Pike Place Market

Daerah Bersejarah Pasar Awam Pike Place
Daftar Tempat Bersejarah Kebangsaan A.S.
Daerah bersejarah AS
LokasiSeattle, Washington
 Amerika Syarikat
Dibina pada1903
ArkitekFrank Goodwin
No. rujukan NRHP70000644[1]
Ditambahkan ke NRHP13 Mac 1970

Pike Place Market ialah pasar awam yang terletak di kawasan dermaga Teluk Elliott di Seattle, Washington, Amerika Syarikat. Ia dibuka pada 17 Ogos 1907 dan merupakan salah satu pasar tani awam tertua yang beroperasi secara berterusan. Dinamai sempena nama jalan raya utama, Pike Place terbentang dari Pike Street ke Virginia Street di barat laut dan merupakan salah satu destinasi pelancong Seattle yang paling popular. Sekitar 10 juta orang pelawat mengunjungi Pike Place Market setiap tahun.

Pike Place Market dibina pada tepi bukit yang curam, dan terdiri daripada sebilangan tingkat di bawah tingkat utama yang terletak pada aras jalan raya. Ia merupakan tempat perniagaan kepada banyak petani, tukang, dan pedagang kecil. Setiap tingkat menonjolkan berbagai-bagai kedai yang unik: kedai barang antik, kedai buku komik, restoran milik keluarga, serta salah satu daripada hanya beberapa kedai alatan kanabis yang masih wujud di Seattle. Petani dan tukang tempatan menjual barangan mereka pada sepanjang tahun dari meja yang disewa secara harian, berdasarkan misi dan matlamat Pike Place Market, iaitu membenarkan pengguna "Bertemu dengan Pengeluar".

Pike Place Market menampung hampir 500 orang penghuni berpendapatan rendah yang tinggal di dalam lapan bangunan di sekitar kawasan pasar. Pasar ini dikendalikan oleh Pike Place Market Preservation and Development Authority (PDA), sebuah perbadanan separa-kerajaan.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "WASHINGTON - King County - Historic Districts". National Register of Historic Places. Dicapai pada 2008-02-01.. See "Pike Place Public Market Historic District"

Pautan luar

  • Official site
  • Pike Place Market Centennial, Seattle Municipal Archives
  • Movies that filmed at Pike Place Market, MoviePlaces.tv
  • Pike Place Market Preservation and Development Authority Diarkibkan 2006-10-01 di Wayback Machine
  • Guide to the Department of Community Development's Pike Place Market Records 1894-1990, Washington State University.
  • Guide to the Pike Place Market Visual Images Collection 1894-1984, Washington State University.
  • Guide to the Pike Place Market Historical District Records 1971-1989, Washington State University.
  • Pike Place Market media images, University of Washington Library.


  • l
  • b
  • s
Pike Place Market
Utama
Sejarah Pike Place Market • Victor Steinbrueck Park
Tokoh
Victor Steinbrueck • Mark Tobey • Emmett Watson
Perniagaan
Beecher's Handmade Cheese • Lowell's • Pike Place Fish Market • Starbucks Sur La Table • Uli's Famous Sausage • Unexpected Productions