Sarimah Ibrahim

  • Penyampai radio
  • pengacara
  • penyanyi
  • pelakon
Tahun aktif1996–kiniKetinggian1.70 m (5 ka 7 in)PasanganAmir Andrew Abdullah (k. 2006; c. 2009)
YM Tunku Nadzimuddin bin Tunku Mudzaffar (k. 2015)Anak-anakYM Tunku Sofia NajihahIbuElizabeth HanlonBapaIbrahim Ahmad
Daripada keturunan leluhur Yamtuan Radin ibni Raja Lenggang.
Duli Yang Maha Mulia
Tuanku Muhriz,
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11
Kerabat Tuanku Muhriz
DYMM Tuanku Aishah Rohani, Tunku Ampuan Besar
  • YAM Tunku Naquiah, Tunku Dara
    YM Tunku Mudzaffar, Tunku Kecil Besar
    • YM Tunku Nadzimuddin
      YBhg. Che Puan Sarimah Ibrahim
      • YM Tunku Sofia Najihah
    • YM Tunku Miratun Madihah
      YBhg. Dato' James Iskandar Jaafar-Greaves
      • Putera Ryan
      • Puteri Tahlia
    • YM Tunku Nasaifuddin
      YBhg. Che Puan Claire Rania Moore Abdullah
      • YM Tunku Arthur Idris
      • YM Tunku Gabriella Amiera
    • YM Tunku Nasruan Adil
  • YAM Tunku Naquiyuddin, Tunku Laksamana
    YAM Tunku Nurul Hayati Tunku Bahador, Tunku Puan Muda
    • Tunku Mohammad Alauddin Naquiyuddin
      Putri Badrinise Alauddin
      • Tunku Alayna Putri
    • Tunku Alia Nadira Naquiyuddin
      Lorance Cheikh El Haddadin
    • Tunku Nadia Sahiya Naquiyuddin
    • Tunku Khairul Zaim Naquiyuddin
  • YAM Tunku Imran, Tunku Muda Serting
    YM Che’ Engku Mahirah Abdullah
    • Tunku Abdul Rahman Aminullah
    • Tunku Khairil Imran
    • Tunku Tarrant
  • YAM Tunku Jawahir, Tunku Puteri
    YAM Tengku Azlan Sultan Abu Bakar
    • Tengku Asra Jehan Juzailah Tengku Azlan
    • Tengku Aslahuddin Jaafar Tengku Azlan
      Raja Heidi
      • Tengku Muhammad Ayden Saladin
    • Tengku A'zran Tengku Azlan
  • YAM Tunku Irinah, Tengku Puan Panglima Raja Selangor
    YAM Tengku Ahmad Shah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Tengku Panglima Raja Selangor
    • Tengku Alam Shah Amiruddin
    • Tengku Alana Iman Shahirah
  • YAM Tunku Nadzaruddin, Tunku Panglima Besar
    Tunku Mimi Wahida Tunku Abdullah Wahman
    • Tunku Muhammad Hazim Shah Raden
    • Tunku Muhammad Mish’al Raden
    • Tunku Ines Najiha Raden
Kerabat Tuanku Munawir
  • YAM Tunku Anne Dakhlah
    YBhg. Dato' Abdul Malek Sheikh Abdullah
    • Siti Mazeera
      Encik Shazmi Izzam
    • Siti Mazlina
    • Siti Mazlynda
  • YAM Tunku Deborah
    YBhg. Dato' Ahmad Fuad Abdul Rahman
  • YAM Tunku Deannah
    YM Tengku Amran Tengku Muhammad Yusuf
    • Tengku Amera Nafisah
    • Tengku Nadia Azrina
    • Tengku Dahira Azirah
Sedang dikemas kini
Kerabat Yamtuan Antah
Sedang dikemas kini
Kerabat Yamtuan Imam
Sedang dikemas kini
Sedang dikemas kini
  • l
  • b
  • s

Che Puan Sarimah binti Ibrahim (lahir 19 Februari 1978)[1] merupakan seorang pengacara, penyampai radio, penyanyi serta pelakon berdarah kacukan Melayu, Cina, Irish dan Itali.[2]

Kehidupan awal

Che Puan Sarimah Ibrahim telah dilahirkan di Dublin, Ireland. Bapanya yang berasal dari Johor berdarah campuran Melayu dan Cina manakala ibunya yang berasal dari Ireland berdarah campuran Irish dan Itali.

