. Nooh Gadut (2022-kini)
Mufti Wilayah Persekutuan
  1. Abdul Mohsein Salleh (1971-1984)
  2. Othman Ibrahim (1986-1991)
  3. Abdul Kader Talip (1991-1997)
  4. Md Hashim Yahaya (1997-2003)
  5. Mohammad Yusoff Hussain (2003-2006)
  6. Wan Zahidi Wan Teh (2006-2014)
  7. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (2014-2020)
  8. Luqman Abdullah (2020-kini)
Imam Besar Masjid Negara