Tsai Ming-liang

Ming-liang Tsai
Lahir (1957-10-27) 27 Oktober 1957 (umur 66)
Kuching, Jajahan Mahkota Sarawak (sekarang negeri Sarawak, Malaysia)
PekerjaanSutradara dan pembikin filem
Tahun aktif1989–sekarang
Anugerah
  • Golden Horse Awards
    Pengarah filem Film
    1994 – Vive L'Amour
    2013 – [[Stray Dogs (filem 2013)|Jiao You (Stray Dogs)Taiwa]]
    Special Jury Award
    2001 – What Time Is It There?
    Other awards
    Golden Lion
    1994 – Vive L'Amour

Tsai Ming-liang (Bahasa Cina: 蔡明亮code: zh is deprecated ; pinyin: Cài Míngliàng) (lahir 27 Oktober 1957) adalah seorang pengarah, penerbit dan pembikin filem dari Malaysia. Beliau antara sutradara yang penting dalan gerakan "Arus Baru Kedua" yang penting dalam dunia perfileman Taiwan bersama karyawan sezaman lain seperti Hou Hsiao-Hsien dan Edward Yang. Filem-filemnya meraih sambutan di seluruh dunia dan mendapatkan pengiktirafan daripada beberapa festival filem.

Awal hidup

Tsai lahir di Kuching, Sarawak.

Beliau berpindah ke Taipei, Taiwan pada usia 10 tahun.[1]

Beliau lulus dari pengajiannya di Jabatan Drama dan Sinema di Universiti Budaya Cina di Taiwan pada 1982 dan bekerja sebagai sutradara televisyen, penulis latar, dan penerbit pementasan teater di Hong Kong.

Filemografi

Filem cetera

  • Rebels of the Neon God (1992)
  • Vive l'Amour (1994)
  • The River (1997)
  • The Hole (1998)
  • What Time Is It There? (2001)
  • Goodbye, Dragon Inn (2003)
  • The Wayward Cloud (2005)[2]
  • I Don't Want to Sleep Alone (2006)
  • Visage (Face) (2009)[3]
  • Jiaoyou (Stray Dogs) (2013)[4][5]

Rujukan

  1. ^ Huang, Andrew (18 Februari 2005). "Sense and sensuality: Art-house master Tsai Ming-liang discusses his new movie 'The Wayward Cloud,' and his philosophies in a moody, existential interview". Taiwan News.
  2. ^ "Berlinale Programme 2005 – Tian bian yi duo yun The Wayward Cloud". berlinale.de. Dicapai pada 10 Februari 2014.
  3. ^ "Festival de Cannes: Face". festival-cannes.com. Dicapai pada 29 May 2009.
  4. ^ Print Film | Urban Distribution International Diarkibkan 9 Februari 2014 di Wayback Machine. Urbandistrib.com. Diakses pada 22 Mei 2014.
  5. ^ La Biennale di Venezia – Jiaoyou (Stray Dogs). Labiennale.org (7 September 2013). Diakses pada 22 Mei 2014.

Pautan luar

  • Tsai Ming-liang di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
  • l
  • b
  • s