Tupai terbang

Tupai terbang
Julat zaman: Oligosen Awal – kini
Tupai terbang utara (Glaucomys sabrinus)
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Order: Rodentia
Keluarga: Sciuridae
Subkeluarga: Sciurinae
Tribus: Pteromyini
Brandt, 1855
Genus

Aeretes
Aeromys
Belomys
Biswamoyopterus
Eoglaucomys
Eupetaurus
Glaucomys
Hylopetes
Iomys
Petaurillus
Petaurista
Petinomys
Priapomys
Pteromys
Pteromyscus
Trogopterus

Tupai terbang (secara saintifiknya dikenali sebagai Pteromyini atau Petauristini) ialah suku bagi 50 spesies tupai dalam keluarga Sciuridae. Sungguhpun namanya demikian, mereka sebenarnya tidak mampu terbang sepenuhnya seperti burung atau kelawar, tetapi dapat meluncur dari satu pokok ke pokok lain dengan bantuan patagium, iaitu selaput kulit berbulu yang meregang dari pergelangan tangan ke buku lali. Ekor panjangnya turut memberikan kestabilan ketika meluncur.[1] Secara anatomi, mereka sangat mirip dengan tupai lain dengan beberapa penyesuaian untuk disesuaikan dengan gaya hidup mereka; tulang anggotanya lebih panjang, dan tulang tangan, tulang kaki dan vertebra hujungnya pula lebih pendek. Tupai terbang mampu mengemudi dan mengawal laluan meluncurnya dengan anggota dan ekornya.

Kajian molekul menunjukkan tupai terbang adalah monofiletik (daripada satu filum/klad tanpa cabang dalam filum itu) dan berasal sekitar 8–20 ribu tahun lalu. Genus Paracitellus adalah keturunan terawal tupai terbang yang wujud sejak era Oligosen Akhir.[1] Kebanyakannya adalah nokturnal dan maserba, makan buah, benih, tunas, bunga, serangga, gastropod, lelabah, kulat, telur burung, sap pokok dan anak burung. Anaknya lahir di dalam sarang dan awalnya telanjang dan tak berdaya. Mereka dijaga oleh ibunya dan dalam lima minggu sudah mampu berlatih kemahiran meluncurnya lalu dalam sepuluh minggu mereka siap meninggalkan sarang.

Taksonomi

Suku Pteromyini – tupai terbang

  • Subsuku Glaucomyina
    • Genus Eoglaucomys
      • Tupai terbang Kashmir, Eoglaucomys fimbriatus
    • Genus Glaucomys – tupai terbang Dunia Baru, Amerika Utara
      • Tupai terbang selatan, Glaucomys volans
      • Tupai terbang utara, Glaucomys sabrinus
      • Tupai terbang Homboldt, Glaucomys oregonensis
    • Genus Hylopetes, Asia tenggara
      • Tupai terbang pancawarna, Hylopetes alboniger
      • Tupai terbang Bartel, Hylopetes bartelsi
      • Tupai terbang pipi kelabu, Hylopetes lepidus
      • Tupai terbang Palawan, Hylopetes nigripes
      • Tupai terbang Indochina, Hylopetes phayrei
      • Tupai terbang Jentink, Hylopetes platyurus
      • Tupai terbang Sipora, Hylopetes sipora
      • Tupai terbang pipi merah, Hylopetes spadiceus
      • Tupai terbang Sumatera, Hylopetes winstoni
    • Genus Iomys, Malaysia dan Indonesia
    • Genus Petaurillus – tupai terbang kericik, Borneo dan Malaya
    • Genus Petinomys, Asia tenggara
    • Genus Priapomys, barat Yunnan di China dan perbatasan wilayah Myanmar
      • Tupai terbang telinga besar Himalaya, Priapomys leonardi
  • Subsuku Pteromyina
    • Genus Aeretes, timur laut China
      • Tupai terbang gigi lurah, Aeretes melanopterus
    • Genus Aeromys – tupai terbang hitam besar, Thailand hingga Borneo
    • Genus Belomys, Asia tenggara
      • Tupai terbang kaki berbulu, Belomys pearsonii
    • Genus Biswamoyopterus, timur utara India ke selatan China dan Asia Tenggara
      • Tupai terbang Namdapha, Biswamoyopterus biswasi
      • Tupai terbang gergasi Lao, Biswamoyopterus laoensis
      • Tupai terbang Gunung Gaoligong, Biswamoyopterus gaoligongensis
    • Genus Eupetaurus, Pakistan ke China; jarang
      • Tupai terbang berbulu barat, Eupetaurus cinereus
      • Tupai terbang berbulu Yunnan, Eupetaurus nivamons
      • Tupai terbang berbulu Tibet, Eupetaurus tibetensis
    • Genus Petaurista – tupai terbang gergasi, Asia Tenggara dan Timur
      • Tupai terbang gergasi merah putih, Petaurista alborufus
      • Tupai terbang gergasi bintik, Petaurista elegans
      • Tupai terbang gergasi Hodgson, Petaurista magnificus
      • Tupai terbang gergasi Bhutan, Petaurista nobilis
      • Tupai terbang gergasi India, Petaurista philippensis
      • Tupai terbang gergasi Cina, Petaurista xanthotis
      • Tupai terbang gergasi Jepun, Petaurista leucogenys
      • Tupai terbang gergasi merah, Petaurista petaurista
      • Tupai terbang gergasi Mechuka, Petaurista mechukaensis
      • Tupai terbang gergasi Bukit Mishmi, Petaurista mishmiensis
      • Tupai terbang gergasi Mebo, Petaurista siangensis
    • Genus Pteromys – tupai terbang Dunia Lama, Finland hingga Jepun
      • Tupai terbang Siberia, Pteromys volans
      • Tupai terbang kerdil Jepun, Pteromys momonga
    • Genus Pteromyscus, selatan Thailand ke Borneo
    • Genus Trogopterus, China
      • Tupai terbang gigi rumit, Trogopterus xanthipes

Rujukan

  1. ^ a b Lu, Xuefei (24 Jun 2012). "The Evolution and Paleobiogeography of Flying Squirrels (Sciuridae, Pteromyini) in Response to Global Environmental Change". Evolutionary Biology. 40 (40): 117–132. doi:10.1007/s11692-012-9191-6. S2CID 15742612. Dicapai pada 28 Oktober 2021.

Pautan luar

  • It's a Bird! It's a Plane! No, it's a Flying Squirrel!
  • FlyingSquirrels.com Diarkibkan 2015-02-16 di Wayback Machine
  • Animal Diversity Web: Pteromyinae, classification