Samsudin Osman
Yang Berbahagia Tan Sri Samsudin Osman PMN, PSM; SUMW (WP); SPDK (Sabah); DPPN (PP); SJMK (Kelantan); SPMS (Selangor); PNBS (Sarawak); DGSM (Melaka); SPMP (Perak); DPMJ (Johor); DHMS (Kedah) | |
---|---|
Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Universiti Islam Antarabangsa Malaysia | |
Penjawat kini | |
Memegang jawatan 1 Julai 2022 | |
Canselor | Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah |
Didahului oleh | Mohd Daud Bakar |
Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Kumpulan Wang Simpanan Pekerja | |
Dalam jawatan 1 Februari 2008 – 30 April 2020 | |
Timbalan | Siti Zauyah Md Desa |
Ketua Pegawai Eksekutif | Tunku Alizakri Raja Muhammad Alias |
Didahului oleh | Abdul Halim Ali |
Digantikan oleh | Ahmad Badri Mohd Zahir |
Ketua Setiausaha Negara | |
Dalam jawatan 1 Februari 2001 – 3 September 2006 | |
Raja | Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalulail |
Perdana Menteri | Mahathir Mohamad Abdullah Ahmad Badawi |
Didahului oleh | Abdul Halim Ali |
Digantikan oleh | Mohd Sidek Hassan |
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia | |
Dalam jawatan 15 Disember 1998 – 31 Januari 2001 | |
Didahului oleh | Tan Sri Dr. Mazlan Ahmad |
Digantikan oleh | Tan Sri Ahmad Jamaluddin Damanhuri |
Butiran peribadi | |
Lahir | Samsudin bin Osman (1946-03-03) 3 Mac 1946 (umur 78) Johor Bahru, Johor, Malayan Union (kini Malaysia) |
Alma mater | Universiti Malaya BA (Hons) Pennsylvania State University Master of Public Administration |
Tan Sri Samsudin bin Osman (lahir 3 Mac 1946 di Johor Bahru, Johor) merupakan bekas Ketua Setiausaha Negara Malaysia dari 2001 hingga 2006.
Samsudin juga memegang jawatan pengerusi Kwasa Land Sdn. Bhd., syarikat yang menjadi tulang belakang kepada projek hartanah Kwasa Damansara.
Pendidikan
Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian dari Universiti Malaya dan juga Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dari Pennsylvania State University, Amerika Syarikat.
Pada 15 Mei 1971, beliau mengikuti Kursus DPA di Universiti Malaya.
Kerjaya
Kerjaya beliau bermula pada 15 Oktober 1969 sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Perkhidmatan Dalam Dan Luar sebagai Penolong Setiausaha Di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia. Kemudian Pegawai Tadbir PDL, Tetap (28 Apr 1969); PTD Sementara Di JPA Malaysia (28 Apr 1969); PTD,PSU,JPA (15 Okt 1969); Setiausaha Sulit Khas Kepada KSN JPM (KUP) (3 Ogos 1977); PP (Perjawatan) JPA (29 Feb 1972); Penolong Pengarah Perjawatan Anggaran 9 PTD (9 Okt 1972).
Mulai 2 April 1973, beliau dilantik sebagai KPP (Perjawatan) JPA (Mg.Kanan) (KUP); pindah ke Jabatan Perdana Menteri sebagai Setiausaha kepada KSN,Ptd Tkt.Tertinggi G (3 Ogos 1977); PTD Dan Diplomatik Tingkatan Tertinggi G (15 Okt 1976); KPP (Perjawatan), JPA (Mg.G) (1 Jun 1975) dan pada 1 Disember 1979 sebagai Setiausaha Sulit Kpd KSN, JPM (Mg.F).