Pemfosforilan

Pemfosforilan merupakan proses penambahan kumpulan fosfat, PO4, kepada molekul protein atau molekul kecil. Pemsosforilan juga merupakan penambahan kumpulan fosfat kepada sebuah molekul organik. Proses ini sangat penting dalam kajian biokimia.

Fungsi

Antara peranan kawal atur pemfosforilan termasuk:

  • Termodinamik biologi untuk tindak balas memerlukan tenaga
    • Pemfosforilan Na+/K+-ATPase semasa pengangkutan ion natrium, Na+ dan kalium, K+ merentasi membran plasma dalam pengosmokawalaturan untuk mengekalkan homeostasis kandungan air dalam tubuh
  • Mengantara perencatan enzim
    • Pemfosforilan enzim GSK-3 oleh AKT (kinase protein B) sebagai laluan pengisyaratan insulin
    • Pemfosforilan src tirosina kinase oleh C-terminal Src kinase mencetuskan perubahan konfrontasian dalam enzim, membawa kepada pelipatan struktur yang menyembunyikan domain kinase enzim, hasilnya enzim dinyahaktifkan
  • Interaksi protein-protein melalui domain pengecaman
    • Pemfosforilan komponen sitosolik NADPH oksidase memainkan peranan penting dalam mengawal atur interaksi protein-protein
  • Pemerosotan protein