Zuridan Mohd Daud
Yang Berhormat Ustaz Zuridan Mohd Daud ADN | |
---|---|
Ahli Dewan Negeri Pahang untuk Damak | |
Penjawat kini | |
Memegang jawatan 29 Disember 2022 | |
Dalam jawatan 2 Julai 2018 – 14 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Lau Lee (BN-MCA) |
Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Pahang | |
Penjawat kini | |
Memegang jawatan 2019 | |
Didahului oleh | Ustaz Mokhtar Senik |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1971-12-31) 31 Disember 1971 (umur 52) Kampung Damak, Jerantut, Pahang |
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Pasangan | Latipah Yusof |
Kediaman | Pahang |
Pekerjaan | Ahli politik, Ulamak |
Yang Berhormat Ustaz Zuridan Mohd Daud adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damak,[1] Pahang bertanding di atas tiket PAS dalam Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14. Dalam parti, beliau merupakan Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang[2].
Latar belakang
Zuridan Mohd Daud dilahirkan pada 31 Disember 1971 di Kampung Damak, Jerantut, Pahang. Bapanya bernama Mohd Daud Sham, merupakan bekas guru besar di Sekolah Kebangsaan Jengka 16, Pahang. Ibunya bernama Hajah Halimah Awang.
Pendidikan
Zuridan Mohd Daud mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jengka 16 dan kemudiannya di Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar Jerantut Pahang. Beliau seterusnya melanjutkan pengajian di Univeristi Hassan 2, Casablanca, Maghribi dan memperoleh ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam pada 1994. Seterusnya beliau memperoleh Ijazah Sarjana (MA) dalam bidang Undang-Undang dan Pengajian Feqah dari Universiti Ali Bait, Jordan pada tahun 1999.
Kerjaya
Pulang ke Malaysia beliau menabur bakti sebagai pensyarah di beberapa buah IPT. Antaranya ialah pensyarah di Pusat Bahasa Arab, Institut Kemajuan Ikhtisas Pahang (IKIP) pada tahun 1994-2004. Beliau pernah memegang jawatan pengarah program di Pusat Pengajian Islam Antarabangsa di Kolej IKIP dan Pengarah Program Berkembar antara Universiti Yarmouk Jordan dan Kolej IKIP pada tahun 2003-2004.
Pada tahun 2005 beliau bertugas di Universiti Malaysia Pahang sebagai pensyarah dan memegang jawatan Pengarah Pusat Islam UMP. Namun, beliau meletakkan jawatannya pada tahun 2014 untuk melibatkan diri sepenuh masa di pusat pengajian miliknya iaitu Maahad Dirasat Diniyyah (MADAD) Kampung Temin, Jerantut, Pahang.
Penulisan
Dalam bidang penulisan, beliau telah menghasilkan beberapa buah buku. Antaranya:
- Zuridan Mohd Daud (2008). Tazkirah. Kuantan, Pahang: Penerbit UMP. ISBN 9789675080050.
- Zuridan Mohd Daud (2009). Bingkisan Ramadan. Mustread Sdn Bhd. ISBN 9789834451950.
- Zuridan Mohd Daud (2010). Penyucian Jiwa. Mustread Sdn Bhd. ISBN 9789675426285.
- Ringkasan al-Qawaid al-Fiqhiyyah
- Ulama; Menggalas Tugas Para Nabi
Politik
Semenjak bertugas sebagai pensyarah lagi beliau telah diamanahkan jawatan-jawatan penting dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS) terutama dalam Dewan Ulamak PAS Negeri Pahang. Beliau juga pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat selain ahli Badan Perhubungan PAS Pahang. Kini beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Pahang, pada 2019 menggantikan Ustaz Mokhtar Senik.
Pilihan raya
Tahun | Kawasan | Individu (PAS) | Undi | Lawan | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|
2018 | DUN Damak, Pahang | Zuridan Mohd Daud | 8,444 | Wong Chun Yuan (PH-PKR) | 6,988 | 1,456 |
Lim Chong Ly (BN-MCA) | 4,395 |
Rujukan
Ahli Dewan Negeri Pahang ke-15 | |
---|---|
Yang di-Pertua: ▌Mohd Sharkar Shamsudin (UMNO) (Bukan Ahli Dewan Negeri) • Timbalan Yang di-Pertua: ▌Lee Chin Chen (DAP) Ketua Majlis: ▌Wan Rosdy Wan Ismail (UMNO) • Ketua Pembangkang: ▌Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS) | |
| |
Kerajaan: (25) ▌Barisan Nasional (17) ▌Pakatan Harapan (8) Pembangkang: (17) ▌Perikatan Nasional (17) Keanggotaan Ahli Dewan Negeri dan Dewan Ahli Undangan Negeri di Malaysia mengikut bilangan Parlimen 1 • ke-2 • ke-3 • ke-4 • ke-5 • ke-6 • ke-7 • ke-8 • ke-9 • ke-10 • ke-11 • ke-12 • ke-13 • ke-14 Dewan Negeri dan Dewan Undangan Negeri di Malaysia |
| |
---|---|
Yang di-Pertua: ▌Ishak Muhamad (UMNO) (Bukan Ahli Dewan Negeri) • Timbalan Yang di-Pertua: ▌Mohamed Jaafar (UMNO) Ketua Majlis: ▌Wan Rosdy Wan Ismail (UMNO) • Ketua Pembangkang: ▌Chiong Yoke Kong (DAP) | |
| |
Kerajaan: (33) ▌Barisan Nasional (25) ▌Parti Islam Se-Malaysia (8) Pembangkang: (9) ▌Pakatan Harapan (9) Keanggotaan Ahli Dewan Negeri dan Dewan Ahli Undangan Negeri di Malaysia mengikut bilangan Parlimen 1 • ke-2 • ke-3 • ke-4 • ke-5 • ke-6 • ke-7 • ke-8 • ke-9 • ke-10 • ke-11 • ke-12 • ke-13 • ke-14 Dewan Negeri dan Dewan Undangan Negeri di Malaysia |
Parti Islam Se-Malaysia | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Parti komponen Perikatan Nasional | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kategori |