Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin adalah merupakan IPTA yang terletak di Arau Perlis dan merupakan politeknik ke 18 di Malaysia. Politeknik ini dulunya dikenali sebagai Politeknik Perlis.

Sejarah

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) telah beroperasi di kampus sementaranya di Kolej Komuniti Darulaman pada 16 Mei 2003. PTSS berpindah ke kampus tetapnya pada 16 Jun 2004 dan pengambilan pelajar yang pertama bermula pada sesi Julai 2004. Dahulu Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dikenali sebagai Politeknik Perlis. Kampus Tetap Politeknik terletak di KM 25 Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis.

Politeknik ini merupakan Politeknik yang ke 18 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Sekarang ini politeknik adalah di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Di antara jabatan yang diwujudkan di Politeknik ialah Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Perdagangan, Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, dan Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti. 2 Jabatan sokongan telah ditubuhkan iaitu Jabatan Pengajian Am dan Jabatan Matematik, Sains & Komputer.

Selain dari jabatan akademik PTSS turut mempunyai Unit Pentadbiran, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Unit Peperiksaan, Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan, Unit Pembangunan & Penyelenggaraan, Unit Kualiti, Unit Kaunseling, Unit Sukan & Ko Kurikulum, Unit Perhubungan & Latihan Industri, Unit Multimedia & Intruksional dan Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin menawarkan program di peringkat Sijil (2 Tahun) dan Diploma (3 Tahun) kepada lepasan SPM. Tawarannya terbuka kepada semua warganegara Malaysia.

Pautan Luar

Lamanweb PTSS

  • Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Facebook PTSS

  • Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
  • l
  • b
  • s
Politeknik di Malaysia
Politeknik
Politeknik Ungku Omar • Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Politeknik Kota Bharu • Politeknik Kuching Sarawak • Politeknik Port Dickson • Politeknik Kota Kinabalu • Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Politeknik Ibrahim Sultan • Politeknik Seberang Perai • Politeknik Melaka • Politeknik Kuala Terengganu • Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Politeknik Merlimau • Politeknik Sultan Azlan Shah Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah Politeknik Sultan Idris Shah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin • Politeknik Muadzam Shah Politeknik Mukah • Politeknik Balik Pulau Politeknik Jeli Politeknik Nilai Politeknik Banting Politeknik Mersing • Politeknik Hulu Terengganu Politeknik Sandakan Politeknik Pagoh • Politeknik Tawau •
Politeknik METrO
Politeknik Metro Kuala Lumpur •Politeknik Metro Johor Bahru •Politeknik Metro KuantanPoliteknik Metro Tasik Gelugor •Politeknik Metro Betong •