Unsur kumpulan 10

Kumpulan → 10
↓ Kala
4 28
 Ni 
5 46
 Pd 
6 78
 Pt 
7 110
 Ds 

Unsur kumpulan 10 juga dikenali sebagai kumpulan Nikel merupakan kumpulan unsur kimia yang terkandung dalam lajur ke-10 (sistem IUPAC) jadual berkala unsur. Kumpulan ini terdiri daripada logam peralihan iaitu nikel (Ni), paladium (Pa), platinum (Pt), dan darmstadtium (Ds).

Sebagai mana kumpulan unsur lain, unsur-unsur dalam kumpulan ini menunjukkan corak dalam konfigurasi elektronnya, terutamanya petala paling luar, dan seterusnya sifat kimia mereka. Walau bagaimanapun, paladium menunjukkan corak yang sangat berbeza.

Z Unsur Bilangan elektron/petala Ketumpatan(g/cm3)
28 nikel 2, 8, 16, 2 8.908
46 paladium 2, 8, 18, 18 12.023
78 platinum 2, 8, 18, 32, 17, 1 21.45
110 darmstadtium 2, 8, 18, 32, 32, 17, 1 34.8?

Sifat

Logam kumpulan 10 berwarna antara putih hingga kelabu cerah, dan memiliki kilauan yang tinggi. Ia juga bersifat mulur dan mempunyai nombor pengoksidaan +1(dalam sesetengah kes), +2 dan +4. Kewujudan nombor pengoksidaan +3 masih dipertikaikan. Berdasarkan teori, logam kumpulan 10 boleh menghasilkan nombor pengoksidaan +6 bawah syarat-syarat tertentu.

Penggunaan

  • Untuk tujuan perhiasan, dalam bentuk barang kemas dan dalam proses penyaduran.
  • Sebagai pemangkin dalam pelbagai tindak balas kimia.
  • Digunakan dalam pengaloian logam.
  • Komponen elektrik, atas sebab perubahan yang boleh dijangka dalam rintangan elektrik berdasarkan suhu.
  • Superkonduktor, sebagai komponen dalam aloi dengan logam lain.

Lihat juga

  • l
  • b
  • s
Susun atur
Piawai • Menegak • Nama penuh • Nama dan jisim atom • Logam dan bukan logam • Blok • Valens • Tatarajah elektron • Jisim atom • Keelektronegatifan • Alternatif
Senarai unsur
Kumpulan
1 •  2 •  3 •  4 •  5 •  6 •  7 •  8 •  9 •  10 •  11 •  12 •  13 •  14 •  15 •  16 •  17 •  18
Kala:
1 •  2 •  3 •  4 •  5 •  6 •  7 •  8
Siri
Alkali •  Logam alkali bumi •  Lantanid •  Aktinid •  Logam peralihan •  Logam lemah •  Metaloid •  Bukan logam •  Halogen •  Gas adi
Blok
blok-s •  blok-p •  blok-d •  blok-f •  blok-g