Orang Turki di Jerman

Turki Jerman Turki Jerman
Bahasa
Jerman, Turki
Agama
Sebilangan besar Islam Sunni dan Alevisme
Ada yang agnostik, ateis atau memeluk agama Kristian atau agama lain
Sebahagian siri

Diaspora Turki

  • Turki
  • Orang Turki
  • Sejarah diaspora Turki
  • Hubungan luar negara Turki

  • Australia
  • Austria
  • Belgium
  • Bulgaria
  • Orang Turki Crete
  • Cyprus
  • Denmark
  • Perancis
  • Jerman
  • Dodecanese (Greece)
  • Thrace Barat (Greece)
  • Iraq
  • Jepun
  • Kosovo
  • Orang Turki Meskhet
  • Belanda
  • Norway
  • Republik Macedonia
  • Romania
  • Rusia
  • Sweden
  • Switzerland
  • Syria
  • United Kingdom
  • Amerikat Syarikat

edit

Portal Turki

Orang Turki Jerman adalah orang Jerman berketurunan Turki yang menetap di Jerman. Istilah ini kadang-kala digunakan dengan tidak tepat untuk merujuk kepada kumpulan imigran bukan berketurunan Turki di Jerman.

Pada tahun 2004 terdapat di antara 1.739 sehingga 1.907 juta orang Turki di Jerman yang merupakan sebahagian daripada 26 peratus orang asing (Ausländer) yang berdaftar di Jerman. Manakala pada tahun 2002 didapati terdapat seramai 730,000 rakyat Jerman yang berketurunan Turki. Maka, secara totalnya, angka penduduk Jerman yang mempunyai hubungan dengan Turki adalah berjumlah 2.637 juta orang, ataupun kira-kira 3 peratus daripada jumlah penduduk.

Kebanyakan orang Turki di Jerman boleh didapati di kawasan yang dahulunya dikenali sebagai Jerman Barat. Bandar-bandar besar seperti Berlin, Frankfurt, Hamburg, Rhine-Ruhr (Cologne, Duisburg dan Dortmund) mempunyai populasi Turki yang besar. Negeri dengan penduduk Turki terbesar adalah Rhine-Westphalia Utara. Walaupun kebanyakan orang Turki tinggal di bandar, ramai juga di antara mereka yang menetap di beberapa kawasan luar bandar, terutamanya di Baden-Württemberg, Hessen dan North-Rhine Westphalia. Döner kebab, sejenis makanan Turki, adalah masakan segera yang termasyhur di Jerman.

Sejarah

Kubur Turki Berlin bersampingan dengan sebuah masjid jenis Ottoman, dibina pada 1863

Berdasarkan perhubungan baik Turki-Jerman sejak abad ke-19 dan seterusnya, Jerman telah mempromosikan imigrasi orang-orang Turki ke negara tersebut. Akan tetapi, migrasi orang Turki ke Jerman secara besar-besaran tidak berlaku sehingga separuh kedua abad ke-20. Jerman ditimpa kekurangan sumber manusia selepas Perang Dunia II dan pada tahun 1961, Republik Persekutuan Jerman (Jerman Barat) telah merasmikan jemputan pekerja Turki ke Jerman untuk memenuhi kekosongan ini, terutamanya untuk bekerja di kilang-kilang yang telah menyumbangkan kepada keajaiban ekonomi Jerman. Para pekerja ini dinamakan sebagai Gastarbeiter (Bahasa Jerman untuk pekerja tetamu). Hari ini orang-orang Turki membentuk kaum minoriti dan minoriti Muslim yang terbesar di Jerman.

Sebahagian besar daripada orang Turki Jerman menyokong Parti Demokratik Sosial Jerman (SPD). Sebuah kaji selidik selepas Pilihanraya Persekutuan 2005 mendapati bahawa hampir 90% telah mengundi Gerhard Schroder daripada SPD.

Orang Turki

Politik

Ahli-ahli Parlimen Eropah

Ahli-ahli Parlimen Eropah yang bersidang di Brussel dan Strasbourg lebih dikenali di dalam bahasa Inggeris sebagai Member of the European Parliament (MEP).

Ahli Parlimen Persekutuan

Parlimen Jerman dipanggil Bundestag manakala ahli-ahlinya dipanggil Mitglied der Bundestag (MdB) (b. Melayu: Ahli Bundestag)

Ahli Parlimen negeri

Kesemua 16 buah negeri di Jerman mempunyai parlimen masing-masing. Insitusi ini dikenali sebagai Landtag (Dewan Undangan Negeri) kecuali bagi Berlin (Dewan Perwakilan) serta Bremen dan Hamburg (Senat).

  • Evrim Baba, ahli Dewan Perwakilan Berlin dari parti PDS.
  • İkbal Berber, ahli Landtag Saarland dari parti SPD (1999-2004).
  • Nebahat Güçlü, ahli Senat Hamburg dari parti Hijau sejak 2004 (de:Nebahat Güçlü).
  • Gülsen İletmiş, ahli Senat Bremen dari parti SPD.
  • Dilek Kolat, ahli Dewan Perwakilan Berlin dari parti SPD.
  • Özcan Mutlu, ahli Dewan Perwakilan Berlin dari parti Hijau.
  • Bilkay Öney, ahli Dewan Perwakilan Berlin dari parti Hijau sejak 2006 (de:Bilkay Öney).
  • Aydan Özoğuz, ahli Senat Hamburg dari parti SPD sejak 2001 (de:Aydan Özoguz).
  • Filiz Polat, ahli Landtag Lower Saxony dari parti Hijau sejak 2004 (de:Filiz Polat).
  • Ülker Radziwill, ahli Dewan Perwakilan Berlin dari parti SPD.
  • Gıyasettin Sayan, ahli Dewan Perwakilan Berlin dari parti PDS. (de:Giyasettin Sayan).

Sukan

Hiburan & Kesenian

  • Kool Savas, penyanyi rap
  • Erdoğan Atalay, pelakon (Alarm für Cobra 11)
  • Erol Sander, pelakon
  • Tarkan, penyanyi
  • Sibel Kekilli, pelakon
  • Fatih Akın, pengarah filem
  • Bülent Akıncı, pelakon
  • Aylin Aslım, penyanyi
  • Thomas Arslan, pengarah filem
  • Birol Ünel, pelakon
  • Lale Karcı, pelakon
  • İdil Üner, pelakon
  • Nazan Eckes, tv personality / pelakon
  • Funda Vanroy, tv presenter (ProSieben)
  • Gülcan Karahancı, tv presenter (VIVA)
  • Kaya Yanar, comedian

Lihat pula

Pautan luar

  • German Turks Diarkibkan 2008-01-17 di Wayback Machine
  • German citizenship for Muslim German Turks
  • Integration of Turkish-Germans[pautan mati kekal]
  • "German Turks Question EU Fate", By Ray Furlong Diarkibkan 2006-10-09 di Wayback Machine
  • "Germany's guest workers mark 40 years", By Rob Broomby, BBC News

Rujukan