Padang Serai, Kulim

Padang Serai ialah sebuah bandar kecil yang terletak di daerah Kulim, Kedah, Malaysia. Kebanyakan penduduk juga bertempat di Padang Serai kerana bandar kecil ini juga terletak tidak jauh ke Lebuhraya Utara Selatan (bahagian Pulau Pinang ke Ipoh). Bandar ini ialah bandar satelit Bandaraya Pulau Pinang.

Padang Serai juga merupakan bandar sedang membangun di Selatan Kedah Darul Aman. Terdapat banyak perumahan lama dan baru disini merangkumi hampir 10,000 unit perumahan.

Terdapat juga sebuah Hotel bernama D'Keriangan yang menyediakan kemudahan penginapan.

Kedudukan

Padang Serai terletak di perjalanan dari bandar Kulim di selatan ke bandar di tepi Lebuhraya Utara-Selatan yang terletak di Kedah Tengah, Sungai Petani, melalui jalan lama. Kedudukan Padang Serai juga terletak di antara perjalanan dari pekan Merbau Pulas ke Pulau Pinang dan juga perjalanan pekan Baling dan Gerik ke bandar Kulim di bahagian timur.[1]

Sekolah

Terdapat beberapa buah sekolah yang terdapat di Padang Serai. Sekolah-sekolah berkenaan terbahagi kepada sekolah rendah kebangsaan SK, sekolah rendah jenis kebangsaan cina SJK (C), sekolah rendah jenis kebangsaan tamil SJK (T) dan sekolah menengah. Sekolah rendah kebangsaan terdiri dari, SK Pantai Prai, SK Sidam Kiri, SK Bukit Selarong, Sekolah Kebangsaan Guar Lobak, Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Dik, Sekolah Kebangsaan Taman Ria, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Shang Cheng, Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Bukit Selarong, Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Henrietta, Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Padang Meiha dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Victoria. Sekolah menengah kebangsaan terdiri dari, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Lela Pahlawan, Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Serai.

Taman perumahan

Taman Melati

Taman Melati merupakan salah satu taman yang tertua di Padang Serai. Taman ini terletak bersebelahan Teluk Banu yg sebelum ini dinamakan Teluk Binu. Kawasan Taman Melati ini dahulunya merupakan sebuah ladang kelapa sawit. Bunga Melati adalah sinonim dengan orang melayu lama.Orang melayu lama, menggunakan nama Melati kepada anak perempuan mereka sejak turun-temurun.Bunga Melati tumbuh diatas pokok yang diberi nama Jasmium Officinal. Dengan Kelopaknya yang putih dan bersih.Taman Melati mengambil nama sempana bunga Melati berikutan tamannya yang bersih dan cantik.


Taman Melati
Taman Ria
Taman Serai Setia
Taman Mahsuri
Taman Berkat
Taman Melor
Taman Damai
Taman Lagenda
Taman Bunga Raya
Taman Serai Wangi Fasa 1
Taman Serai Wangi Fasa 2
Taman Serai Wangi Fasa 3
Taman Serai Wangi Fasa 4
Taman Raya Indah
Taman Puteri
[1]

Kampung

Antara kampung yang terdapat dalam kawasan Padang Serai ialah Kampung Guar Lobak,Sidam Kanan,Sidam Kiri,Gajah Merangkak,Lesung Tujuh,Tanjong Belit,Ekor Kucing,Terat Batu,Teluk Binu,Paya Ketiau,Kampung Sentosa yang dahulunya dikenali Kampung Dekey. Padang Serai dahulunya sebuah pekan kecil dikelilingi ladang-ladang sawit, getah dan sawah padi.Ladang-ladang sawit yang terdapat di padang Serai ialah Ladang Henrietta dan Ladang Victoria

Pemandangan Padang Serai

Padang Serai mempunyai pemandangan yang indah dari udara. Kawasan pekan Padang Serai yang bersebelahan dengan jelapang sawah padi dan pokok-pokok sawit mengambarkan bertapa kawasan ini dahulunya ialah salah sebuah pusat ekonomi.

Tonton di You Tube : Adventure | Padang Serai Viewer


  • l
  • b
  • s
Bendera Kedah Kedah Darul Aman نڬري قدح دارالامان Lambang Kedah
Bandar Utama
  • Alor Setar
    • Ibu Negeri Kedah
  • Sungai Petani
    • Bandar Terbesar Negeri Kedah
  • Kulim
  • Langkawi
  • Pokok Sena
  • Jitra
Bandar Membangun
Bandar Baru
Pekan / Mukim
Alor Janggus Alor Mengkudu Alor Tajar Bedong Bukit Selambau Guar Chempedak Jabi • Jeniang Jerai Kepala Batas Kodiang Kota Sarang Semut Kuah Kuala Kedah Kupang Langgar Lunas Merbok Mahang Naka Nami Padang Serai • Relau Serdang Tanjung Dawai Tokai Tualang
Pulau
Sungai
Gunung
Tasik
Gua
PBT
Zon Khas
Bahagian pentadbiran
Peringkat pertama
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P004 Langkawi
N01 Ayer Hangat
N02 Kuah

P005 Jerlun
N03 Kota Siputeh
N04 Ayer Hitam

P006 Kubang Pasu
N05 Bukit Kayu Hitam
N06 Jitra

P007 Padang Terap
N07 Kuala Nerang
N08 Pedu

P008 Pokok Sena
N09 Bukit Lada
N10 Bukit Pinang
N11 Derga

P009 Alor Setar
N12 Suka Menanti
N13 Kota Darul Aman
N14 Alor Mengkudu

P010 Kuala Kedah
N15 Anak Bukit
N16 Kubang Rotan
N17 Pengkalan Kundor

P011 Pendang
N18 Tokai
N19 Sungai Tiang

P012 Jerai
N20 Sungai Limau
N21 Guar Chempedak
N22 Gurun

P013 Sik
N23 Belantek
N24 Jeneri

P014 Merbok
N25 Bukit Selambau
N26 Tanjong Dawai

P015 Sungai Petani
N27 Pantai Merdeka
N28 Bakar Arang
N29 Sidam

P016 Baling
N30 Bayu
N31 Kupang
N32 Kuala Ketil

P017 Padang Serai
N33 Merbau Pulas
N34 Lunas

P018 Kulim-Bandar Baharu
N35 Kulim
N36 Bandar Baharu

Ikon tunas

Rencana berkaitan geografi dan tempat di Malaysia ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s
  1. ^ https://www.google.com/maps/place/Kampung+Teluk+Banu,+09010+Padang+Serai,+Kedah/@5.5198934,100.5558406,18.51z/data=!4m8!1m2!2m1!1steluk+banu!3m4!1s0x304ad3b9ffa8371d:0x5822ebb4e76bd3e4!8m2!3d5.519962!4d100.5576001