Pantai Batu Buruk

Pantai Batu Buruk (atau Batu Burok) merupakan pantai yang boleh dijadikan tempat beriadah dan melakukan pelbagai aktiviti kekeluargaan. Namun, AWAS! Aktiviti mandi-manda di pantai tersebut adalah tidak digalakkan dan perlu dihindari kerana pantai tersebut adalah laut terbuka dan struktur permukaan buminya sekarang tidak sesuai untuk aktiviti mandi-manda. Pantai Batu Buruk merupakan pantai terdekat dari pusat bandar, sekitar 1.5 kilometer. Ini menjadikannya sebagai tumpuan bagi rehlah bagi ramai penduduk tempatan selain pelancong.

Pantainya terdiri dari pasir panti yang putih dan diteduhi oleh barisan pokok kelapa dan pokok Ru (Casuarinas), dan angin yang kuat yang bertiup dari lautan China Selatan, menjadikan ia sebagai tumpuan ramai untuk duduk bersantai untuk berehat selepas penat bekerja atau berkelah bersama keluarga. bagi mereka yang berminat untuk berlari atau berjalan bersiar-siar sepanjang pantai, ia merupakan tempat yang sesuai dengan angin kuat yang menyejukkan tubuh. Mereka yang berminat untuk bermain layang-layang boleh berbuat sedemikian kerana tiupan angin laut yang kuat.

Di sekitar pantai Batu Buruk ini juga terdapat banyak tempat makan dari restoran makanan segera, sehingga makanan hasil laut Terengganu. Pengunjung boleh menjamu selera dengan ikan celup tepung, keropok, aiskrim goreng, sate ikan dan bermacam hasil laut lagi. Terdapat juga kereta kuda yang dihias cantik bagi mereka yang ingin bersiar santai di situ.

Pantai Batu Buruk menawarkan pemandangan jauh ke kaki langit dan pada hari yang baik, pengunjung dapat melihat Pulau Redang dan Pulau Kapas, selain perahu nelayan. Terdapat juga pasar malam pada setiap hari Jumaat antara pukul 3.00 petang sehingga 7.00 malam. Terdapat juga Pusat Budaya yang membuat pertunjukkan kebudayaan seperti pencak silat, gasing, layang-layang, sepak raga dan permainan tradisi yang lain dari pukul 5.00 petang sehingga 7.00 malam setiap Jumaat dari 1 April sehingga 31 Oktober. Sila rujuk pejabat pelancong bagi pengesahan persembahan.[1]

Pantai Batu Buruk juga merupakan tempat Gendang Gangsa atau Gendang Dong Son ditemui.[2] Penemuan ini amat bersejarah kerana ia membuktikan pantai Batu Buruk telah didiami sejak zaman Mesolitik.[3]


Senarai Mangsa Lemas

  • Afham Syahir Omar, 14 tahun, 23 November 2010[4]
  • Neow Hack Wan, 40 tahun, 13 Februari 2016[5]
  • Mohamad Shamin Ashraf Rahim Raja, 25 tahun, 27 Julai 2018[6]
  • Zulkarnain Mohamed Zubir, 44 tahun, 19 Februari 2024[7]

Rujukan

  1. ^ Batu Buruk Beach
  2. ^ Gendang Dong Son
  3. ^ Pantai Batu Buruk
  4. ^ Pelajar lemas ditarik ombak besar di pantai Batu Buruk
  5. ^ Pelancong mati lemas di Pantai Batu Burok
  6. ^ Ajalmu di pantai Batu Buruk
  7. ^ Lelaki hilang di Pantai Batu Buruk ditemukan lemas

Pautan luar

  • Pantai Batu Buruk.
  • l
  • b
  • s
Bendera Terengganu Terengganu Darul Iman Lambang Terengganu
Daerah
Kuala Terengganu • Hulu Terengganu • Besut • Setiu • Marang • Dungun • Kemaman • Kuala Nerus
Bandaraya
Kuala Terengganu (ibu negeri)
Bandar
Ajil • Bandar Al-Muktafi Billah Shah • Bandar Ketengah Jaya • Bandar Permaisuri • Bandar Seri Bandi • Batu RakitBukit BesiChukaiGong KedakJaburJerangauJertehKemasikKertehKijalKuala BesutKuala BerangKuala DungunMarangMerchangPakaPasir RajaRantau AbangRasau KertehSeberang TakirTeluk KalungWakaf TapaiPutera JayaSeri LangkapGong Badak
Jambatan
Pantai
Pantai Air Tawar • Pantai Batu Buruk • Pantai Batu Pelanduk • Pantai Batu Rakit • Pantai Bukit KeluangPantai KelulutPantai Kemasik • Pantai Kuala Ibai • Pantai Mengabang Telipot • Pantai Lembah Bidong • Pantai Merang • Pantai Pandak • Pantai Penarik • Pantai Penunjuk Kijal • Pantai Rantau Abang • Pantai Kuala Abang • Pantai Rusila • Pantai Tanjung Jara • Pantai Teluk Bidara • Pantai Teluk Gadung • Pantai Teluk Kalong • Pantai Teluk Ketapang • Pantai Teluk Lipat • Pantai Teluk Mak Nik • Pantai Tok Jembal
Pulau
Istana
Hospital
Empangan
Peristiwa
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
Terengganu Bahagian pilihan raya di Terengganu
   

P033 Besut
N01 Kuala Besut
N02 Kota Putera
N03 Jertih
N04 Hulu Besut

P034 Setiu
N05 Jabi
N06 Permaisuri
N07 Langkap
N08 Batu Rakit

P035 Kuala Nerus
N09 Tepuh
N10 Buluh Gading
N11 Seberang Takir
N12 Bukit Tunggal

P036 Kuala Terengganu
N13 Wakaf Mempelam
N14 Bandar
N15 Ladang
N16 Batu Buruk

P037 Marang
N17 Alur Limbat
N18 Bukit Payung
N19 Ru Rendang
N20 Pengkalan Berangan

P038 Hulu Terengganu
N21 Telemung
N22 Manir
N23 Kuala Berang
N24 Ajil

P039 Dungun
N25 Bukit Besi
N26 Rantau Abang
N27 Sura
N28 Paka

P040 Kemaman
N29 Kemasik
N30 Kijal
N31 Cukai
N32 Air Putih