Edisi ke-75 Piala Emas Raja-Raja telah diadakan bermula 20 November hingga 25 Disember 2015 di beberapa buah stadium di Perlis, Kelantan, Putrajaya dan Selangor. Edisi kali ini menyaksikan Pulau Pinang menyertai kejohanan ini setelah tidak bertanding untuk beberapa tahun kebelakangan.[1]
Pasukan
15 buah pasukan dari Malaysia dan sebuah pasukan dari Singapura telah menyertai kejohanan kali ini. Selain Singapura, Proton FC dan Putrajaya merupakan pasukan jemputan untuk edisi kali ini.[1]
Venue Perlawanan
Bagi peringkat kumpulan, Negeri Sembilan merupakan tuan rumah bagi kumpulan A, perlawanan diadakan di Kompleks Sukan Tunku Najihah USIM. Untuk kumpulan B, Proton FC merupakan tuan rumah dan mereka menggunakan Stadium Proton City yang terletak di Tanjung Malim. Putrajaya merupakan tuan rumah bagi kumpulan C yang menggunakan stadium mini yang terletak di kawasan perumahan Taman Pancarona.
Untuk kumpulan D, Selangor ditetapkan sebagai tuan rumah dan menggunakan beberapa buah stadium di sekitar Selangor untuk perlawanan peringkat kumpulan. Untuk peringkat kalah mati pula, perlawanan diadakan di stadium mengikut pasukan tuan rumah yang bertanding.
Negeri | Stadium | Kapasiti |
Kelantan | Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu | 30,000 |
Negeri Sembilan | Kompleks Sukan Tunku Najihah USIM, Nilai | *Tidak tentu |
Perak | Stadium Proton City, Tanjung Malim | 3,000 |
Selangor | Stadium UKM, Bangi | 3,000 |
Selangor | Stadium INSPEN, Bangi | 3,000 |
Perlis | Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar | 5,000 |
Putrajaya | Stadium Mini Taman Pancarona, Presint 18 | 3,000 |
Terengganu | Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu | 15,000 |
* Perlawanan diadakan di beberapa buah padang dan stadium mini di sekitar Kompleks Sukan Tunku Najihah.
Peringkat kumpulan
Undian bagi menentukan pasukan-pasukan di dalam kumpulan telah diadakan pada 22 Oktober 2015. Setiap pasukan akan melawan pasukan yang lain. Tiga (3) mata diberikan kepada pasukan yang menang, satu (1) mata diberikan kepada pasukan yang seri dan tiada mata diberikan kepada pasukan yang kalah.
Dua pasukan teratas dalam setiap kumpulan akan memasuki peringkat kalah mati.
Kumpulan A
Kumpulan B
Kumpulan C
Pasukan | BP | M | S | K | JG | GB | PG | Mt | Pahang | 3 | 3 | 0 | 0 | 7 | 1 | +6 | 9 | ATM | 3 | 2 | 0 | 1 | 5 | 3 | +2 | 6 | Perak | 3 | 2 | 0 | 1 | 4 | 8 | −4 | 6 | Putrajaya | 3 | 0 | 0 | 3 | 2 | 6 | −4 | 0 | | |
Kumpulan D
Peringkat Kalah Mati
Dalam peringkat ini, pasukan akan melawan dengan pasukan yang lain sebanyak 2 perlawanan (di tempat sendiri dan tempat lawan).
Suku Akhir
Perlawanan pertama
Perlawanan kedua
Stadium MINDEF, Jalan Padang Tembak
1Perlis layak ke separuh akhir berdasarkan peraturan jaringan gol di tempat lawan.
Separuh Akhir
Perlawanan pertama
Perlawanan kedua
Akhir
Pemenang Kejohanan
Rujukan
- ^ a b "Enam Belas Pasukan Rebut Piala Emas Raja-Raja Edisi ke-75". Sports247. 22 Oktober 2015. Dicapai pada 2 Mac 2017.
- ^ "N. Sembilan kembali julang
Piala Emas selepas 23 tahun". Utusan Malaysia. 27 Disember 2015. Dicapai pada 21 Mac 2017.
Pautan luar