Thomas Johann Seebeck

Thomas Johann Seebeck
Kelahiran9 April 1770 (1770-04-09)
Reval, Empayar Rusia
Meninggal dunia10 Disember 1831(1831-12-10) (umur 61)
Berlin, Kerajaan Prussia[1]
Pusat pendidikanUniversiti Göttingen
Terkenal keranaPenemuan kesan termoelektrik
Kerjaya saintifik
BidangFizik

Thomas Johann Seebeck ([to-mas yo-han zé-bék] bahasa Jerman: [ˈtoːmas ˈjoːhan ˈzeːbɛk]; 9 April 1770 – 10 Disember 1831) merupakan seorang ahli fizik berbangsa Jerman. Beliau merupakan ahli sains pertama yang menemukan hubungan antara haba dengan magnetisme yang kemudiannya ditafsirkan dan dikaji secara meluasnya sebagai suatu fenomena baru.

Ringkasan hidup

Thomas lahir di Reval (kini Tallinn, Estonia) daripada seorang keluarga saudagar berbangsa Jerman Baltik. Beliau mendapat ijazah perubatan daripada University of Göttingen pada 1802, namun beliau lebih berkencerungan kepada bidang fizik.

Penemuan

Antara tahun-tahun 1820 dan 1823, Thomas menjalankan beberapa ujikaji yang dilakukan bagi mendalami penemuan yang dibuat Hans Christian Ørsted, seorang ahli fizik dari Denmark, berkaitan hubungan antara arus bervoltan dan magnetisme.[2] Thomas mendapati bahawa suatu litar yang terhasil daripada dua jenis logam berbeza dan bersentuhan pada suhu yang sama menyebabkan pemesongan magnet terkandung dalam kompas.[3] Seebeck percaya ia berlaku disebabkan kemagnetan yang teraruh oleh perbezaan suhu antara kedua-dua komponen logam ini. Berdasarkan maklumat yang diperolehi ini, Seebeck membuat jadual yang mengaitkan hubungan antara logam berbeza dengan keupayaan memesongkan magnet dalam kompas.[3]. Kesimpulan utama yang dirumusnya ialah bahawa pengaruh logam dan giatnya gunung-ganang berapi terhadap kemagnetan dalam Bumi.[3] Ørsted melihat hasl eksperimen ini sebagai menunjukkan hubungan antara kuasa-kuasa elektrik, magnetisme dan haba lalu ia digunapakai untuk mengukuhkan teorinya sendiri.[4]

Rujukan

  1. ^ George Theodore Dippold (1904). A Scientific German Reader. Ginn & Co.
  2. ^ Seebeck, T. J. (1822). "Über den Magnetismus der galvanischen Kette". Abhadlungen der physikalischen Klasse der Königlisch-Preußsischen. Akademie der Wissenschaftten aus den Jahren 1820-1821: 289–346.
  3. ^ a b c Rujuk:
    • Seebeck, T. J. (1825) "Magnetische Polarisation der Metalle und Erze durch Temperatur-Differenz" (Pengutuban magnet logam dan galian daripada perbezaan suhu), Abhandlungen der Königlichen Akademie der Wissenschaften zu Berlin (Perjanjian Akademi Sains Diraja di Berlin), m/s. 265-373.
    • Seebeck (1826) "Ueber die Magnetische Polarisation der Metalle und Erze durch Temperatur-Differenz," (Perihal pengutuban magnet logam dan galian hasil perbezaan suhu), Annalen der Physik und Chemie, 6 : 1-20, 133-160, 253-286.
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama :0

Bacaan lanjut

  • Magie, W. M. (1963). A Source Book in Physics. Harvard: Cambridge MA. m/s. 461–464. Terjemahan bahasa Inggeris separa karya "Magnetische Polarisation der Metalle und Erze durch Temperatur-Differenz" nukilan Seebeck.