Beliau fasih bertutur dalam tiga bahasa termasuk Inggeris, Bahasa Malaysia dan juga Perancis. Beliau merupakan anak sulung dari empat adik beradik.[3]

Pendidikan

Beliau pernah mendapat pendidikan awal di Emirates International School, Dubai dan juga Wesley College, Dublin dimana beliau menerima kelayakan O-Levels.[4] Pencapaian akademik tertinggi beliau adalah memperoleh Advanced Diploma in Psychology dari College of Applied Arts di Singapura dan Bachelor's Degree of Psychology dari HELP University di Malaysia.[5]

Kerjaya

Beliau bermula sebagai Model Iklan- Sprite, Hexos, Telekom, Clairol Herbal Essences, Ribena dan Dynamo.

Antara lakonan beliau dalam filem Puteri Impian 2, Janji Diana, Gerak Khas 3 dan MX3.

Beliau telah mengendalikan lebih dari 400 show corporate antara clientele: Maybank, HSBC, Chanel, Sime Darby, Panasonic, Petronas dll.

Bermula sebagai Pengacara The Disney Channel Pada 1997 dan sebagai bintang NTV7 pada tahun yang sama. Beliau pernah menjadi Pengacara AIM, AJL dan Memenangi Anugerah Pengacara Terbaik Anugerah Seri Angkasa, AIM Artis Baru Terbaik 2002.

Pada tahun 2009, beliau telah dipilih untuk menjadi pengacara bagi program Fail Sulit AF, Konsert Akademi Fantasia, The Biggest Loser Asia Musim 1 di Hallmark Channel, juga Program Realiti IKON Malaysia dan IKON ASEAN yang telah disiarkan di Astro Hallmark Channel Asia.[6] Beliau juga merupakan juruhebah radio bagi stesen radio Era FM, Red FM, dan juga Mix FM.[7]

Kehidupan peribadi

Che Puan Sarimah Ibrahim pernah berkahwin dengan jejaka Australia, Amir Andrew Abdullah (nama asal Andrew John Browning) pada 13 Mei 2006. Namun, perkahwinan mereka hanya berkekalan selama tiga tahun apabila mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada 15 Mei 2009.[8][9]

Pada 2 April 2015, beliau telah berkahwin dengan Yang Mulia Tunku Nadzimuddin bin Tunku Mudzaffar yang juga merupakan cucunda kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10, Tuanku Ja’afar dan Tunku Ampuan Najihah. Ayahanda mentuanya ialah Yang Mulia Tunku Kecil Besar Negeri Sembilan Tunku Mudzaffar ibni Almarhum Tunku Mustapha manakala bonda mentuanya ialah Yang Amat Mulia Tunku Dara Negeri Sembilan Tunku Naquiah binti Almarhum Tuanku Ja'afar.

Pasangan ini sebelumnya telah bertunang pada 27 September 2014. Mereka kemudiannya telah mengadakan majlis perkahwinan secara tertutup yang telah diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur dan hanya dihadiri oleh kaum kerabat dan keluarga terdekat sahaja.[10]

Setelah perkahwinannya bersama Tunku Nadzimuddin atau lebih dikenali sebagai Tunku Jamie, beliau telah dikurniakan gelaran Che Puan iaitu gelaran yang dikurniakan kepada isteri kerabat diraja yang berasal daripada golongan orang kebanyakan (rakyat biasa) dengan panggilan hormat Yang Berbahagia.[11][12]

Che Puan Sarimah Ibrahim dan Tunku Jamie telah dikurniakan seorang anak perempuan bernama Yang Mulia Tunku Sofia Najihah. Cahaya mata pertama mereka telah dilahirkan pada 19 Julai 2019.[13]

Diskografi

  • Sarimah (2001)

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
1998 Puteri Impian 2 Lisa Filem pertama
2000 Mimpi Moon Lin
2003 Janji Diana Sabrina
MX3 Marisa Pelakon undangan
2005 GK3 The Movie Inspektor Farah
2014 Apokalips X Zara Penampilan khas
TBA Gerak Khas Begins Inspektor Farah

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2023 Jack Yusof Dirinya sendiri Astro Ria
Riot!: Rebel With A Cause Lydia Astro Premier
2024 Lelaki Itu Syarifah Qaidah TV3

Sitkom

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2003 Spanar Jaya Jenny NTV7

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
TBA Epilog: Lelaki Itu Syarifah Qaidah TV3

