Pengaman

Askar PBB Belanda, sebahagian dari Misi Bangsa-Bangsa Bersatu di Ethiopia dan Eritrea, sedang memantau sempadan Eritrea-Ethiopia.

Pengaman atau menjaga keamanan bermaksud, misi pemeliharaan perdamaian semua aktiviti-aktiviti yang bertujuan untuk mewujudkan keadaan aman yang berkekalan.[1][2] Penyelidikan secara amnya mendapati, bahawa semua usaha yang di dalam nilai penjagaan keamanan dapat mengurangkan kematian orang awam di medan perang dan mengurangkan risiko perang yang berterusan.

Pasukan-pasukan penjagaan keamanan, yang selalu dengan objektif visi dan misi yang akan merangkumi semua, aspek-aspek dan juga aktiviti-aktiviti yang bertujuan untuk mewujudkan keadaan yang memihak kepada keamanan yang berkekalan, serta sebagai usaha mengurangkan risiko perang baru.

Di dalam kumpulan kerajaan dan organisasi negara-negara bangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), terdapat pemahaman umum di peringkat antarabangsa, pasukan pengaman memantau dan memerhati proses keamanan di kawasan pasca-konflik, dan mungkin membantu bekas-bekas pejuang dalam melaksanakan komitmen perjanjian damai yang telah mereka tandatangani. Bantuan sedemikian boleh datang dalam banyak bentuk, termasuk langkah-langkah membina keyakinan, susunan perkongsian kuasa, sokongan pengundi, mengukuhkan kedaulatan undang-undang, dan pembangunan ekonomi dan sosial. Oleh itu, pasukan pengaman PBB (sering disebut sebagai Beret Biru atau Helmet Biru kerana beret atau helmet mereka yang berwarna biru muda) boleh merangkumi askar, pegawai polis, dan kakitangan awam.[1][3]

PBB bukanlah satu-satunya organisasi untuk melaksanakan misi-misi keamanan. Pasukan pengaman bukan PBB termasuklah misi NATO di Kosovo (dengan keizinan PBB) dan Pasukan Multinasional dan Pemerhati di Semenanjung Sinai atau yang diatur oleh Kesatuan Eropah (seperti EUFOR RCA, dengan keizinan PBB) dan Kesatuan Afrika (seperti Misi Kesatuan Afrika di Sudan). Pasukan Keamanan Tanpa Kekerasan adalah satu NGO yang dianggap mempunyai kepakaran dalam perdamaian umum oleh sukarelawan bukan kerajaan atau aktivis.[4]

Dibawah undang-undang antarabangsa, pasukan pengaman adalah bukan pejuang kerana sikap berkecuali mereka dalam konflik antara dua atau lebih pihak yang berperang (taraf sama dengan kakitangan berkecuali dan harta benda di luar tugas-tugas pengaman) dan harus dilindungi dari sebarang serangan.[5]

Rujukan

  1. ^ a b United Nations Peacekeeping. "Department of Peacekeeping Operations(DPKO)". United Nations Peacekeeping. Dicapai pada 2012-10-03.
  2. ^ "United Nations Peacekeeping". Dicapai pada 23 October 2014.
  3. ^ United Nations Peacekeeping. "Department of Field Support(DFS)". United Nations Peacekeeping. Dicapai pada 2012-10-03.
  4. ^ Home Jobs Donate Offices. "Nonviolent Peaceforce". Nonviolent Peaceforce. Dicapai pada 2012-07-17.
  5. ^ "Rule 33. Personnel and Objects Involved in a Peacekeeping Mission". International Committee of the Red Cross. Dicapai pada April 7, 2019.

Bacaan lanjut

  • Aoi, Chiyuki; Coning, Cedric de; Thakur, Ramesh (eds.) Unintended consequences of peacekeeping operations. United Nations University, 2007.
  • Autesserre, Séverine. 2014. Peaceland: Conflict Resolution and the Everyday Politics of International Intervention. Cambridge University Press. ISBN 9781107632042
  • Barnett, Michael. 2002. Eyewitness to a Genocide: the United Nations and Rwanda. Cornell University Press.
  • Bureš, Oldřich (June 2006). "Regional Peacekeeping Operations: Complementing or Undermining the United Nations Security Council?". Global Change, Peace & Security. 18 (2): 83–99. doi:10.1080/14781150600687775.
  • Dandeker, Christopher; Gow, James (1997). "The Future of Peace Support Operations: Strategic Peacekeeping and Success". Armed Forces & Society. 23 (3): 327–347. doi:10.1177/0095327X9702300302.
  • Doyle, Michael W. and Sambanis, Nicholas. 2006. Making War and Building Peace. Princeton University Press
  • Evelegh, Robin (1978). Peace Keeping in a Democratic Society: The Lessons of Northern Ireland. Montréal, Québec: McGill-Queen's University Press. ISBN 0-7735-0502-4
  • Fortna, Virginia Page (2004). "Does Peacekeeping Keep Peace? International Intervention and the Duration of Peace After Civil War" (PDF). International Studies Quarterly. 48 (2): 269–292. CiteSeerX 10.1.1.489.1831. doi:10.1111/j.0020-8833.2004.00301.x.
  • Fortna, Virginia Page; Lise Morjé, Howard (2008). "Pitfalls and Prospects in the Peacekeeping Future". Annual Review of Political Science. 11: 283–301. doi:10.1146/annurev.polisci.9.041205.103022.Goulding, Marrack (July 1993). "The Evolution of United Nations Peacekeeping". International Affairs. 69 (3): 451–64. doi:10.2307/2622309. JSTOR 2622309.
  • Anja Jetschke and Bernd Schlipphak. 2019. MILINDA: A new dataset on United Nations-led and non-united Nations-led peace operations. Conflict Management and Peace Science.
  • Howard, Lise Morjé. 2008. UN Peacekeeping in Civil Wars. New York: Cambridge University Press. abstract
  • Marten, Kimberly. 2004. Enforcing the Peace: Learning from the Imperial Past. New York: Columbia University Press
  • Paris, Roland. 2010. At War's End. New York: Cambridge University Press
  • Pushkina, Darya (June 2006). "A Recipe for Success? Ingredients of a Successful Peacekeeping Mission". International Peacekeeping. 13 (2): 133–149. doi:10.1080/13533310500436508.Worboys, Katherine (2007). "The Traumatic Journey from Dictatorship to Democracy: Peacekeeping Operations and Civil-Military Relations in Argentina, 1989-1999". Armed Forces & Society. 33 (2): 149–168. doi:10.1177/0095327X05283843.
  • Reed, Brian; Segal, David (2000). "The Impact of Multiple Deployments on Soldiers' Peacekeeping Attitudes, Morale and Retention". Armed Forces & Society. 27 (1): 57–78. doi:10.1177/0095327X0002700105.
  • Sion, Liora (2006). "'Too Sweet and Innocent for War'?: Dutch Peacekeepers and the Use of Violence". Armed Forces & Society. 32 (3): 454–474. doi:10.1177/0095327X05281453.
  • Blocq, Daniel (2010). "Western Soldiers and the Protection of Local Civilians in UN Peacekeeping Operations: Is a Nationalist Orientation in the Armed Forces Hindering Our Preparedness to Fight?". Armed Forces & Society. 36 (2): 290–309. doi:10.1177/0095327X08330816.


  • l
  • b
  • s
Sistem
Penubuhan
Badan utama
Program, Dana
dan badan lain
Negara anggota
dan pemerhati
Ketetapan