Surat Cara Penyerahan Kalah Jepun

Perwakilan dari Empayar Jepun berdiri atas kapal USS Missouri sebelum menandatangani Surat Cara Penyerahan Kalah.

Surat Cara Penyerahan Kalah Jepun adalah perjanjian bertulis yang memperakui penyerahan kalah Empayar Jepun, yang menandakan berakhirnya Perang Dunia II. Ia telah ditandatangani oleh perwakilan dari Empayar Jepun, Amerika Syarikat, Republik China,[nota 1] United Kingdom of Great Britain dan Ireland Utara, Kesatuan Republik Sosialis Soviet, Komanwel Australia, Dominion Kanada, Kerajaan Sementara Republik Perancis, Kerajaan Beraja Belanda, dan Dominion New Zealand. Upacara ini berlangsung di atas geladak kapal tempur USS Missouri di Teluk Tokyo pada 2 September 1945.

Tarikh ini kadangkala dikenali sebagai Hari Kemenangan ke atas Jepun, walaupun sebutan itu lebih kerap dirujuk dengan tarikh Gyokuon-hōsō (Titah Diraja mengenai Penamatan Perang) Maharaja Hirohito, iaitu pengumuman siaran radio mengenai penerimaan syarat-syarat Deklarasi Potsdam pada tengahari Waktu Piawai Jepun 15 Ogos.

Lihat juga

Nota

  1. ^ Jangan dikelirukan dengan Republik Rakyat China yang tidak wujud pada masa itu.

Pautan luar

  • National Archives & Records Administration Featured Document
  • USS Missouri's Captain Stuart Murray interviewed about the surrender ceremony
  • Alsos Digital Library bibliography of references on Japan's surrender Diarkibkan 2005-11-25 di Wayback Machine

Koordinat: 35°21′17″N 139°45′36″E / 35.35472°N 139.76000°E / 35.35472; 139.76000