Sekolah jenis kebangsaan

Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) merupakan lanjutan sekolah vernakular, berasaskan kaum di Malaysia. Jenis sekolah rendah ini terbahagi 2 iaitu SJK (Cina) dan SJK (Tamil). Asalnya sekolah-sekolah ini dibiayai oleh masyarakat Cina, masyarakat India dan pentadbiran British. Namun kini sekolah jenis ini dibiayai sebahagiannya oleh Kementerian Pelajaran Malaysia[1][2] dan dikira sebagai sekolah bantuan kerajaan.[3]

Sukatan pelajaran dan gaji guru di Sekolah Jenis Kebangsaan dibiayai oleh kerajaan. Kurikulum sekolah ini dengan Sekolah Kebangsaan juga sama, yang berbeza ialah bahasa pengantar yang digunakan. Selain itu, kebanyakan bangunan pula dibiayai oleh lembaga amanah sekolah. Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di sekolah rendah, bahasa pengantar untuk subjek Sains dan Matematik ialah Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.

Pada 27 Jun 2009, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan kerajaan Malaysia sedia membantu sekolah-sekolah jenis kebangsaan, sekolah persendirian dan lain jika mereka tidak bercanggah dengan Dasar Pendidikan Nasional. RM 1.8 bilion diperuntukkan untuk membayar gaji guru-guru yang bertugas di sekolah jenis kebangsaan pada tahun 2008.[4]

Sekolah Wawasan ialah perkongsian kemudahan oleh sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan yang disyorkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad. Tujuannya bagi mewujudkan perpaduan dan mengurangkan polarisasi kaum dalam sistem pendidikan di Malaysia.[5]

Lihat juga

  • Pendidikan di Malaysia
  • Senarai Sekolah Rendah Tamil di Malaysia

Pautan Luar

  • Penggunaan sumber kuasa guru besar dalam pembentukan kecemerlangan akademik di sekolah jenis kebangsaan (cina) daerah Kulaijaya

Rujukan

  1. ^ [1], The Malay Mail
  2. ^ [2], The Malay Mail
  3. ^ [3], Bernama
  4. ^ RM1.8 Bilion Bayar Gaji Guru Sekolah Jenis Kebangsaan, Bernama
  5. ^ Sekolah Wawasan, Pusat Maklumat Rakyat
  • l
  • b
  • s
Logo Kementerian Pelajaran Malaysia Pendidikan di Malaysia
Program pendidikan
Prasekolah
  • Prasekolah Aliran Perdana
  • Prasekolah Pendidikan Khas
  • Tahun 1
  • Tahun 2
  • Tahun 3
  • Tahun 4
  • Tahun 5
  • Tahun 6
Pendidikan menengah
  • Tingkatan 1
  • Tingkatan 2
  • Tingkatan 3
  • Tingkatan 4
  • Tingkatan 5
Pendidikan lepas menengah
  • Tingkatan 6
  • Matrikulasi
  • Diploma International Baccalaureate
Pendidikan tinggi
Jenis institusi
Peperiksaan dan kelayakan
Kementerian/agensi
berkaitan pendidikan
Laporan pendidikan
Undang-undang berkaitan
Lain-lain
Sistem yang dimansuhkan