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
1996 The Attic Show Pengacara TV2
1998 ”Disney Buzz” Penyampai The Disney Channel
1999 The RIM Chart Show Pengacara NTV7
1999–2001 KIDS@NTV7
2000 The Oreo Zone TV3
2001 Malaysia 2020 TV2
2003 Anugerah Juara Lagu ke-18 TV3
2004 Anugerah Juara Lagu ke-19
2006 Galaksi TV9
2007 IKON
2008 Diari Akademi Fantasia Astro Ria
Radar AF7
2009 Diari Akademi Fantasia
Tirai Akademi Fantasia 7
Tangkap Muat
The Biggest Loser Asia Hallmark Channel Asia
2010 Akademi Fantasia 8 Astro Ria
2012 Tourism Malaysia Video
CNN Go on Air: Kuala Lumpur Penyampai CNN
2014 Football Focus with MYEG Pengacara Astro Supersport
2015 Bella NTV7
Sarimah’s 2 Sen Webshow Feefo.tv
2017 The Sarimah Show TV3
2018 “Awak Ok?” Mental Health Awareness Show Online Selangor Government
2022 Vazz Vaganza Astro Ria
Festival Filem Malaysia ke-32 TV2
2023 Anugerah Ikon Sukan Harian Metro TV9

Panggilan dan gelaran

Gelaran hormat bagi
Che Puan Sarimah Ibrahim
Gaya panggilan Yang Berbahagia
Gaya pertuturan Yang Berbahagia
Gaya pilihan Che Puan
  • 19 Februari 1978 - 13 Mei 2006 : Cik Sarimah binti Ibrahim
  • 13 Mei 2006 - 15 Mei 2009 : Puan Sarimah binti Ibrahim
  • 15 Mei 2009 - 2 April 2015 : Cik Sarimah binti Ibrahim
  • 2 April 2015 - kini : Yang Berbahagia Che Puan Sarimah binti Ibrahim

Rujukan

  1. ^ Rafiqhi, Nazar (2022-01-28). ""Kematangan Datang Dengan Pengalaman, - Syukur Bakal Meniti Usia 50 Tahun, CP Sarimah Ibrahim Akui Hidup Kini Lebih Bahagia". Media Hiburan (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-06-12.
  2. ^ Suzi (2022-02-21). "Cantik Usia 44 Tahun, CHE PUAN SARIMAH Kongsi 'Birthday' Dengan Suami & Tampil Mempesona!". Nona (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-06-12.
  3. ^ New Straits Times (10 July 2011). "Waiting for Mr Perfect". AsiaOne.
  4. ^ Hasan Zainuddin (28 October 2014). "Keturunan Banjar Di Malaysia Jadi Melayu Baru". ANTARA News Kalimantan Selatan (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 9 October 2015.
  5. ^ [http://ciksitionline.blogspot.com/2014/02/senarai-artis-malaysia-yang.html "Senarai Artis Malaysia Yang Berpendidikan Tinggi". CikSiti Online (dalam bahasa malaysia). 2017-11-21. Dicapai pada 2022-06-16.CS1 maint: unrecognized language (link)]
  6. ^ Mina, Rosanna (8 March 2010). "Filipino makes it to 'Biggest Loser Asia' finale". ABS-CBN News.
  7. ^ Freeman, Bradley C.; Ramakrishnan, Yokanathan (2016). Singapore Radio: Then and Now (dalam bahasa Inggeris). Cambridge Scholars Publishing. m/s. 76. ISBN 978-1-4438-9295-7.
  8. ^ "Sarimah Ibrahim, Tunku Jamie Selamat Bergelar Suami Isteri". ROTIKAYA (dalam bahasa Inggeris). 2015-04-02. Dicapai pada 2022-06-12.
  9. ^ "Jodoh Tak Panjang, 5 Selebriti Ini Pernah Berkahwin Dengan 'Mat Salleh'". Murai MY (dalam bahasa Inggeris). 2017-11-21. Dicapai pada 2022-06-12.
  10. ^ AbangNara (2015-04-02). "(7 FOTO) Sekitar Majlis Pernikahan Sarimah Ibrahim & Tunku Jamie". Beautifulnara -Terkini dan Sensasi | Beautifulnara -Terkini dan Sensasi, Gosip, Berita, Informasi & Video Viral Selebriti Malaysia Tempatan (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-06-12.
  11. ^ "Sarimah Ibrahim sah milik Tunku Jamie" (dalam bahasa Bahasa Malaysia). Berita Harian. April 2, 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  12. ^ "Che Puan Sarimah Ibrahim Kongsi Kisah Cintanya Bersama Orang Istana". glam.my. Dicapai pada 2022-06-12.
  13. ^ Mohamed, Hamizatul Maizan Binti (2020-01-03). "YM Tunku Sofia Najihah Permata Hati CP Sarimah Ibrahim & YM Tunku Jamie". Nona (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-06-12.

Pautan luar