Proton Emas

Tiga konsep Proton EMAS. Dari kiri ke kanan; EMAS, EMAS Country, EMAS3
MaklumatPengilangPerusahaan Otomobil NasionalSyarikat indukProton Holdings BerhadPengeluaran2010-Gaya badanHatchback 5-pintuPereka bentukItaldesign Giugiaro

Proton Emas merupakan tiga kereta konsep yang dilancarkan oleh Proton Holdings Bhd di Geneva pada 2 Mac 2010. Penasihat Proton, Mahathir Mohamad melancarkan kereta itu di pameran Kereta Antarabangsa Geneva ke-80.

Siri Emas adalah akronim bagi “Eco Mobility Advance Solution”. Ia menawarkan tiga varian dan adalah usaha sama dengan Lotus dan firma reka bentuk Itali, Italdesign Giugiaro.

Pengerusi Proton, Datuk Mohd Nadzmi Mohd Salleh menyatakan pasaran domestik amat terhad dan sedang mara ke pasaran global.

Ciri-ciri

Kereta ini merupakan kereta kompak dengan kenderaan utiliti sukan (SUV). Dari luar nampak kecil tetapi dalamnya bersaiz SUV dan pandangan pemanduan yang selesa.Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir menyatakan ada 3 jenis iaitu :

  • Emas hatchback mempunyai lima pintu empat tempat duduk untuk keselesaan pemanduan
  • Emas Country hatchback mempunyai tiga pintu lima tempat duduk
  • Emas3 mempunyai tiga pintu 3+1 tempat duduk, untuk pemanduan di bandar.[1]

Rujukan

  1. ^ Proton lancar kereta konsep siri Emas sebagai tarikan global
  • p
  • b
  • s
Garis masa pengeluaran kenderaan Proton, 1985–sekarang
Jenis 1980an 1990an 2000an 2010an 2020an
5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4
Kereta bandar Tiara Savvy Saga
Subpadat Satria / Compact / 300 Series / GTi Satria Neo / Neo
Saga / Knight / Iswara / Mpi / LMST Saga / S16 / FL / FLX
Iriz
Persona
Padat Wira / Persona / 400 Series / Natura Persona / GEN•2 Persona
GEN•2 Suprima S
Prevé S70
Waja / Impian Inspira
Sederhana Perdana Perdana
Coupé Putra / Coupé / M21 Putra
Lori pikap Arena / Jumbuck
Mikrovan Juara
MPV Ertiga
Exora
SUV X50
X70
X90