Universiti Nottingham Malaysia

Universiti Nottingham di Malaysia.

Universiti Nottingham Malaysia (bahasa Inggeris:University of Nottingham Malaysia Campus) (2.945 U, 101.874 T) telah ditubuhkan pada 2000 sebagai kampus Malaysia bagi Universiti Nottingham, UK, menjadikan ia sebagai kampus universiti UK pertama yang dibina di negara luar. Pernah dikenali sebagai University of Nottingham in Malaysia Sdn Bhd atau UNiM, perkataan itu kini merujuk kepada syarikat pemilik. Pengerusi kampus ialah YM Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen, bekas pelajar Universiti Nottingham dan bekas Menteri Pertahanan Malaysia.

Posisi bangunan berlatarkan bukit hijau, kampus ini meliputi kawasan perkampungan kejiranan di persekitaran taman. Ia merangkumi persekitaran yang berkualiti tinggi seiring dengan kehendak kemudahan pengajaran dan pembelajaran. Kemudahan lain yang dibina ialah kemudahan sukan, bangunan persatuan pelajar, gerai makan, dan juga kedai runcit. Pelajar memiliki akses 24 jam bagi kemudahan komputer. Akses sambungan jalur lebar juga tersedia di sini.

Fakulti dan Pusat Pengajian

  • Fakulti Kejuruteraan
    • Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Persekitaran
    • Jabatan Kejuruteraan Awam
    • Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
    • Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Bahan dan Pembuatan
    • Jabatan Matematik Gunaan
    • Pusat Pengajian Asasi Kejuruteraan
  • Fakulti Kesihatan dan Sains Biologi
    • Pusat Pengajian Biosains
    • Pusat Pengajian Farmasi
  • Fakulti Sains Sosial dan Pendidikan
    • Pusat Pengajian Perniagaan Universiti Nottingham Malaysia
    • Pusat Pengajian Aplikasi Psikologi
    • Pusat Pengajian Pendidikan
    • Pusat Pengajian Undang-undang

Penginapan

Penginapan di kampus Semenyih termasuk di dalam kampus mahupun di luar kampus. Kadar sewa penginapan di dalam kampus ialah antara RM330 hingga RM600 sebulan. Terdapat pelbagai jenis pilihan bilangan bilik iaitu tinggal berseorangan ataupun berkongsi bilik. Semua bilik mempunyai kemudahan katering.

Penginapan di luar kampus juga terdapat bagi pelajar di sekitar kawasan perumahan Taman Tasik Semenyih. Lokasi kediaman luar kampus terletak kira-kira 3km dari kampus.

Pengangkutan

Pengangkutan awam tidak tersedia namun pihak universiti menaja beberapa bas ulang-alik antara kampus hingga ke Stesen KTM Kajang sebagai kemudahan bagi pelajar. Selain menaiki bas, pengangkutan alternatif lain termasuk teksi.

Rujukan

  • http://educationmalaysia.blogspot.com/2005/11/university-of-nottingham-malaysia.html
  • http://www.malaysia-scholarship.com/The_University_of_Nottingham_Malaysia_Campus_High_Achievers_Scholarships.html

Lihat juga

  • Universiti Nottingham
  • Universiti Nottingham, Ningbo, China

Pautan luar

  • Laman rasmi
  • Universiti Nottingham, UK
  • l
  • b
  • s
List-Class article Senarai universiti di Malaysia
Universiti Awam dan Politeknik
Universiti Penyelidikan
  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Universiti Komprehensif
Universiti Pendidikan
Universiti Teknikal
Politeknik
Institusi Perguruan
Universiti Swasta, Kolej Universiti, dan Kolej-kolej
Universiti
Kolej Universiti
Kolej-kolej
Akademi Tentera dan Polis
Akademi Tentera
Akademi Polis
Perikatan Universiti
  • Rangkaian Universiti-Universiti Teknikal Malaysia (MTUN)
  • en:University System of Tunku Abdul Rahman
Kategori Kategori:Universiti dan kolej di Malaysia - en:Malaysian university leaders - en:Rankings of universities in Malaysia - Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia - Pendidikan di Malaysia