Ungka

Ungka
frames
Pengelasan saintifik
[[{{{Ksubspesies}}}]]

Genus:
Hylobates
Hoolock
Nomascus
Symphalangus


Ungka (Jawi: اوڠکcode: ms is deprecated ), (bahasa Inggeris: Gibbon) atau nama saintifiknya Hylobatidae merupakan sejenis Mawas yang tinggal di pendalaman hutan di Asia Tenggara dan Asia Selatan. Walaupun rupanya seperti monyet, Ungka merupakan sebahagian dari keluarga Mawas yang termasuk Orang Utan, Cimpanzi dan lain-lain. Ungka (Hylobatidae) terpisah dari Mawas Besar (Hominidae) kira-kira 20 juta tahun dahulu. Ungka hanya tinggal di Asia, terutama sekali di Asia Selatan dan Asia Tenggara walaupun ada yang tinggal di Asia Timur. Ungka terbahagi kepada 4 genera iaitu Hylobates, Hoolock, Nomascus dan Symphalangus (Siamang). 2 genera Ungka tinggal di Malaysia iaitu symphalangus dan hylobates.

Taksonomi

Spesies

Ungka dibahagikan kepada 4 genera berdasarkan jumlah kromosom diploid: Hylobates (44), Hoolock (38), Nomascus (52), dan Symphalangus (50)

  • Keluarga Hylobatidae: ungka
    • Genus Hylobates: ungka kenit
      • Lar gibbon atau ungka tangan putih, H. lar
        • Ungka lar Malaysia, H. l. lar[1]
        • Ungka lar carpenter, H. l. carpenteri
        • Central lar gibbon, H. l. entelloides
        • Ungka lar Sumatra, H. l. vestitus
        • Ungka lar Yunnan, H. l. yunnanensis
      • Ungka janggut putih Borneo, H. albibarbis
      • Agile gibbon atau Ungka tangan hitam, H. agilis
      • Ungka borneo, H. muelleri
        • Ungka kelabu Müller, H. m. muelleri
        • Ungka kelabu Abbott, H. m. abbotti
        • Ungka kelabu utara, H. m. funereus
      • Silvery gibbon, H. moloch
        • Western silvery gibbon atau Ungka Jawa barat, H. m. moloch
        • Eastern silvery gibbon atau Ungka Jawa tengah, H. m. pongoalsoni
      • Pileated gibbon or capped gibbon, H. pileatus
      • Ungka Kloss, Ungka Mentawai atau bilou, H. klossii
    • Genus Hoolock
      • Ungka hoolock barat, Hoolock hoolock
      • Ungka hoolock timur, Hoolock leuconedys
    • Genus Symphalangus
      • Siamang, S. syndactylus
    • Genus Nomascus: crested gibbons
      • Northern buffed-cheeked gibbon, N. annamensis
      • Concolor or black crested gibbon, N. concolor
        • N. c. concolor
        • N. c. lu
        • N. c. jingdongensis
        • N. c. furvogaster
      • Eastern black crested gibbon or Cao Vit black crested gibbon, N. nasutus
      • Hainan black crested gibbon, N. hainanus
      • Northern white-cheeked gibbon, N. leucogenys
      • Southern white-cheeked gibbon, N. siki
      • Yellow-cheeked gibbon, N. gabriellae

Anatomi

Seperti kebanyakkan spesies Mawas, Ungka mempunyai tangan yang panjang, iaitu sama panjang dengan ukuran dari bahu ke kaki, dan tidak berekor. Perbezaan Ungka dengan Mawas Besar ialah dari segi saiznya, itu sebabnya Ungka dipanggil Lesser/Smaller Ape.[2]

Tingkah Laku

Ungka ialah haiwan yang bersosial. Ungka juga merupakan haiwan yang "territorial", mereka akan lindung kawasannya dengan menggunakan suaranya yang dapat didengari sejauh 1 km. Mereka hidup berkeluarga yang terdiri daripada ibu bapa dan beberapa ekor anak. Setiap pagi, keluarga ungka ini akan bernyanyi dengan suara yang kuat. Ungka bergerak di dalam hutan dengan melompat sejauh kira-kira 10 meter dari dahan ke dahan.

Diet

Diet Ungka biasanya lebih kepada buah-buahan iaitu 60% daripada diet mereka. Mereka juga makan daun, bunga, dan telur burung.

Status Konservasi

Kebanyakkan spesies Ungka sekarang diklasifikasikan sebagai "terancam" oleh kerana kemusnahan habitat oleh Manusia dan dijadikan sebagai haiwan peliharaan walaupun ungka merupakan haiwan yang dilindungi. Di Phuket, Thailand terdapat satu pusat rehabilitasi bagi ungka yang diselamatkan, lalu menghantar balik ke hutan.[3]

Pautan Luar

  1. ^ Protection of Wild Life Act 1972
    LAWS OF MALAYSIA<br<Act 76
  2. ^ http://global.britannica.com/EBchecked/topic/337212/lesser-ape
  3. ^ http://jamie-monk.blogspot.com/2012/07/phuket-gibbon-rehabilitation-project.html
  • l
  • b
  • s